Jumaat, 25 Julai 2008

12 bintang zodiak.

Mungkin ramai yang tidak tahu pasal ini.
aku pun sebelum ini kabur-kabur.
tapi sekarang aku sudah jelas dari kekaburan itu
setelah menonton Halaqah di TV9.
(sesuatu rancangan berbincangan agama)
so skrg aku mahu berkongsi dengan smua
pasal hukum 12 Bintang zodiak ini.


Ramalan Bintang Adalah Sihir
Rasulullah s.a.w bersabda:

“Siapa yang mempelajari ilmu nujum bererti
ia telah mempelajari cabang dari ilmu sihir,
apabila bertambah ilmu nujumnya maka
bertambah pulalah ilmu sihirnya.”

(HR Ahmad dengan sanad hasan).

Hadith ini dengan jelas dan tegas mengatakan bahwa ilmu nujum
(dalam hal ini adalah ramalan bintang)
merupakan sebahagian dari sihir.

Bahkan Rasulullah menyatakan bahwa apabila ilmu nujumnya itu bertambah,
maka bertambah juga ilmu sihir yang dipelajari orang tersebut.
Sedangkan hukum sihir itu sendiri adalah haram dan termasuk kekafiran,
sebagaimana Allah berfirman yang ertinya:
“Dan mereka mengikuti apa yang dibaca oleh syaitan-syaitan
pada masa kerajaan Sulaiman
(dan mereka mengatakan bahwa Sulaiman itu mengerjakan sihir),
Padahal Sulaiman tidak kafir
(tidak mengerjakan sihir), hanya syaitan-syaitan lah yang kafir
(mengerjakan sihir).”
(Qs. Al Baqarah: 102)

Hukum Membaca Ramalan Bintang
Orang yang membaca ramalan bintang/zodiak
di majalah, suratkhabar, website,
melihat di TV ataupun mendengarnya di radio
adalah seperti hukum orang yang pergi berjumpa bomoh@dukun
yang mana

Jika ia membaca zodiak,
meskipun ia tidak membenarkan ramalan tersebut.
maka hukumnya adalah haram,
ibadahnya tidak diterima selama 40 hari.
Dalilnya adalah
“Barangsiapa yang mendatangi peramal,
lalu menanyakan kepadanya tentang sesuatu,
maka tidak diterima solatnya selama 40 hari.”
(HR. Muslim)

Jika ia membaca zodiak kemudian membenarkan ramalan zodiak tersebut,
maka ia telah kufur terhadap ajaran Nabi Muhammad s.a.w.
Rasulullah bersabda
“Barang siapa yang mendatangi tukang ramal atau bomoh,
lalu mempercayai apa yang diucapkannya,
maka ia telah kufur daripada wahyu yang diturunkan
kepada Muhammad s.a.w.”

(Hadith sahih Riwayat Imam Ahmad dan Hakim).

Jika ia membaca zodiak dengan tujuan untuk dibantah@ditentang,
dijelaskan dan diingkari tentang kesyirikannya,
maka hukumnya dituntut bahkan wajib.
(dipetik dari kitab Tamhid karya Syeikh Shalih bin Abdul Aziz Alu syaikh
dan Qaulul Mufid karya Syeikh Utsaimin dengan sedikit perubahan).

So sbb agama aku dah mengatakan dan
menegaskan larangan tersebut.
Aku sarankan majalah yang banyak gila kat Malaysia ni yang
dok mengulas pasal cinta la kehidupan la
berdasarkan bintang2 zodiak ini.
hentikan penerbitan pasal itu.
Kepada pembaca-pembaca budiman,
terserah kepada anda untuk mengiakan atau tidak.
Sekian.


Rabu, 23 Julai 2008

Moga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya..

Semalam terkedu aku mendapat sms mengatakan
seorang sahabat terlantar sakit di ICU
Hospital Queen Elizebeth.Kota Kinabalu
akibat kemalangan-paru-paru berdarah.

Dan hari ini, Allah terlalu sayangkan beliau.
Dan dia dipanggil mengadap Ilahi.



Aku disini tak dapat menziarahi beliau. dari jauh ku pohon doa
moga Allah meletakkannya disisiNya di kalangan orang yang beriman.

