Sabtu, 5 Julai 2008

Perjalananku di Kota Kinabalu: UMS episod 1

Awal tahun 2007,
aku kembali lagi ke
Kota Kinabalu sebagai "tourist guide"
kepada kawan2 ku.
Dorang ajak, aku join je...
almaklum, selok belok jalan di Kota Kinabalu dan
daerah berdekatan
sudah dalam genggaman ku
wahahahha.
Jom aku bawa korang semua ke
Universiti ku..
Universiti Malaysia Sabah

Dari pintu masuk anda akan sampai ke
Dewan Canselor.
di dewan ini la
majlis konvokesyen aku berlangsung dahulu..
terlalu besar dewan ini..amat2 besar..


Dan kita terus ke puncak bangunan pentadbiran universiti.
Ini pemandangan dari puncaknya..

Nampak tak masjid disana..itula Masjid UMS
masjid tempat aku bersolat, diatas bukit letaknya.
paling tinggi..dan kelihatan juga kubah dewan canselor.


Ini tempat pengajianku
School of Engineering and Information Technology.
(Sekolah Kejuruteraan dan Teknologi Maklumat)


Dan ini pula kawasan kolej kediaman ku tercinta.
Kampung C.
Asrama tempat tinggalku..
Bloknya disebelah kiri dan dibelakang bangunan yang anda nampak ini..
blok aku belakangnya bukit...so kalo waktu hujan
sejuknya fuhhhh....tidur memang nyaman...
tapi awas...
bukit ini menyimpan rahsia yang tidak dpt dilihat mata kasar.
heheheh


Ini la Masjid universiti ku...
dan bahagian dalam...masjid ini ada 3 tingkat
bahagian solat. besar n atas bukit..


Dan kebanggaan universiti ku, kami ada jetty dan pantai sendiri..
wahahahah...
kalo kami tensen2...so ke sini la lokasinya
lihat ikan2 dikawasan jetty, lihat laut, ombak... best....
lupa pulak nak snap foto lokasi "students" rehat2 untuk liat "Sunset"...
jangan tak tau...boleh tgk sunset ooooo...


Dan akhirnya, terima kasih bersama ku dalam perjalanan
ke univeristi..
kredit foto ini untuk Zarip.

bigfoot: Mohon maaf kepada semua teman2, aku belum sempat lewat blog kalian,
aku semakin sibuk dengan tugas di office persedian untuk outstation..

Rabu, 2 Julai 2008

Silam ..sangat silam!!

Sambil2 aku mengemas album lama
tau2...terjumpa foto ini...
wahahahha
aku tak mau komen banyak..


Ini kisahnya
mamat ini, dia dengan poyonya menghadiri
suatu majlis makan malam di matrikulasinya.

Perancangan difikirannya ketika itu..
lepas acara makan, mau balik bilik, study n tidur...
tanpa disangka ketika acara kemuncak
untuk mengumumkan
Man of the Night n Ladies of the Night..
namanya dipanggil..
dia dengan perasaan terkejut badak alias beruk
terpingga-pingga untuk beberapa saat..
dan dia di crownkan
Man of the Night
wahhahaha..poyo..

Gadis disisinya itu hanyalah gambar hiasan.
heheheh
macam-macam gosip menimpa mereka..
padahal mereka hanyalah kawan..
uhuk uhuk...

Pemberitahuan: Mamat itu hanya menumpang camera sahaja, dan foto ini diambil pada tahun 2000 dan tidak akan kaitan pada waktu sekarang..

bigfoot: harapan.. tiada siapa yang terasa lain macam heheh,.jangan marah..

Selasa, 1 Julai 2008

Adakah Melayu mesti ada keji antara Melayu?

Aku kembali penuh dengan amarah,
bila kumpulan melayu bodoh ini kembali membuat onar,
kan dulu sudah ku pesan, tutup mulut kalian,
jadikan aku melayu terakhir cacian kalian,
aku tersentak bila ada yang disentak,
yang tua dipandang hujung mata,
murah sungguh moral kalian,
nampak agung dimata yang kabur,
tapi tidak bagi aku yang bermata empat.
dulu ku nafi kini ku mengiakan..
ku buka kembali entry ku ini..
harapan melayu bodoh ini terus berhenti..
kata yang tua
"biar luncai terjun dengan labu2nya"


Ini aku alami sendiri, busuk hatinya sekelompok Melayu ini,
mungkin itulah sinonimnya dengan Melayu dan
itulah sekelompok Melayu.

