Isnin, 25 Januari 2010

Why I like it longer!!!!

Sambil mengira hari, melihat tarikh di atas kalender, 14 Februari semakin hampir.
Hari yang ditunggu oleh majoriti rakyat Malaysia, malah di seluruh dunia.
Iaitu hari kekasih...dalam kata lain Valentine Day.
Apa yang menarik sangat hari itu?
Ya hari yang orang kata pasangan kekasih meluahkan cinta,
pasangan suami isteri melahirkan sayang,
kaum famili merapatkan kasih.

Dan aku merenung ke luar jendela sambil berbaring di atas katilku..mula la berangan jauh, hehehe!!

Seronoknya kalau dapat 'Candle light dinner' dengan awek tersayang..lepas tu
bawa pula hadiah 'surprise' untuknya..

"Sayang, I ada bawa hadiah yang istimewa untuk Sayang".
Masa tu awek aku mula la tersengih.

"I bawa 'box of Chocolate' untuk You".
aku ingat awek aku gembira rupanya dia kata hadiah aku 'common' sangat. Dia kata lagi ingatkan hadiah rantai emas.Pergh!!

"Eh Sayang, ini bukan sebarang 'Chocolate' tau. Chocolate ni boleh
keluarkan bunyi lagu-lagu cinta.."
Sudah!! awek aku ingat aku sudah gila.

"Ya betul, kalau Sayang letakkan Chocolate ini dekat telinga, You boleh dengar suara I walaupun I berada jauh di Australia sana".
"Lagi kan Sayang, kalau You rindu dekat I, You snap sahaja gambar I dan simpan".
Awek aku mula pening. Dia mula tidak keruan memikirkan Chocolate apa dalam kotak yang aku pegang tu.

"Haa, Sayang mesti suka Chocolate ni lah, sebab dia ada 'free gift' AVATAR hehe. Your favourite movie.
Lepas tu kalau Sayang bosan, you boleh tengok movie, skrin dia besarrr-4 inchi...


Dan lagi, Sayang boleh layari Facebook pakai Chocolate ni juga tau..istimewa kan.."

Awek aku cuba memperkatakan sesuatu. Tapi aku dengan pantas meletakkan jari telunjuk aku ke bibir mulutnya..

"Shhhhsss, Sayang tak perlu kata apa-apa." Chewaahh..

"Hmmm..mana tau masa I dekat Australia kan, I email mesej dekat You, haaa Sayang pakai je Chocolate ni check email I tu...walaupun pegang lama-lama tidak akan cairlah..."

Muka awek aku mula bertukar jadi merah kerana memendam rasa geramnya.
Chocolate apa yang aku cuba beri kepada dia ni. Dengan rakus, dia rampas kotak Chocolate tu dan buka...terkasima dia...

LG Chocolate BL40!!!!! jeritnya...

"Iya. Hanya untuk Sayang hehe" kata aku...

Dia tanya kenapa seperti lain je LG Chocolate ni..
aku menjawab "Ya, LG Chocolate BL40 ni lebih panjang....hehe.."

"Ia lebih elegan dan pembuatannya lebih halus...hehe macam Sayang juga...sangat sesuai lah dengan You"

"Cara You pegang LG Chocolate ne dah sebijik seperti Runaway Model"

Awek aku dah terkinja-kinja melompat keseronokkan dari tempat duduknya..
Dia kata ini hadiah Hari Kekasih yang terbaik dia pernah dapat.

Aku menjawab
"Sudah pasti la Sayang...
Kenapa I suka LG Chocolate BL40 lebih panjang sebab I nak cinta You kepada I sepanjang LG Chocolate BL4o ni"


GEDEBUK!!!!!!
"Aduh!!!" jerit aku akibat terjatuh dari katil...
adoii..berangan sampai tertidur aku rupanya...
hehehe..
Awek pun tidak ada, apatah lagi LG Chocolate BL40 lagi la tidak tercapai akalku ..LOL
kedua-duanya aku tidak ada..heheh..
bermimpi la aku.

Apapun andaikata aku punya keduanya, sudah pasti..LIFE's GOOD
dan
"Kenapa I suka LG Chocolate BL40 lebih panjang sebab I nak cinta You kepada I sepanjang LG Chocolate BL4o ni...."


Khamis, 31 Disember 2009

Welcome 2010, Goodbye 2009

Akhirnya 2009 telah melabuhkan tirai.
Macam-macam peristiwa dalam 2009 ne. Cepat sangat masa berlalu.
Dalam 2009 lah aku kenal dengan sahabat2 aku dari Indonesia, Fahmy, Sandy, Thaha..
best giler dapat kenal dengan korang..wahahah..
2009 juga adalah tahun yang penuh dengan tekanan kerja bagi aku, menyebabkan
blog aku ini terbengkalai begitu sahaja..
tapi dengan pengurusan tekanan yang
baik dapat aku tempuhi smua..aiseh..haha poyo.

Selamat datang 2010,
semoga tahun ini apa yang aku impikan
akan tertunai. Pasti banyak perkara menarik akan berlaku
dalam tahun ini. Sukses dan terus sukses.

