Isnin, 28 Januari 2008

Asramaku..Asramamu...Asramanya: Episod 1

Lama gila aku stop menaip...xsempat nak update...skrg ni awal taun...banyak lak projek2 baru masuk kt opis aku...so...
awal taun ni pun skul start..ada yang masuk skul berasrama, balik kolej..balik U.... kat cni nak gak la aku kongsi crita bab2 asrama nie...tp bukan cara2 beradab kat asrama lak tp yg itu itu...wakakak

peristiwa ni berlaku masa aku kat asrama aku dulu 8tahun yang lepas...tingkatan 4 n tingkatan 5 ..ada yang berlaku kat aku n ada yang berlaku kat kawan aku ..

masa tu ari minggu...majoriti pelajar smua balik kg n umah sedara memasing...tp aku dok jauh nun kat utara..skul lak kat klang sana..so jauh utk aku balik ujung mggu...so kat asrama laki tinggal la bbrapa kerat pelajar jer..
mlmnya menjelang, mmg asrama secara tak langsung menjadi sunyi sepi..aku ni kalau sunyi tu la best..tenang sket kepala otak aku nak study....dah penat2 study...kaki aku ni rajin lak nak berjalan2 asrama yg sunyi sepi tu...kalau dari luar..bleh nampak...2,3 bilik ja lampunya terpasang.
Dah penat2 amik angin malam...aiseh seh.....nak jalan g bilik aku kt blok D yang blkg tu jauh la plak..sbb aku dah jln sampai blok A so pikir better aku tidur ja kat mana2 bilik kawan2 aku yg kosong kat blokB...
aku pun ajak la 2org kwn aku lagi "join" aku tido kat bilik kawan kitaorg yg balik kg tu..xmintak izin lak tu..wakakak...
katil tu 2tingkat...kwn2 aku tidur kat katil yg lagi 1...n aku tidur sorg kat katil sblahnya...
jarak antara 2katil ada la 1.5meter mcm tu....

tgh dok leka2 aku terlelap sambil mengiring sblh kanan.....(ikut sunnah nabi)...sedap2 aku tidur....tau2 rasa mcm ada benda merayap kat kaki aku...aku trus je tersedar..benda tu trus je mcm memanjat naik badan aku..waaa..serius aku nampak benda itam mcm kain selimut kena tarik ke muka kita pelan2 mcm tu. Lama2 mata aku pun nampak gelap...masa tu Allah saja yg tau jantung aku berdegup kencang...seumur idup ini pertama kali aku rasa smua nie...Dalam hati aku hanya ingat nak sebut nama Allah ja...

aku cuba nak tgk..tp mata mmg xnampak apa2...skali skali aku nampak katil kwn2 aku...mulut aku nak pangge dorang tp mcm kena cekup.. badan aku jadi berat...so mula la aku terpikir..ini ka org kata kena tindih tu...tp aku tidur mengiring maaa...

aku cuba menolak..melawan ...rasa beratnya tangan dan badan aku...dan skali tu aku dapat tolak tgn aku ke atas..tetiba..."prak" bunyi spring katil mcm kena tekan dengan benda yg lagi berat..tgn aku dah tak mampu nak angkat...kali nie lagi kuat jantung aku berdegup..peluh dah basah 1 badan...

kali ni aku hanya nak sebut Allah kuat2 sambil tolak apa yg tindih aku tu...dan dapat ja tolak trus aku terjun katil...aku bangun tanpa toleh blkg. aku bukak pintu bilik...tggal kwn2 yg lagi 2 tu.....dgn mulut tak putus2 beristighfar aku berjalan laju balik bilik aku kat blok D...sepanjang jalan tu aku tgk bawah ja... xbrani toleh kiri kanan...rasa mcm kiri kanan ada benda memerhati..

sampai ja bilik aku....aku buka lampu n cari tafsir quran...aku peluk..kwn sebilik aku yg tgh tidur terkejut tgk aku..pucat semacam n dia tanya aku kenapa...aku ckp tidur la...xdapapa... sampai ke subuh tafsir quran aku peluk....n aku diamkan dr kwn sebilik aku tu..sbb aku tau dia penakut...wakaka...