Ku cuba panggil sahabat2 yang rapat dengan beliau..berkali2,
tetapi telefon masing2 telah dimatikan. aku faham perasaan kalian.

Beliau yang berperwatakan pendiam,
baik hati, berbicara dengan teratur, suara yang lunak ketika bernasyid.
Dan terlalu taat pada tuntutan agama.
Masih igt pesanannya pada semua sahabat-sahabat,


kalo kita tak dapat bantu anak yatim dengn wang ringgit, mengusap kepala anak yatim pun pahala berlipat kali ganda.

maka benar la kalam Allah itu, di akhir zaman Dia akan mengangkat
al-Furqan itu ke atas langit. Bukan mengangkat dengan nyata tetapi dengan mematikan
ahli ilmuan pencinta agama.

Sabtu, 19 Julai 2008

Peminat tegar...

Hujung minggu yang aku tggu2.
mau layan wayang di bioskop.
akhirnya tercapai..
ramai kawan-kawan yang join skali..
best sangat.
kita orang nonton crita Hellboy II.
best juga critanya tapi ending agak flop sket.
Then lepak n tidur di rumah diaorang.
Entry dibawah ini memang sudah lama aku
mau buat, tp tidak berkesempatan. Sebab takda fotonya.
tadi siang aku snap..sekarang tiba masanya...hehe

"Fido" adalah salah sorang ahli rumah tempat aku tidor semalam
satu Universiti juga dulu...kawan-kawan..
Beliau adalah peminat tegar kepada

Superman
Ampunkan aku fido,
wahahahha

Koleksi baju Superman dia banyak oooo.. bukan itu aja..


ada koleksi talkum, bodyspray..


dan tidak lupa juga DVD dan CD Superman..
sebelum beliau ke kerja tadi..beliau mengenakan
baju Superman nya dan juga belt@tali pinggang yang berlogokan
Superman
best kan kawan aku sorang neh..

Next

terima kasih kepada Tobeq dengan memberikan aku
award ini..

terima kasih, terharu aku..hikhik
semua individu yang membaca blog aku layak untuk award ini
tapi majoriti dah dapat kan,
so aku pun nak lebarkan sayap award ini lebih jauh
ku berikan kepada 5 orang individu2 ini..

Mike (Indonesia)
Razy (Brunei)
Bob (Brunei)
Fieza (Malaysia)
Zarith (Malaysia)

eh aku nak tau juga kawan-kawan smua ada
tak jadi peminat tegar

kepada apa-apa jenama@brand?

bigfoot: kepada teman2 yang sms dan calling2 aku...trima kasih..
tapi jangan kata aku sombong ya..kadang aku terlupa mau balas sms itu.
kesian aku dapat sms kata aku sombong..hikhik..

Rabu, 16 Julai 2008

Penanggal??

Hurmm, dulu masa 1st time jejak di negeri Sabah,
mcm2 org dok cerita pasal Sabah..itu la ini la..
tp aku gi sana..alhamdulillah..
balik jugak semenanjung nie..hikhik.

Ada skali tu masa tahun 2002..
aku masa tu still tahun 1 di UMS sana...
tahu2 kecoh pasal penanggal.. aku masa jadi bingung...
penanggal tu apa??
"then" member2 sabahan crita la,
yang penanggal ni...
mcm spirit or org yang amik kepala org...yeker.? ntah la..

kecoh masa tu kata penanggal dok mencari kepala budak semenanjung...
nak wat jambatan...
aiyooo harus ke pakai kepala org....
dorg kata kasi kukuh sket jambatan tu....
mmg masa tu fobia melanda di kalangan student semenanjung....
asal malam je...kureng sket student yg mau kluar malam..
lepastu diberi warning lagi jangan naik teksi...
konon org2 teksi pun tak boleh percaya...
so mmg xda sapa yg naik teksi mlm2..
mmg malap@sunyi keadaan kat bandar KK masa tu...
semua jadi takut... aku nie serba serbi percaya tak percaya...
kejap rasa mcm mengarut je...tp mcm takut betul la pulak kan....


sampai la aku terbaca satu kenyataan akhbar tempatan
Sabah Times
yang dibuat oleh Ketua Menteri Sabah masa tu..
heading dia "Penanggal tidak wujud"...
fuhhh masa tu baru la "cool" sket desas desus tu..
dan akhirnya KK kembali hidup oleh student2 semenanjung..
yeahhh..!!