Tetapi aku masih berbangga mempunyai teman,
rakan dan sahabi yang tulus
dari kalangan Melayu yang dikurnia hu Rabbi,
walopun kadang berbeza pendapat kami tetap berkawan satu hati.
dan aku juga selesa berkawan dengan
sahabi dari kaum lain, Cina, India, sebagai....
dan kadang jika tiada sahabi Melayu tulus disisi ,
aku lebih selesa bersama taulan dari kaum lain
daripada
kaum Melayu kalangan sekelompok Melayu busuk tadi..
Bukan aku pengkianat bangsa...
tapi sebab busuknya sekelompok Melayu ini.
Kerana sekelompok Melayu ini, sanggup memburukkan bangsa sendiri..

Aku sedar kelemahan diri,
kadang terleka selaku insani..
ku pohon maaf seawal dulu sekali kepada sekelompok Melayu ini...
cukup sudah aku pelajari bersama sekelompok Melayu ini....
sepelaung hukuman aku dihujani kerana kesalahan diri
tetapi fitnah dan caci digaul sekali
aku redha dan terus berdiam diri...
Kerana sahabi2 berpesan dan mengingati
"Kadang-kadang Berdiam itu Senjata Utuh Pertahan Diri".

Kini

Kata-kata maaf dah terpalit dimulut sekelompok Melayu ini,
janji diucap kata putus..
tapi alangkah busuknya sekelompok Melayu ini,
apakan daya lidah tetap bercabang masih berlaku sikap lama.
Mereka kaku patung bila bersemuka..
Berani ketika tidak bersua..,
belakang tabir angkuh bagai nak pecah gunung dirimbuk.
Bodohnya sekelompok Melayu ini konon sepakat kuat bagai teguh dinding keramat.


Alangkah hebat musyawarah sepakat menghentam diri ini,
kata nista dan konklusi sekelompok Melayu bodoh ini..
kadang berbangga dengan benda dipalit hasad dengki..
atas angin angan2 dipenuhi...
Mungkin sendiri tidak sedar hukuman Ilahi menimpa diri sekelompok Melayu tadi..
Tergamit kembali pesan abah awal-awal lagi
"Hati-hati bersama sekelompok Melayu ini"

Aduhai sekelompok Melayu ini....

Isnin, 30 Jun 2008

Aku anak Melayu laa...

(Ini adalah entry aku yang paling merapu)

Ada peristiwa masa aku

di Melbourne, aku mau buat international call ke Malaysia

untuk wish birthday kawan aku..

jauhkan..yerla..takot kawan tu kecik hati..

aku pakai public phone..
sebab aku tak tau macam mana mau call outside Australia..
so aku call operator..
9 kali aku call operator
baru aku paham macam mana mau buat..wahahaha..
tapi kan aku pakai nama lain...
because all of them cant pronounce my name correctly..
sengal punya operators
"Steve" yeah wahahhaha...
"Hello im steve, i would like to make an international call to malaysia,
can you guide me how to do that?"
wakakaka...

aku anak melayu la weii..prior melayu xda mix mix...
aku tak tau nak cakap apa dah..

kawan aku,
masa study master dulu dari Mnyanmar..
boleh pulak dia tanya aku
"Are you chinese or malay?"
aiyoo kulit aku sawo matang bukan kuning langsat..

Lepas tu ada officemate aku yang Pakistan sorang neh...
"Are you half malay or you know?"

what the hack!!!
dude im prior malay...my dad n my mum is malay.. =P

Ada pulak amoi neh di satu hari yang hening:
"Lengchai,....................."
aku balas balik.."sorry,what did you say just now?"
ko cakap mandarin dengan aku... aiyaaa
mama tolonggg...
aku anak Melayu laaaa,
sapa tengok aku pun tau..kan kan..

nenekmoyang aku je dari Aceh...
tapi tetap Melayu juga...
tapi semua dah bermastautin di Medan...
itu semua saudara2 jauh...jauh n jauh..

btw i love my English Ascent very much....
UK,US or Australia...Malaysia tetap dihati..

wahahahha poyo gila...
macam bagus ja...
puas aku merapu...sangat2 puas...

aku tau ada yang tak suka kewujudan aku,
sebab aku pernah dapat email anda, anda n anda.
peduli apa aku...wahahahha...

Eh korang pernah hadapi situasi macam aku tak?

Sabtu, 28 Jun 2008

Chef Famili..

