Memaparkan catatan dengan label Memori. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Memori. Papar semua catatan

Ahad, 13 Julai 2008

13 Julai 2007: Aku accident

Aku mengagahkan diri untuk menaip entry ini..
hehehe tah apa-apa..
hari ini 13 Julai 2008
iaitu tarikh yang sama aku terlibat dengan kemalangan jalan raya..=)
di Lebuhraya Utara-Selatan.
13 Julai 2007


Bahagian hadapan kereta

Bagaimana ia berlaku? hmmm..
hari tu aku on my way to Penang..
ada event yang perlu aku hadiri di Hotel Tanjung Bungah,
kerja outstation.
waktu tu hujan renyai-renyai..xda la lebat mana pun..
so pemanduan aku seperti biasa.
sampai sahaja di Kawasan Bukit Tagar,(masih dalam Selangor)
aku dapat rasakan kereta aku hilang kawalan,
dan terus kereta ku menuju tepat ke divider jalan,
berpusing n berpusing..
macam gasing da..
wahahaha..


Bahagian belakang kereta

kereta aku berhenti berpusing tepat di tengah-tengah Lebuhraya.
"wow" itu je mampu keluar dari mulut aku.
Thanks to Allah, im still alive..

Orang pertama yang aku call, ialah Mama aku
"Ma, abang rasa abang accident la"
hehehe..boleh pula aku main rasa-rasa kan..
then aku sempat sms 2 orang kawan as
nama mereka di atas carta phonebook..hehe
mentioning aku mintak maap bebanyak halal makan minum aku..aku accident.


Bahagian belakang kereta

Im checking myself,
syukur sekali lagi tak ada apa-apa injuries..
Allah masih melindungiku..
semasa kejadian aku dapat rasakan
diriku dipeluk rapat ke kerusi kereta...

Mama menelefon aku kembali..
mengatakan Pakcik n Makcik aku on the way ke KL..
mungkin Pakcik akan lalu tempat aku.
Kerna Allah yang merancang semuanya..
sebaik Mama mematikan panggilan..
Aku nampak kereta Pakcik...
Pakcik n makcik yang menemani n menolong aku sepanjang kejadian.
dari laporan polis sehingga menunggu Abah sampai.
kebetulan Abah di Putrajaya..bergegas ke tempat aku.


Bahagian hadapan lagi

Dengan hanya 2 sms...
aku dibalas dengan puluh-puluh panggilan dan sms masuk....
maaf sahabat n kawan-kawan,
aku tak mampu nak menjawab n membalas panggilan n sms kalian ketika itu.
badan aku still menggigil siut..wahahha..
aku bersyukur dan berterima kasih
kerna punya sahabat n teman seperti kalian..

Polis kata im lucky to be alive..but
still kena saman sebab merosakkan harta benda awam.
Langgar divider..
dia kata kalau langgar pokok pun kena saman
kecuali jatuh gaung..
Mungkin pak polisi neh nak aku terjun gaung kot,
tapi nak buat macammana kereta gi kat divider
bukan gaung..hehhe

Sekarang aku dah recover sepenuhnya
dari trauma memandu di highway ketika hujan..

Sabtu, 5 Julai 2008

Perjalananku di Kota Kinabalu: UMS episod 1

Awal tahun 2007,
aku kembali lagi ke
Kota Kinabalu sebagai "tourist guide"
kepada kawan2 ku.
Dorang ajak, aku join je...
almaklum, selok belok jalan di Kota Kinabalu dan
daerah berdekatan
sudah dalam genggaman ku
wahahahha.
Jom aku bawa korang semua ke
Universiti ku..
Universiti Malaysia Sabah

Dari pintu masuk anda akan sampai ke
Dewan Canselor.
di dewan ini la
majlis konvokesyen aku berlangsung dahulu..
terlalu besar dewan ini..amat2 besar..


Dan kita terus ke puncak bangunan pentadbiran universiti.
Ini pemandangan dari puncaknya..

Nampak tak masjid disana..itula Masjid UMS
masjid tempat aku bersolat, diatas bukit letaknya.
paling tinggi..dan kelihatan juga kubah dewan canselor.


Ini tempat pengajianku
School of Engineering and Information Technology.
(Sekolah Kejuruteraan dan Teknologi Maklumat)


Dan ini pula kawasan kolej kediaman ku tercinta.
Kampung C.
Asrama tempat tinggalku..
Bloknya disebelah kiri dan dibelakang bangunan yang anda nampak ini..
blok aku belakangnya bukit...so kalo waktu hujan
sejuknya fuhhhh....tidur memang nyaman...
tapi awas...
bukit ini menyimpan rahsia yang tidak dpt dilihat mata kasar.
heheheh


Ini la Masjid universiti ku...
dan bahagian dalam...masjid ini ada 3 tingkat
bahagian solat. besar n atas bukit..