P/S:::Adakah ko masih penakut wahai sahabat sebilikku??

Khamis, 10 Januari 2008

Spirit-spirit Wherever U R???? Episod I

Beberapa bulan lepas, ada la sorg kwn aku nie, kongsi cerita dia .. dia main "spirit coin" ngn sepupu sepapat dia... mesti smua biasa dgr kan pasal "spirit coin".
masa tu dia kata dorg smua main pakai darah baru ada kesan sket.power sket. syok-syok dok mengayat2 tau tau "coin" gerak..
kawan aku kata, kalu main "spirit coin"...kita bleh tanya ja soklan apa kita nak tanya, tp AWAS jgn tanya soklan yg bleh perangkap diri kita.
Sronok dok tanya spirit tu soklan, tetiba "spirit" tu mintak tolong...
kwn aku kata lagi..sepupu dia tetiba tanya nak tolong apa...
Nah soklan perangkap utk spupu dia,kwn aku kata. Trus smua gelabah....
"Spirit" tu kata...dia nak minta tolong bukakan mata dia, sbb masa dikebumikan katanya mata dia lupa dibuka..."spirit" kata lagi..dia skrg ada kat dapur...turun la bawah..

kawan aku n smua sepupu dia cuak n panik... tetiba bunyi benda jatuh kat dapur...

"coin" yang tadi dok gerak tetiba diam..xda sapa pun yg berani turun kat bawah...n sampai skrg dorg xtau kenapa tetiba "spirit" tu hilang.

Rabu, 2 Januari 2008

Perginya Sahabat-Sahabatku....Yasin Untuk Kalian..

Tahun 1999,
Petang tu aku n kawan2 ada latihan kat padang.. sedap2 aku nak lontar peluru.. kawan-kawan lain tgh heboh pasal "sumthin". aku pun trus xda mood nak lontar peluru tu.hehehe.
Aku pun tanya la dorg apa hal. Dorg ckp kat aku apa yg berlaku "Mat Dud accident bash,kepala dia terhantuk divider jalan" peluru besi yg aku pegang terlepas dr genggaman tangan. Masa tu aku xtau perasaan aku masa tu. Aku n smua best frens aku smua mcm xcaya..trus kwn aku fon umah dia..kakak dia angkat...dgn nada yang sayu kakak dia cakap betul apa yg kami dgr...
Petang yang penuh riang tawa kami bertukar jadi sayu..aku dah xtau nak ckp apa..
Malam tu abah aku ajak gi tgk jenazah...kiri kanan jalan umah arwah penuh dgn kereta....kaki aku berat terketar2 nak melangkah masuk umah arwah. Sebaik je masuk, aku tgk kawan2 aku yang lain ada kat sisi arwah..n salah sorg kawan aku yang paling rapat ngn arwah tak dpt menahan airmata...dia menangis n trus menangis...kami nasihatkan dia..tak baik meratap org yang dah pergi.
Esok di sekolah suasana suram...mcm smua org berkabung..hari ini org nak sembahyang kan jenazah..so ada kwn aku minta cikgu sediakan bas utk gi umah arwah...sampai jer sana..Masyaallah ramainya org... aku terkejut tgk ada 3buah bas sekolah dr skolah lain, Kolej Sultan Abdul Hamid, Skul Men Sultanah Bahiyah, Skul Men Dato' Syed Omar... Sure korunk dapat bygkan betapa ramainya kawan2 arwah..betapa baiknya arwah sehingga kehilangannya dirasai...Arwah ketika hidupnya suka berkawan ngn smua org, xkisah apa latar blkg org tu.

