Jumaat, 13 Jun 2008

Bukan Niatku Berlaku Kejam

Bukan niat aku berlaku kejam.
sebab
aku bukan insan yang macam itu
tapi apa boleh buat
kejam pun kejam la..
macam-macam aku buat
nak halau luorang dari rumah aku

tapi luorang macam tidak paham lak
kenapa susah sangat luorang nak paham huh!!!

So sekarang aku dah tak kesah.
luorang tinggal la brapa lama luorang nak tinggal
tapi aku "still" tidak puas hati..
luorang kluar awal Subuh
Isyak baru ingat nak balik
itu pun sudah lewat
Luorang buat rumah aku macam Hotel 5star
Suka hati luorang jer bila mau "check-in and check out"


kalo lepas tu luorang kemas balik tak apa,
ini bersepah..
siapa yang tak sakit hati macam tu..

Sebab luorang balas aku macam tu..
aku balas balik..
aku snap gambar curi luorang
and sebar di internat..
biar satu dunia tengok


Ini la dia..nampak tak yang dibulatkan tu..


Haa itu lagi sekor..


Ini lagi satu...sembunyi lak dia

wahahhaha....jangan marah...wahahaha


Nampak tak betapa sepahnya lepas dorang ni Check Out..

tapi dorang neh kan tetap nak balas jasa baik aku neh..toinggg..
Subuh je, dorang nie, terbang gi "window" bilik aku..
ketuk2 tingkap pastu bleh plak, memekak kat situ..
Terima Kasih banyak2 sebab kejut aku Subuh..
Kadang2 Subuh Gajah dahh..
ada gak "time" hujung minggu dorang memekak..
WOI AKU NAK TIDOR LAA!!
nak je aku tembak sekor2..wahahah

Ini jenis Burung Tiong Gembala Kerbau(Common Myna)..
dorang nie macam ada pakei "mask" kat mata..
baru la aku tau Myna neh ada banyak spesis..
sambil2 google tu aku ada jumpa
blog bro Redzlan ni..
blognya penuh dengan
gambar burung..best sangat aku tengok..
hope korang pun enjoy la tgk gambar2 dalam blog dia
macam mana aku enjoy tengok..

Selasa, 10 Jun 2008

Jangan Hina Anak Kampung....



Beberapa ketika dulu aku terkedu oleh mereka yang bangga menjadi
ANAK BANDAR..
dengan bangganya dorang tempelak muka aku::

"Sedar la diri sikit, kalau kaki tu bau lumpur sawah,
tak payah la cakap banyak"


heheh..
aku hanya tersenyum je..nak lawan cakap pun tak boleh...
sebab memangnya
aku asalnya anak kampung..
ada lagi yer umat malaysia yang pemikiran macam nie..
kalau mereka itu baca blog aku kan..
meh aku crita sket dengan korang..
betapa bangganya aku menjadi ANAK KAMPUNG..

1.sebelum berhijrah ke bandar, aku n famili tinggal di kampung..
walaupun dah pindah ke bandar tapi cuti sekolah,hujung mggu mesti balik kampung,
stay rumah cousin..sebab apa...boleh terjun sawah..

2.kenapa aku bangga?
sebab asal kampungla aku
kenal apa itu ikan sepat n ikan puyu
.
sekarang bila gi mana2 Pet Wonderland kat KL or kawasan Klang Valley
neh ada je ikan sepat dalam akuarium buat pet katanya..mahal lak tu..
baik tangkap dlm sawah..free lagi..wat pekasam..makannn..

3.masa di kampung zaman sekolah dulu,
aku sempat teman cousin aku gi gembala kambing n lembu..
best dapat dukung anak kambing...
time musim menuai..sawah kering..time tula masa
nak main kejar anak lembu..pastu main wau..
korang tau beza ke anak lembu dengan anak kerbau?

4.Korang penah kait buah manggis dari atas pokok?..erkk kenal ke pokok manggis?
pokok rambutan? pokok durian? tau ke pokok petai tu tinggi melangit..??
ada plak kejadian masa bawa kawan2 dari bandar
gi dusun abah aku,tetiba dia cantik punya "pose" suruh aku tangkap gambar dia..
dia amik galah "pose" gaya nak kait buah, tp aku musykil,
sbb dia nak kait buah durian..

selama aku hidup tak penah aku tengok orang kait buah durian..