Dan kebanggaan universiti ku, kami ada jetty dan pantai sendiri..
wahahahah...
kalo kami tensen2...so ke sini la lokasinya
lihat ikan2 dikawasan jetty, lihat laut, ombak... best....
lupa pulak nak snap foto lokasi "students" rehat2 untuk liat "Sunset"...
jangan tak tau...boleh tgk sunset ooooo...


Dan akhirnya, terima kasih bersama ku dalam perjalanan
ke univeristi..
kredit foto ini untuk Zarip.

bigfoot: Mohon maaf kepada semua teman2, aku belum sempat lewat blog kalian,
aku semakin sibuk dengan tugas di office persedian untuk outstation..

Selasa, 27 Mei 2008

Gelapnya Malam....

Ini kisah aku dalam perjalanan balik dari
Rumah Anak Yatim Tambunan,Sabah.



Jalan nak pergi Tambunan nie
berbukit bukau, bengkak bengkok,
kalu di semenanjung ni ibarat mcm
Bukit Putus tidakpun laluan nak gi Bukit Fraser Hill
kalau di Indonesia..ibarat laluan ke Danau Toba,Sumatra..

Laluan siang mmg penuh dgn kenderaan,
kalau malamnya..sunyi sepi..boleh dikira dengan jari kenderaan
yang lalu..yang ada lori2 tangki n lori2 besar..
Kami bertolak pulang lepas asar dgn 2 kereta
Kancil n Wira
dan
sampai di kawasan bukit bukau
yang sunyi sepi tu udah malam..
Kereta kawan aku,Kancil pecut laju..aku bawa Wira,
ikut kejar belakang..pekat malam bersuluhkan
lampu kereta kami..aku "depends" dgn kereta Kancil dpn je nak suluh jalan...

Sekali sampai satu kawasan jalan kelikir kereta aku "stuck".
aku press minyak ga' mau jalan2 keretanya..sudahhhh..
cepat2 aku "honk" kereta aku byk kali..bg kreta Kancil dpn tggu kami.
Aku "press" lagi minyak tak mau juga jalan2..mcm berputar je tayar..
aku tgk la cermin blkg kot2 mana tau ada apa2 yang tarik..hikhik..
gelap xnampak apa2..

Kereta aku ada 4org.. 2 kat blakang enak je tidor, so aku dengan co-pilot..
aku suruh kwn aku co-pilot nie keluar gi tolak kereta...bleh pulak dia wat
gabra, takut katanya.. aku kata la "kang tido kita kat cni kang!!"...
Kancil kat depan still menunggu..
Tapi serius..kalu aku..aku pun takut nak kuar...gila gelap siut..
Mulut aku dok kumat kamit je baca doa..
Then kali terakhir aku coba "press" minyak..
fuhh syukur alhamdulillah kereta bergerak..



Then Kancil n Wira sekali lagi memecut memecah gelap malam
pulang ke KotaKinabalu.

bigfoot: Bil-bil udah sampai...sudah tiba masanya untuk dibayar..

Khamis, 22 Mei 2008

Dahagakan Darah....

Akhirnya aku dapat online kembali
setelah connection problem...
naik hantu aku dekat rumah..
online dekat office susah sket mau update blog neh..


Aku n teman2, ramai juga yang ada buku ni..
Buku penderma darah..
rekod simpanan berapa kali darah di dermakan..
dulu time di Universiti, rajin benar
kawan2 aku mengajak gi derma darah..
mmg aku tabik spring dengan kawan2 aku,.
penuh buku diaorg dengan tarikh derma..
Darah kami banyak untuk simpanan
Hospital Queen Elizebeth
ada 1kali ja untuk tabung darah Hospital Kudat..
Hospital Queen Elizebeth tu emangnya jadi tumpuan...
almaklum byk sangat mahasiswa n siswi Universiti aku
masuk sana..accident memanjang..
tambah2 time mggu peperiksaan n ujian..lagi kerap..
pening kepala Dato' Timbalan Naib Canselor..