Bila ada ruang waktu free,
aku invite kawan2 aku makan di rumah.
Aku masak..wahahaha
dengan memasak semua stress aku hilang..hehehe
bestnya.
so hari tu aku masak
Nasi Putih Mix Vegetable with chicken stok.
Kawan aku kata sedap wahaha..
Lauknya
KailanMasakBelacan
Baby Corn and Fishball with Oyster Sause
Cucur Ikan Bunga Air
(Ikan tu Bunga Air)
Ikan Bunga Air nie kecik je..makan panas2 sedap, manisnya tersendiri
kalo di pasar tu orang jual murah.. orang tak beli
sebab orang tak tahu nak masak apa dengan ikan ni.

Yups kegemaran aku memasak...
almaklum
datang pun dari family memasak.
resipi di atas ada aku amik dari mama aku, makcik n maksu.
Maklong aku paling best dia masak nasi himpit..kuah dia sedap.
cucu2 dia tak makan...heran aku.
MakLang aku, dia ada bisnes, dia jual kuih2 sejuk beku..
selalu aku amik dari Maklang aku,karipap, sangat sedap..
PakJang aku pun bisnes juga...selalu orang tempah kat dia nasi tomato n lain2 nasi..
tapi kalu time raya dia suka masak bihun sup..licin aku hirup sup tu..
MakAndak aku, dia suka masak lontong....cucu2 dia suka makan.
MakUda aku lak...selalu dia masak nasi lemak..makan aja
MakTeh n Pakteh aku lak...selalu juga buat makan2 dekat rumah dorang,
buat mee bandung....kadang2 anak2 dorang yang masak..
MakTam aku, selalu hantar Puding Telur kat rumah aku...
mmg "favorite".. aku makan sorang je..hehe..
Makcik aku lak...suka crita resipi2 baru dia kat aku...aku dengar je..
sampai terhafal..hehe
Nasi daging Maksu aku best...masak kawah besar.
Maksu Kedua aku lak lagi best...Ayam Percik Carrot dia..fuyoo..
Masa sepupu aku kahwin, Maksu Kedua aku masak untuk
santapan
Raja Muda Kedah,
Tunku Haji Abdul Malik Ibni Al-Marhum Tunku Sultan Badlishah
n Tuanku Raja Puan Muda,
Tunku Hajjah Sharifah Raudzah Binti Al-Marhum Sultan Hisshamuddin Alam Shah
dia masak 3 ekor Ayam Percik Carrot..
Tuanku Raja Muda n Tuanku Raja Puan Muda makan sikit je ayam tu...
so dibelakang tabir...
ramai dah yang "aim" ayam2 tu..
wahahahah..
Mama n Abah aku takyah cakap la...mmg memasak juga..
Ini kalo aku habis malas nak masak, aku masak n makan ini jer..


kalo ada masa, aku masak untuk korang ya..wahahah..

Rabu, 25 Jun 2008

Asramaku..Asramamu...Asramanya: Episod II

Aku dahulu suka sakat orang "time" di asrama skul menengah.
Byk benda yang aku buat.
Wahahaha...skrg kalau ingat balik mmg aku ketawa sorang2.
Sebab aku yang sakat n aku sorg ja yang tau what happen.
Sbb dorang mmg la tak tahu siapa yang what..
hantu la konon. wakakakaa.
Sekolahku Terchinta...

Situasi Pertama.
Malam tu, aku baru lepas balik dari surau,
"iron" baju.
Almaklum tak da suis lektrik dlm bilik,
masa tu lebih kurang jam 11.30malam. Sambil jalan2 balik blok,
then tetiba aku nampak 2 orang budak junior.
Aku tanya dorg mau gi mana malam2 nie.
Dorg kata mau ke dewan makan,minum air.
Aku pun ok la..tahu2 otak nakal aku ni mula la berputar.
Best ni kalu sakat dorg.wahahahha.
aku pun dengan sepantas kilat lari ke dewan makan ikut pintu blkg.
Mata liar mencari "mangsa" aku tadi.
Dah dapat kesan. Hehehe. aku pun "start" la menyakat,
dewan tu gelap, so aku pun main2 lampu dewan makan tu.
Buka tutup.Buka tutup. Aku liat budak2 junior tu dari jauh.
Dah cuak@ketakutan@gelabah. Then aku main pulak pintu dewan makan tu.
3 pintu aku gerakkan. Sekali sekali "Bam", "Bam".....aku usha@liat lagi budak2 tu..
eh eh sudah berpeluk...wahahha...
sebab aku tak tahan mau ketawa, perlahan2 aku gerak blah dr dewan makan tu.
Terbahak2 aku ketawa lepas tu..Kasian budak2 tu..
what happen lepas aku blah tu aku taktau.
"Confirm" lagi 1 rumors pasal hantu dewan makan akan tersebar..
wahahahha.