5.Korang sedap kutuk orang kata suara mcm itik nila...
kenal ke itik nila tu macam mana..itik sudu? itik ang?
tau ke beza telur itik dengan telur ayam kampung?
Teringat lak crita kawan aku,bawa boss dia masuk kampung ...terkasima sbb
dapat tgk anak itik "live"..boleh tanya lagi tu "Binatang apa tu?"..
You know duckling??

6.Pernah gak aku ikut abah gi menjala..dapat mcm2..udang,ketam nipah,ikan baung,
lampan,kerpan..
tapi skrg bot dah tak da..
tenggelam masa tsunami..tinggal enjin je..
heheh..

Bangga kan aku jadi anak kampung, macam benda aku pernah buat.
Lagi satu abah n mama aku buat sawah gak..aku dulu sempat gak tolong abah aku gi menabur.
Kat sawah...ada padi..dari padi jadinya beras..
dari beras jadinya nasi...korang makan nasi kan..manala tau..beras2 yang korang makan
tu hasil tanah abah n mama aku..moga hasilnya korang terus cemerlang aku doakan..
"no hurt feeling k"..hikhik
So apa yang korang bangga jadi ANAK BANDAR?
Meh crita sket..

Sabtu, 7 Jun 2008

Sihir Yang Menyakitkan:Long Khong 2

Mencari ruang waktu
untuk bersama teman-teman,
apa lagi gi menonton wayang citer seram
wahahaha..


Long Khong 2
ini crita kesenambungan dari Long Khong pertama..
so siapa2 yang tidak menonton
filem yang pertama dulu
mungkin akan timbul pelbagai
seribu satu persoalan
dalam kepala hotak korang
hehe..
nak kasi paham gi cari
DVD Long Khong pertama dulu..
Lakonan mantap dari
Napakapar Nakaprasit n Namo Tongkumnerd
dan juga staring-staring lain..
ini.. dia "flashback" balik bagaimana "Ta" n famili
dibunuh dengan kejam secara sihir..
voodoo, katak,cicak,kalajengking,ular,jarum,pisau
semua permainan sihir ada..

saja tambah info..
cicak jadi beracun bila direbus
..cubala..wahahaha


untuk filem ni..aku bagi..
5 bintang
best sangat..puas hati aku tgk
sihir siam yang paling digeruni n ditakuti..
hmmm..
apalagi jom la ke wayang..
sbb tu jangan menyahut..
dikala nama kita dipanggil masa tgh tidur..
hehe....bahaya...


Khamis, 5 Jun 2008

Sekali sekala je...

Hujung mggu,
aku menghabiskan seharian waktu aku disini...



aku wat apa??..hehehe...saja isi masa lapang.
Di sini kan
ada orang tempek2 powder...
spray sana.. spray sini.. hikhik..


Banyak lak pilihan baju aku nak pilih..
hmmm...


akhirnya ini antara yang dipilih..


wahahahah..
hari yang sama juga..
ada majlis kahwin kawan aku
di mana kedua mempelai classmate ku masa form4 n form5
aku gi sana dgn kawan aku,
itupun udah lewat..
orang dah nak kemas2 da meja

tapikan jadi tetamu terakhir dapat doorgift banyak..
siap ditapau lagi makanan bawa balik.
heheh best..
"Dira & Sudin"
Moga korang kekal ke anak cucu..

Bigfoot: Makin dekat deployment projek, makin kesibukan aku ini..Pasal kenaikan minyak..byk dah blog2 lain komen..so xnak tensen2..kita epykan diri..hehehe...think positif...tingkatkan usaha...
terus bertekad cemerlang.

Sabtu, 31 Mei 2008

Hantu Jalan: Company Steamboat Projek..

Malam ini adalah Malam
Dinner company aku bagi mereka2 yang terlibat
dengan projek mega company aku nie
so staff2 lain yg tidak terlibat..
tiada la makan..
kitaorang makan steamboat..
syiokkkk!!!!


Banyakkan makanan..isi-isi steamboat ini secara buffet..so ambil la semahu-mahunya..


Makanan tengah dok mendidih...


Kami ada 3 meja besar..
Ini ahli-ahli semeja aku...
alkisahnya..aku n kawan aku, laki nie lewat sikit,
kami gi solat maghrib dulu, so gals ni la
pergi ambil segala isi-isi makanan...
punya la banyak...sekali nak abiskan..naik pengsan aku..
Sekali dekat dinding tertulis..