Aku pun rajin gak keluar masuk sana,
turun naik lif..
melawat rakan2 taulan yang accident..haishh
aku pun ada gak dulu masuk skali..wahaha
wad kecemasan..best best..
time tu gak la aku tgk satu group ni,
member diaorg accident rasanya..
nangis2..jerit2...rasanya baru balik party..
sbb masing2 ber"kot" bagai...
next
Mulia betul hati2 mahasiswa siswi Universiti aku..
mendermakan darah kepada yang memerlukan..
Aku dulu ada skali time menderma...
darah dah tak nak keluar dah..heheh
dari tangan kiri,pindah tangan kanan..separuh beg ja penuh..
Akak nurse kata "Tak apa la, separuh beg pun boleh bantu orang gak"
walau weii...darah aku type B+


Negara kita memerlukan bantuan anda..
darah anda mungkin dapat membantu mereka2
yang lain..besar pahala oooo...
tak dapat derma organ..derma darah pun ok kan..

DERMALAH DARAH SETIAP 3 BULAN DENGAN SUKARELA

"Darah anda type apa??"

bigfoot: kawan aku cerita masalah business dia..kesian bangat..rakan kongsi dia wat dajal..
Pastu kebetulan lak entry axim pasal derma darah..wahaha...jom derma darah...

Selasa, 13 Mei 2008

Ini suatu kisah.....takda la berdarah..

Uhuk uhuk,
ini suatu kisah di mana penglibatan aku
dalam aktiviti sosial negara..
wahahaha..
Sedang aku melihat2 koleksi foto2
lama2 semasa
Program Latihan Khidmat Negara(PLKN)
teringin jugak nak post dalam blog ini untuk berkongsi bersama
mengimbau kenangan yang best sangat bagi aku..


Cantikkan dorg nie berbaris, tapi yang belakang skali tu degil
keras kepala....aku tengking baru nak baris..hishhh.
Sepanjang PLKN, tone suara aku mmg volume yang amat tinggi
aku tak dpt anggar kekuatan frekuensinya.wahahaha.

1 2
Mereka semua ini la yang telah bersama-sama dan
berdiri teguh dibelakang aku
sepanjang PLKN..
wow berlatarbelakang kan bendara Malaysia dan Sabah..hikhik.
"Weii Uniform mana...ooo suka2 korang tak pakai uniform ya.. "
kena la mention nama kan..wahahah

1. dari kiri nama(YapKianKiang,OmarOthman,RahmaVP,Mardy@Adi,
Harmaliza, Vivie Muridahwatie) wahaha aku ingat fullname korg.

2. baris belakang nama(Jannah,CasavaOliver,Rosmiyati)

3. dari tengah nama(HartiniIshak@Diva Jin, WafiSulong, WalterMinsor)

3
Actually ada lagi mereka-mereka lain tapi tidak ada dalam foto.
Bukan "bias" ya sbb takda la foto korang.. aku ucapkan trima kasih banyak2
sebab sudi bersama-sama aku.
Kalau ada termarah ka salah cakap ka semasa "lead" korang, maaf
banyak2 ya..walauweii..hikhik..
tak da la hancur sangat kan aku pimpin korg..wahahah



Semua budak-budak nie pakai baju samakan tapi
aku "snap" pada hari yang berbeza.
Jangan lak kata budak-budak ni tak basuh baju. Dorang basuh oooo lagipun
baju ada banyak..


Mereka2 ni pantang nampak aku pegang kamera..terus je nak bergambar.



Sepanjang PLKN banyak masalah2 yang aku n frens kena settlekan..
cuba anda semua bayangkan

bagaimana kami nak selesaikan dan bertindak terhadap masalah2 dibawah:

1. Budak2 lelaki ni bergaduh pakai senjata.
(garfu,kayu mop,besi katil.)

2. Budak2 perempuan bergaduh sambil bertumbuk, bertampar,tarik rambut
sebab utama dituduh otak lembab,bengong.

3. Budak2 lelaki "smoke" dalam tandas sampai alarm kebakaran berbunyi.

4. Ada budak lari dari kem dan balik rumahnya yang jaraknya
hampir 4jam perjalanan.

5. Ada "orang minyak" yang sedang mengganas.
(aku tak tipu..serius ada)

Banyak lagi..tapi cukup2 la aku dedah kannnn..hikhik

Kalau anda, macam mana?

bigfoot: Pang,Doremon,Atai,Adek,Bulus,Acai,AcaiHitam,Tengkorak,Katam,Bonzer..
antara nama2 panggilan dak2 nie yang aku still ingat..weiheiiii

Rabu, 2 Januari 2008

Perginya Sahabat-Sahabatku....Yasin Untuk Kalian..