Tahun 2007,27 Disember...
Masuk je opis nak wat keja, tau tau dapat panggilan dr nset aku, "Bash, hazri dah xda, dia accident motor mlm td"...aku pun wat..apa yg ko cakap ni aku xpaham la..."ko igt hazri abd hamid, budak yang duduk seblah ko dalam kelas dulu"....aku terdiam seribu satu bahasa... "Ko jgn memain ngn aku wei"..."dah 9tahun aku tak jumpa dia"...balas kawan aku "takkan la aku nak memain menda yang mcm nie".
Allah saja yang tau perasaan aku masa tu.. aku memang berniat nak jumpa dia sbb dah lama sgt tak jumpa..yerla kawan melawak bercerita dalam kelas..duduk sebelah menyebelah...wat homework sama2..dia Ketua Kelas, so kadang2 aku teman dia gi bilik guru, tulun dia wat repot bagai.... rindu sgt nak jumpa dia. Tp siapa sangka...Allah lebih rindukan dia...
ketika pemergian arwah, majoriti kawan2 tak tahu...hampir smua terkilan sbb tau lambat.

Moga Allah tempatkan kalian berdua di kalangan orang-orang yang soleh yang mulia disisi-Nya.. Amen...

Selasa, 25 Disember 2007

Benda Atas Pintu.....

Tetiba teringat famili angkat kat Sabah. Seronok sangat kalu balik sana.
Dapat lepak kat kawasan kampung malam2 sejuk tapi kalu tghari azab.hahaha panas.
Dapat mandi sungai, masuk ladang, masuk sawah padi huma, terjah malam gelap gelita, uihhh syok syok.

Asal cuti panjang sket ja. Aku n kawan2 mesti rancang nak balik kg kat Sabah tu. Lama-lama aku terperasan sesuatu kat umah famili angkat aku tu. Hmmm, mula2 aku nak abaikan jer. Tp sbb perasaan ingin tau aku ni melonjak2.hahahha aku pun buka la mulut.

Mula2 aku tanya kawan2 aku, dorg perasan dak benda yang kat atas pintu tu. Kawan2 aku kata dorg nampak..pastu dorg ckp aku biarkan la.bukan masalah aku dorg kata..huhuhu...yerla skrg dah jadi masalah aku.. Mlm tu aku jalan setiap ruang rumah n tgk smua pintu masuk...hmmm smua ada benda tu..

Sbb nak tau apa tujuan menda tu ada kat situ, aku tanya la adik angkat aku yg paling bongsu.
Adik angkat aku mula la cerita..benda tu ada kat situ sbb nak jaga setiap pintu masuk dlm rumah..setiap pintu semua ada..aku kata "Yaaa aku nampak"..hehehehe.

Dia kata dulu masa dia kecik2 waktu dia nak tidur ada perempuan rambut panjang selalu masuk rumah n tgk dia tidur.. Aku pun "What!!!". Byk dah tempat dia gi berubat tp perempuan tu tetap juga datang. Kata nya lagi sejak menda tu ada kat atas smua pintu dlm rumah,perempuan tu dah tak dtg dah... Aku pun menarik nafas lega..hehhehee...bukan apa..yerla aku mana leh tidur kalu ada org tgk maa...Cuba korg try, korg nak tido tiba2 ada org tgk muka kita. Sure seram kan..hahah

Nak tau apa menda atas pintu tu, hahahahah botol yang dibaluti kain kuning. hmmm penjaga pintu... cuba korunk tgk betul2 kat pintu umah masing2 mana tau selama nie xpenah nampak kan..kuikuikui

Isnin, 3 Disember 2007

Dari Darah Aku Datang,Dengan Darah Jua Aku Kembali

Dekat2 Raya Haji ni tetiba jer tringat aku peristiwa 3taun lepas. Sepupu aku dtg umah beraya..sambil2 tu bawa kabar berita.. Masa tu time makan mlm dah,,so smua org g kat dapur..aku,mak aku, makjang, sepupu aku ngn isteri dia.