"100gram makanan yang tidak dihabiskan akan dikenakan RM6"

nahhh tak ke naik cuak@bingung budak2 gals nie..sapa yang nak abiskan neh..
nak je aku bebel sorg2..
"korg makan apa yang korg ambil td.."
haihhh...selamat la aku ajar korg pakai
TEKNIK BAYANGAN TAHAP MAX

wahahah...berjaya la juga kan...selamat fulus masing2..
alik2 datang nak makan free..
skali nak kena bayar pulak...aku tak sanggup...

Gambar ini terpaksa dirosakkan...wahahah...

bigfoot: Nak bela pet di rumah nie...tapi sampai sekarang belum tercapai lagi..

Homemade cooking - zaman bujang.

Sorry friends..
entry ini agak lewat sedikit..
ini adalah event aku malam hujung mggu lepas..
ya minggu lepas..
Kami meraikan
Birthday one of my friend in advance
..
tp sayangnya besday boy boleh plak
tidak hadir untuk eventnya itu..
apa la..
ini adalah HOMEMADE COOKING
tukang masaknya adalah lelaki...
harap maklum..
Menunya MEE BANDUNG dan BIHUN SUP


Ingredients yang akan diletak di atas Mee n Bihun


Mee dan juga kuahnya...sup dan juga kuah mee bandung..syiokk!!!


Aku makan MEE BANDUNG..3x tambah..
wahahha..


Ini adalah kawan-kawan yang hadir...ada yang datang lewat..
tanpa kehadiran besday boy..kami makan dengan rakusnya..
wahahah...
besday boy called..dia kata..
"korang makan la dulu.."
Aiyakk..

bigfoot: Senyuman itu suatu sedekah...sbb tu aku suka senyum ama org..
kadang2 sampai ketawa..itu aku hairan...hikhik

Selasa, 27 Mei 2008

Gelapnya Malam....

Ini kisah aku dalam perjalanan balik dari
Rumah Anak Yatim Tambunan,Sabah.



Jalan nak pergi Tambunan nie
berbukit bukau, bengkak bengkok,
kalu di semenanjung ni ibarat mcm
Bukit Putus tidakpun laluan nak gi Bukit Fraser Hill
kalau di Indonesia..ibarat laluan ke Danau Toba,Sumatra..

Laluan siang mmg penuh dgn kenderaan,
kalau malamnya..sunyi sepi..boleh dikira dengan jari kenderaan
yang lalu..yang ada lori2 tangki n lori2 besar..
Kami bertolak pulang lepas asar dgn 2 kereta
Kancil n Wira
dan
sampai di kawasan bukit bukau
yang sunyi sepi tu udah malam..
Kereta kawan aku,Kancil pecut laju..aku bawa Wira,
ikut kejar belakang..pekat malam bersuluhkan
lampu kereta kami..aku "depends" dgn kereta Kancil dpn je nak suluh jalan...

Sekali sampai satu kawasan jalan kelikir kereta aku "stuck".
aku press minyak ga' mau jalan2 keretanya..sudahhhh..
cepat2 aku "honk" kereta aku byk kali..bg kreta Kancil dpn tggu kami.
Aku "press" lagi minyak tak mau juga jalan2..mcm berputar je tayar..
aku tgk la cermin blkg kot2 mana tau ada apa2 yang tarik..hikhik..
gelap xnampak apa2..

Kereta aku ada 4org.. 2 kat blakang enak je tidor, so aku dengan co-pilot..
aku suruh kwn aku co-pilot nie keluar gi tolak kereta...bleh pulak dia wat
gabra, takut katanya.. aku kata la "kang tido kita kat cni kang!!"...
Kancil kat depan still menunggu..
Tapi serius..kalu aku..aku pun takut nak kuar...gila gelap siut..
Mulut aku dok kumat kamit je baca doa..
Then kali terakhir aku coba "press" minyak..
fuhh syukur alhamdulillah kereta bergerak..



Then Kancil n Wira sekali lagi memecut memecah gelap malam
pulang ke KotaKinabalu.

bigfoot: Bil-bil udah sampai...sudah tiba masanya untuk dibayar..

Rollney, One of The best Ice Cream

Weekend lepas, saya dan isteri ke Sunway Pyramid. Tujuan ke sana nak cari makan malam. Dan selepas selesai makan makan , kami gerak m...