Tahun 1999,
Petang tu aku n kawan2 ada latihan kat padang.. sedap2 aku nak lontar peluru.. kawan-kawan lain tgh heboh pasal "sumthin". aku pun trus xda mood nak lontar peluru tu.hehehe.
Aku pun tanya la dorg apa hal. Dorg ckp kat aku apa yg berlaku "Mat Dud accident bash,kepala dia terhantuk divider jalan" peluru besi yg aku pegang terlepas dr genggaman tangan. Masa tu aku xtau perasaan aku masa tu. Aku n smua best frens aku smua mcm xcaya..trus kwn aku fon umah dia..kakak dia angkat...dgn nada yang sayu kakak dia cakap betul apa yg kami dgr...
Petang yang penuh riang tawa kami bertukar jadi sayu..aku dah xtau nak ckp apa..
Malam tu abah aku ajak gi tgk jenazah...kiri kanan jalan umah arwah penuh dgn kereta....kaki aku berat terketar2 nak melangkah masuk umah arwah. Sebaik je masuk, aku tgk kawan2 aku yang lain ada kat sisi arwah..n salah sorg kawan aku yang paling rapat ngn arwah tak dpt menahan airmata...dia menangis n trus menangis...kami nasihatkan dia..tak baik meratap org yang dah pergi.
Esok di sekolah suasana suram...mcm smua org berkabung..hari ini org nak sembahyang kan jenazah..so ada kwn aku minta cikgu sediakan bas utk gi umah arwah...sampai jer sana..Masyaallah ramainya org... aku terkejut tgk ada 3buah bas sekolah dr skolah lain, Kolej Sultan Abdul Hamid, Skul Men Sultanah Bahiyah, Skul Men Dato' Syed Omar... Sure korunk dapat bygkan betapa ramainya kawan2 arwah..betapa baiknya arwah sehingga kehilangannya dirasai...Arwah ketika hidupnya suka berkawan ngn smua org, xkisah apa latar blkg org tu.

Tahun 2007,27 Disember...
Masuk je opis nak wat keja, tau tau dapat panggilan dr nset aku, "Bash, hazri dah xda, dia accident motor mlm td"...aku pun wat..apa yg ko cakap ni aku xpaham la..."ko igt hazri abd hamid, budak yang duduk seblah ko dalam kelas dulu"....aku terdiam seribu satu bahasa... "Ko jgn memain ngn aku wei"..."dah 9tahun aku tak jumpa dia"...balas kawan aku "takkan la aku nak memain menda yang mcm nie".
Allah saja yang tau perasaan aku masa tu.. aku memang berniat nak jumpa dia sbb dah lama sgt tak jumpa..yerla kawan melawak bercerita dalam kelas..duduk sebelah menyebelah...wat homework sama2..dia Ketua Kelas, so kadang2 aku teman dia gi bilik guru, tulun dia wat repot bagai.... rindu sgt nak jumpa dia. Tp siapa sangka...Allah lebih rindukan dia...
ketika pemergian arwah, majoriti kawan2 tak tahu...hampir smua terkilan sbb tau lambat.

Moga Allah tempatkan kalian berdua di kalangan orang-orang yang soleh yang mulia disisi-Nya.. Amen...

Isnin, 29 Oktober 2007

Syabu, Dadah Yang Pertama Kali Aku Kenal


Dadah dalam dunia ni ada banyak dan pelbagai,salah satu SYABU..selama ni aku tak pernah kenal pun syabu tu macam mana dan apa kesan dia. Disebabkan satu malam,kena pula kat orang-orang yang aku kenal,yang aku ambil berat , aku benci sangat pada benda yang orang panggil "DADAH" ni. Syabu ni susah sikit nak kesan, tak perasan kesan dia pada individu..memang tak nampak and notice pun yang orang tu ambil syabu.

Tapi bila dah habis dia punya 'power' tu baru kita tau.."Ooo ko ambil syabu!!". Selalunya bila dah ambil syabu ni.., kita akan jadi aktif 24jam..rajin terlebih pula. Tak tidur pun tak apa..tak mengantuk wa cakap lu.. tapi bila dah habis dia punya kesan... nahh.. masa ni la seksanya..tidur tu rasanya macam tak cukup katil..tak cukup 24jam tu. Suara mula la serak-serak. Kadang-kadang tak kuar langsung..kita pun jadi confius "demam ker mamat nie..." punya la baik hati kita ni pergi klinik ambilkan ubat..yang hairannya ramai pula yang deman at the same time pula tu..