-end-


Sabtu, 19 Disember 2009

AVATAR Premiere Screening

Pergi menonton Avatar..make my jaw dropping...dah la free hehe
thanks tukang sponsor..Nuffnang..The movie was really awesome..super duper great..
CGI dia mmg canggih dan sangat hidup.

Jalan cerita pun sangat menarik, ada naik turun.

Sepanjang cerita aku just diam dan menikmati kecantikan CGI yang dihasilkan.
Sedikit humor yang diselitkan menjadikan
filem ini lebih menarik.
Menonton filem ini membuatkan aku terasa aku seperti salah seorang ahli clan dan pemain watak yang ada. Aku kasi 4.9 bintang dari 5...giler ah...
wahahha..
-end-

Selasa, 15 Disember 2009

Happy Belated Birthday Gaddaffi Ismail Sabri

Amik kesempatan ini nak wish epy belated besday to my friend Gadaffi Ismail Sabri (Dafi) yang ke 21.
wahaha maafkan aku boy...
gue sudah explotasi nama ko n gambar ko yang tidak pernah dikuarkan di mana2 ini ..
hahahah

Btw di bawah ni pic adik nya, Nashriq Ismail Sabri, pandai main gitar oo dia..hahaha
dan dia juga ada bandboy sndiri.
So far dia ada buat performance untuk prom night di sekolah2 sekitar Selangor and
small event di kawasan yang sama. So kalu ada antara anda berminat untuk
panggil his band ke majlis anda sila drop ur detail ya..
dan saya akan
maklumkan pada anda bagaimana untuk berhubung dengan beliau.
Thanks in advance.

Nash!!! Bash dah tolong kamu..hahah baikkan..

-end-



Jumaat, 11 Disember 2009

Mimpi aku

Sebentar tadi aku bermimpi,
kawan aku kasi aku duit rm300 lebih...wow..hehehe hutang lama katanya..
tapi itu kawan jauh yang sudah lama aku tak ketemu,
lama sangat, macam mana pula aku kasi dia hutang..hehe
rasa macam betul je..rasa girang, gembira smua ada.
tapi macam main kejar2 lak...dia kejar aku nak kasi duit,
tapi macam dia susah nak mendapatkan aku nak bayar hutang tu.
mungkin la mimpi tu petanda ada rezeki nak masuk tapi sangkut2 sket,
heheh amin...murah rezeki aku.

-end-

Rabu, 9 Disember 2009

Bubba Gump Shrimp, The Curve

Eat here before, but sorry not suit me. All the meals here not really give me satisfaction. Oily food and all the shrimp/seafood..errggh..hehhee..but it was ok.
Still boleh telan..
Disappointed with the drink that i choose. All my colleagues enjoyed their drinks. Not me.. ahahhaha mix drink taste like cough syrup. =P not into it.

The price OMG..heheh quite expensive...but its free...siapa peduli..hehe just ate them.
Maybe this is my 1st time n last time to eat here. Tapi kalau ada
yang mahu belanja...join aja..hehe
-end-

Rabu, 2 Disember 2009

Siapa Pengguna Syabu?

Siapa pengguna syabu? sudah tentulah mereka di kalangan anak-anak melayu kita. Sungguh membimbangkan bila akhir-akhir ini kalau dibaca di dada akhbar dan ditonton di televisyen RTM1,,TV3,TV9,NTV7 ataupun 8tv, anak-anak remaja kita terjebak dengan gejala dadah jenis syabu ini.

Syabu ni boleh dikategorikan sebagai dadah jenis 'high class'. makanya harganya agak mahal seperti dadah jenis lain. Jangan terkejut jika mahasiswa-mahasiswa Malaysia juga menggunakannya. Pakai duit apa untuk membeli? PTPTN?.

Mungkin sebab permintaan yang sangat tinggi dikalangan rakyat tempatan yang bodoh bingai ni, rakyat asing yang menggunakan tiket sebagai pelancong datang masuk menyeludup dadah dengan pelbagai cara ke dalam negara kita. Kalau dilihat penangkapan yang dibuat ke atas warga asing yang menyeludup masuk dadah, ada yang menyembunyikan didalam beg. Beg yang nampak biasa saja tapi rupa-rupanya ada kocek @ poket rahsia yang tersembunyi. Ada pula yang membawa masuk menggunakan bekas tin susu. Di atas susu dibawah dadah. Ishh ish ish..makin menjadi-jadi.

Ada pula rumah-rumah mewah yang dijadikan pusat pemprosesan dadah. Selalunya kawasan kondominium atau apartment yang menjadi pusat pilihan. Kerana mereka yang dtinggal disini tidak ambil peduli pun jiran-jiran sebelah. Kau, kau punya hal, aku, aku punya hal.

Oleh yang didemikian wahai pembaca sekalian, kenalilah jiran anda. Kalau tidak kenal, cuba cari inisiatif untuk berkenalan. Setidak-tidaknya tidak pula kita berjiran dengan pengedar atau pembuat dadah.
-end-

Rollney, One of The best Ice Cream

Weekend lepas, saya dan isteri ke Sunway Pyramid. Tujuan ke sana nak cari makan malam. Dan selepas selesai makan makan , kami gerak m...