tau2 sepupu aku bukak crita.. kata adik sedara dia kena jadi badan tumpang....aku pun masa tu excited la nak dgr. Dia kata masa dia balik kg nak raya tu tetiba tekejut tgk adik sedara dia tgh merangkak2..mcm org tua yg tak larat berjalan dah tu, kena merangkak.. pastu dia tanya la makcik dia..kenapa ngn adik sedara dia tu, pastu makcik dia jawab.."adik sedara ko tu dah kena jadi badan tumpang"...

makcik dia kata dah 1minggu menda dlm adik sedara dia tu menumpang...menda tu gelar diri dia nenek..kononnya nenek dah lama tggal kat kg tu. nenek tu crita, kalu tanya dia asal usul kg tu pun dia leh crita...kalu tanya pasal keturunan2 dlm kg tu pun dia leh crita..

pastu spupu aku tanya la, napa tumpang dlm badan adik sedara dia...nenek tu kata, dia punya tuan dah meninggal, xda keturunan so dia nak cari org yg sesuai nak tumpang, tp merata tempat dia cari tapi tak jumpa...akhirnya dia jumpa badan adik sedara tu n mmg sesuai. sbb tu dia tumpang. pastu lak bleh nenek tu tanya kat sepupu aku "kenapa pelita letak atas siling?"...spupu aku jawab "itu bukan pelita nenek, itu lampu lektrik, skrg dah jarang org pakai pelita"..

pastu sepupu aku tanya lagi kenapa nenek tu tak gi duduk atas pokok riang kan tggi n cantik dan kenapa mesti tumpang badan adik sedara dia. Nenek tu jawab.." kalu duduk atas pokok riang..panas..nenek dah tua.....mana la nenek larat dah"

pastu sepupu aku kata,"nenek nanti kalu sepupu saya nak solat mcm mana?"
nenek tu jawab "bisik saja kat telinga n nenek akan keluar sekejap, bila selesai nenek masuk balik"...pastu sepupu aku pikir lagi, susah la mcm gitu...pikir punya pikir akhirnya dia pujuk nenek tu ikut dia g sawah padi...nenek tu stuju...(naik kereta tu. huhuh jgn main2..)

sampai kat sawah, spupu aku bukak pintu n nampak la daun2 lalang tu terbuka2 mcm ada org lalu.. bila dah smua tenang sepupu aku "start" enjin kreta nak balik..tapi tiba2 dia rasa mcm ada org dlm kreta.. sampai kat rumah..tau2 nenek tu ada dlm badan adik sedara dia lagi..spupu aku tanya.."napa nenek masuk balik kreta?"...nenek tu jawab "nenek tak larat cu..sawah tu luas sgt.."

Pastu sepupu aku pujuk nenek tu supaya cari badan org lain, jgn la kacau keluarga n sanak saudara dia..pastu nenek tu kata "Mcm ni la cu, ambilkan nenek piring sumbing" pastu nenek tu kata "Dari darah aku datang, dengan darah juga aku kembali".."Prang" pecah piring tu n penuh darah atas lantai umah.

Selesai je sepupu aku crita masa tu , meremang je tengkuk..heheh..makjang aku kata..jgn la dia ikut balik rumah sudah...heheh..

Khamis, 29 November 2007

Dunia Saintifiknya.....

Sebaik jer catatan aku dipaparkan...tak sampai 15minit.. catatanku mendapat respon dari pelbagai pihak. Antaranya komen dari seorg pakar kaunseling,Cik Orked Kencana dan doktor,Dr.XY. Terima kasih utk Cik Orked kerna sudi berkongsi pendapat dgn saya. Menurut beliau dari sudut pandangan sains, kemungkinan besar kwn aku itu menghadapi halusinasi dan mungkin ke tahap "Schizophrenia" yang mana merupakan penyakit otak yang sanggup merosak dan menghancurkan emosi.
Adoi !!! dasyat sangat la tu..tp apapun itu dari sudut pandangan sains....