Masa nie la dah takde duit..mula la nak mencuri..satu peket syabu yang plastik paling kecil harga rm50 ke atas..mana nak cari duit. Curi la jawabnya..pecah bilik kawan..pastu buat-buat bodoh..berlakon la dia, konon dia la yang paling concern kata duit kawan hilang..dasar penipu...

selalunya syabu nie terkenal dikalangan remaja, student SEKOLAH MENENGAH, KOLEJ or UNIVERSITI. Selalu syabu ni orang panggil BATU or ICE. Rupa syabu pula macam kaca yang pecah kecil-kecil..

So kawan-kawan sekalian, jika simpton ni ada pada rakan, sahabat handai atau ahli keluarga korang..bijak-bijak la berfikir..bantu la mereka sebanyak yang perlu..Hapuskan dadah ni....
mereka inilah yg aku maksudkan..........

=====================================================
Tujuh pelatih PLKN ditahan polis disyaki terlibat dadah Utusan Malaysia18 Mei 2004/ms 04/Dalam Negeri

KOTA KINABALU 17 Mei - Tujuh pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) di kampus Universiti Malaysia Sabah (UMS) di sini ditahan polis kerana disyaki terlibat dalam penagihan dadah jenis syabu.
Mereka ditahan berikutan didapati positif dalam ujian air kencing yang dijalankan oleh Bahagian Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Kinabalu selepas diserahkan oleh pihak pengurusan UMS pada kira-kira pukul 1 pagi ini.
Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Azizan Abu Taat berkata, pihak UMS menyerahkan 12 pelatih PLKN kepada pihaknya bagaimanapun selepas ujian dijalankan lima lagi dibebaskan kerana tidak terlibat dengan syabu.
``Kita telah mendapat perintah menahan reman ketujuh-tujuh pelatih terbabit selama lima hari untuk siasatan lanjut,'' katanya ketika dihubungi di sini, petang ini.
Difahamkan, tiga daripada pelatih terbabit bertindak keluar tanpa kebenaran dengan memanjat pagar UMS pada kira-kira pukul 2 petang semalam

Hakcipta © 2004 Utusan Melayu (Malaysia) Berhad. Perpustakaan KUTKM is not responsible for any inappropriate use of information contained in this site.

1001 kenangan PLKN(Khidmat Negara 2004)

Tahun 2004,Program Latihan Khidmat Negara mula diperkenalkan, xda modul khusus,peraturan dan disiplin dalam percubaan, pendek kata semuanya masih dalam penilaian.Tikus makmal la budak2 tu semua...aku nie..terpilih jadi salah sorang fasilitator(fasi) diorg..kem Wawasan MOPLAT UMS..Kalu nak tau tugas fasi ni jadi isu suatu ketika dulu..takda tugas khas bagi setiap kem yg ditempatkan d IPT.BAgi aku..tugas kami d MOPLAT UMS sgai fasi amat jelas..jaga kebajikan dan disiplin diorg d kediaman.

Bincang punya bincang last2 membe2 fasi lantik aku jadi ketua.pikir2 ok aa..kerja tak susah pun... tau tau mak aii.. macam nak mampus tugas..tekanan ngan budak2nya...tekanan dari pihak atasan.. nak urus diri sendiri pun pening..kami nie 17orang fasi.. nak urus 200lebih pelatih.. mak aii..bukan semua fasi kerja serentak satu masa...satu masa hanya 5 org yg bertugas.. bayangkan.. mcam nak pecah kepala otak...aku sbgai ketua lagi la penin..laporan nak ari2..dengan budak sakitnya nak kena antar hospital...pastu nak tgk makan diorg... check plak blok kalu ada yg 'escape' kelas.

blok laki tu dah la 4blok 4 tingkat..jauh2 lak jarak dia..tough trus badan den haa..hihi..yg pompuan lum lagi..slamat la fasi laki tak leh masuk sembarang.. kalu tak mati lagi kena panjat tangga maut yg tinggi cam tangga batu caves tue..memang dasyat tul tugas kami..lepas semggu kami bersyukur sesgt coz ATM( Angkatan Tentera Malaysia) ditempatkan di setiap kem..seramai 12 org..tupun tak semua nya bertugas skali ikut shift.. mati jugak...itu baru citer diambang PLKN.. tak masuk tengah2 lagi..itu lagi best dan mencabat abis..N

Rollney, One of The best Ice Cream

Weekend lepas, saya dan isteri ke Sunway Pyramid. Tujuan ke sana nak cari makan malam. Dan selepas selesai makan makan , kami gerak m...