Situasi Kedua.
Ada skali tu, aku lambat ke klas ulangkaji malam.
asrama mmg dah gelap semua...
aku ni baru la nak terhegeh2 mau ke kelas.
Pastu aku ternampak 1 bilik kwn aku lampu terpasang.
Ini mesti kes malas nak mau ke kelas nie.
Mentang2 la ko Ketua Pelajar(Pengawas)..
aku mula berpikir planning jahat aku..
"feel" blok sunyi sudah ada nie...wahahhaha...
pastu aku cakar2 pintu bilik dia. Dia buka pintu..Xda org.
Then aku cakar lagi..
Aduh!! sakit kuku aku..hehhe...dia diam dlm bilik....
pastu aku cakar2 lagi dengan dasyatnya pintu tu...
wahahaha...
Dia buka pintu skali lg mau liat..but xda org..Toing........
sbb aku dah lambat mau ke klas...
takut nanti kena tangkap sama warden asrama...
aku blah...
tinggal la misteri "pintu bilikkku dicakar". hikhikhik.

Dahulu tak macam nie...

Situasi Ketiga
Malam tu aku naik blok kwn aku, eh sunyi sepi pulak..
mana semua orang hilang ni.Study kot...bagus betol dorg2 nie..
then aku tgk 1 bilik kwn aku cerah...heheh.
best nie..planning baik punya..
aku buka baju then gantung di kayu..
pastu aku buat bunyi mcm orang berlari...
kwn2 aku buka pintu bilik dorg..tp takda org....
dorg masuk balik bilik....pastu aku lari lagi...
kali ni pegang kayu ada baju aku tadi....
aku buat baju tu terbang@layang2 di tingkap dorg...Toing...
3kali aku hayun baju tu..pastu..aku blah.....
hehheeh penat@capek weii berlari..
Misteri siket yedak...hakhak....

Biarla smua tu menjadi misteri...wahahaha...

bigfoot:Entry ini adalah entry yang lama...aku post balik sebab tak sempat nak tulis yang baru..hehe
Maaf yaa...

Isnin, 23 Jun 2008

Weiii kami usung piala bawak balik woii!!!

Wahahhaha aku sangat happy!!!!
Kedah jadi Juara Piala FA untuk ke-2 kalinya..
permainan yang cukup mantap
ini gambar-gambar masa aku snap
sebelum permainan, semasa n selepas dan
juga sewaktu team Kedah berlepas pulang ke Alor Star.
sorry la, the pictures a bit blur coz im just using my Nokia 6230.
nanti kalo sempat aku upload pictures
from
my brother's and cousin's camera
pulak ye...
enjoy!!!

Gelombang HijauKuning sabar menunggu
team Kedah beraksi



20 Saat selepas Goal!!!
Saat Goal,
aku n penyokong dok melompat dengan riang
itu la sebab jadi 20 saat selepas tu..wahahah



Ketika Goal Keeper, Helmi berjaya menepis serangan


30 Saat selepas Kedah diumumkan Juara
bukan apa, saat pertama aku bersama penyokong yang lain
sedang melompat n berteriak tak ingat punya..



Saat Bendera Besar HijauKuning datang..wahahaha


Semasa pemberian Piala FA...


Macam-macam fesyen ada ooo....


Ini lagi best..
wahahah..ada lagi sorang..tapi dia dah lepas mana tah..
ini 2 orang aku tahan nak snap picture dorang..



Ini la Piala FA...
aku snap semasa nak hantar
abah aku n team Kedah balik.




Bagi jelas sikit...


Khyril Muhymeen, Best Player of the Game..
Hang mmg power la weii...

Kedah dalam
Club World Ranking
no. 150
from
Top 350
(1st June 2007 - 30th May 2008)
source:http://iffhs.de/


bigfoot: Aku makan n makan je minggu nie..rezeki murah..alhamdulillah.

Rollney, One of The best Ice Cream

Weekend lepas, saya dan isteri ke Sunway Pyramid. Tujuan ke sana nak cari makan malam. Dan selepas selesai makan makan , kami gerak m...