Rabu, 28 November 2007

Ku Kapankan Otakmu,Tanganmu dan Seluruh Tubuhmu!!!!

Salam wat semua teman-teman, baru skrg semangat kembali utk menulis. Rasa segarla pulakkan sbb pakai blog baru.hikhik.

Baru-baru nie aku dpt 'contact' ngn kwn lama skul menengah aku dulu. Lama betul xjumpa dia. Tp dulu pun xda rapat mana pun, tegur2 mcm tu ja. Dia 'call' aku ajak kuar 'lunch', sambil tu bleh sembang2 pasal 'business' kitaorg. Aku ok ja.

Pastu byk gakla yg kami bualkan, almaklum masing2 ada crita tersendiri.. Tau2 makin lama makin byk gak la crita dia di buka. satu-satu. Terkasima aku mendgr. Katanya lepas aku pindah skul lepas form4, dia rapat ngn kawan baik aku..kwn baik aku tula byk tulun dia...then mcm2 la berlaku...dan pada waktu sepanjang tahun form4 tu, idup dia xtenang, kononnya hasil buatan teman lelaki yang ditolak dicintanya..aku tanya dia.."sapa laki tu, aku kenal ka?", dia jawab"kalu aku bg tau nama dia mustahil ko xkenal".sambungnya lagi "Bandaraya kita ni xda la besar mana, dia mmg anak org besar2, ko kenal dia, dia pun kenal ko". Sentap..Aku mula la ligat berpikir, anak sapa?? laki tu kenal aku...??

Aku tanya la apa yg dak tu wat, dia kata sejak putus ngn laki tu mcm2 benda yg dtg dok kaco dia..pangge2 nama...kdg2 rasa mcm ada org ikut blakang..tuptup nampak mcm org melambai-lambai..dia kata ada gak masa rasa mcm nak bunuh diri... "Astaqfirullah hal azim" aku pun mengucap panjang..xkan la sampai mcm tu.

Dia kata dah byk dia jumpa pengamal ubat tradisional utk berubat..tp smuanya xberjaya. sampai jumpa ustaz harun din..ustaz tanya dia begitu n begini n semua yg ustaz tanya tu smuanya betul..then ustaz bagi la air penawar, seblum minum baca selawat n baca doa seikhlas hati. itu pun berkesan utk sementara.. dia kata kat aku lagi "Ko tgk badan aku nie, dari aku montel gebu..sampai kurus mcm ni aku merana".

dan jln terakhir dia cari, sampai gi jumpa seorg kiyai di indonesia. menurut kiyai, mesti dia nie baru lepas putus cinta sekian2 bulan..pastu kiyai kata lagi..kemungkinan besar dia nie dibuat org, laki tersebut. Kiyai kata laki tu guna sihir dari siam.. "Aku kapankan otakmu, tanganmu dan seluruh tubuhmu".... aku masa tu terkedu dgr dia brcrita.."Laki tu nak aku MATI ko tau, sampai ati laki tu wat aku mcm nie".."kadang-kadang aku bleh nampak ada benda yg bergerak bawah kulit aku".."selama ni aku kurg percaya ngn smua sihir2 n benda yg tahyul ni, tp bila kena batang idung sndiri baru aku rasa aku kena berhati2". "dan syukur Alhamdulillah,skrg aku dah bersemangat kembali utk truskan idup aku ni"....

Bagi aku, dlm dunia nie..sebaik n bersih manapun muka insan tu, tak menggambarkan apa isi hatinya.

Rollney, One of The best Ice Cream

Weekend lepas, saya dan isteri ke Sunway Pyramid. Tujuan ke sana nak cari makan malam. Dan selepas selesai makan makan , kami gerak m...