Rabu, 2 Disember 2009

Siapa Pengguna Syabu?

Siapa pengguna syabu? sudah tentulah mereka di kalangan anak-anak melayu kita. Sungguh membimbangkan bila akhir-akhir ini kalau dibaca di dada akhbar dan ditonton di televisyen RTM1,,TV3,TV9,NTV7 ataupun 8tv, anak-anak remaja kita terjebak dengan gejala dadah jenis syabu ini.

Syabu ni boleh dikategorikan sebagai dadah jenis 'high class'. makanya harganya agak mahal seperti dadah jenis lain. Jangan terkejut jika mahasiswa-mahasiswa Malaysia juga menggunakannya. Pakai duit apa untuk membeli? PTPTN?.

Mungkin sebab permintaan yang sangat tinggi dikalangan rakyat tempatan yang bodoh bingai ni, rakyat asing yang menggunakan tiket sebagai pelancong datang masuk menyeludup dadah dengan pelbagai cara ke dalam negara kita. Kalau dilihat penangkapan yang dibuat ke atas warga asing yang menyeludup masuk dadah, ada yang menyembunyikan didalam beg. Beg yang nampak biasa saja tapi rupa-rupanya ada kocek @ poket rahsia yang tersembunyi. Ada pula yang membawa masuk menggunakan bekas tin susu. Di atas susu dibawah dadah. Ishh ish ish..makin menjadi-jadi.

Ada pula rumah-rumah mewah yang dijadikan pusat pemprosesan dadah. Selalunya kawasan kondominium atau apartment yang menjadi pusat pilihan. Kerana mereka yang dtinggal disini tidak ambil peduli pun jiran-jiran sebelah. Kau, kau punya hal, aku, aku punya hal.

Oleh yang didemikian wahai pembaca sekalian, kenalilah jiran anda. Kalau tidak kenal, cuba cari inisiatif untuk berkenalan. Setidak-tidaknya tidak pula kita berjiran dengan pengedar atau pembuat dadah.
-end-

Tiada ulasan:

Rollney, One of The best Ice Cream

Weekend lepas, saya dan isteri ke Sunway Pyramid. Tujuan ke sana nak cari makan malam. Dan selepas selesai makan makan , kami gerak m...