Next

aku bosan2 saja mau check ranking blog aku neh
di mana kedudukannya..heheh
malu mau kasitau,wahahah

sekali
ini yang aku dapat


Uik ramai juga ya readers blog aku dari Indonesia.
Terima kasih banyak-banyak.
Didiet and brother Rezki, Fauzan, Mike, Dian, Embak Endah,
Tony, Hary, Mas Darma n siapa2 aja thanks..

Dan juga readers dari Malaysia...
sebab korang terlalu ramai susah mau sebut satu2..
hehe terharu neh.

Other countries tu aku boleh agak
sbb aku guna satu lagi statistic counter



Kalo di Brunei, Razi@Razy, Bob, Bond and awda yang lain...thanks alot.
dari Singapore.. she like my own sister Lina..
hehe dan juga anda yang lain
gerek sey.

Dah cukup aku merapu..nanti aku letak ranking korang smua ya..heheh

bigfoot: Takziah buat keluarga Allahyarham Dato' Ahmad Basri Akil.
Pemergianmu akan terus dirasai oleh semua penyokong2 Kelab HijauKuning.
Moga rohnya dicucuri rahmat.Amin

Ahad, 13 Julai 2008

13 Julai 2007: Aku accident

Aku mengagahkan diri untuk menaip entry ini..
hehehe tah apa-apa..
hari ini 13 Julai 2008
iaitu tarikh yang sama aku terlibat dengan kemalangan jalan raya..=)
di Lebuhraya Utara-Selatan.
13 Julai 2007


Bahagian hadapan kereta

Bagaimana ia berlaku? hmmm..
hari tu aku on my way to Penang..
ada event yang perlu aku hadiri di Hotel Tanjung Bungah,
kerja outstation.
waktu tu hujan renyai-renyai..xda la lebat mana pun..
so pemanduan aku seperti biasa.
sampai sahaja di Kawasan Bukit Tagar,(masih dalam Selangor)
aku dapat rasakan kereta aku hilang kawalan,
dan terus kereta ku menuju tepat ke divider jalan,
berpusing n berpusing..
macam gasing da..
wahahaha..


Bahagian belakang kereta

kereta aku berhenti berpusing tepat di tengah-tengah Lebuhraya.
"wow" itu je mampu keluar dari mulut aku.
Thanks to Allah, im still alive..

Orang pertama yang aku call, ialah Mama aku
"Ma, abang rasa abang accident la"
hehehe..boleh pula aku main rasa-rasa kan..
then aku sempat sms 2 orang kawan as
nama mereka di atas carta phonebook..hehe
mentioning aku mintak maap bebanyak halal makan minum aku..aku accident.


Bahagian belakang kereta

Im checking myself,
syukur sekali lagi tak ada apa-apa injuries..
Allah masih melindungiku..
semasa kejadian aku dapat rasakan
diriku dipeluk rapat ke kerusi kereta...

Mama menelefon aku kembali..
mengatakan Pakcik n Makcik aku on the way ke KL..
mungkin Pakcik akan lalu tempat aku.
Kerna Allah yang merancang semuanya..
sebaik Mama mematikan panggilan..
Aku nampak kereta Pakcik...
Pakcik n makcik yang menemani n menolong aku sepanjang kejadian.
dari laporan polis sehingga menunggu Abah sampai.
kebetulan Abah di Putrajaya..bergegas ke tempat aku.


Bahagian hadapan lagi

Dengan hanya 2 sms...
aku dibalas dengan puluh-puluh panggilan dan sms masuk....
maaf sahabat n kawan-kawan,
aku tak mampu nak menjawab n membalas panggilan n sms kalian ketika itu.
badan aku still menggigil siut..wahahha..
aku bersyukur dan berterima kasih
kerna punya sahabat n teman seperti kalian..

Polis kata im lucky to be alive..but
still kena saman sebab merosakkan harta benda awam.
Langgar divider..
dia kata kalau langgar pokok pun kena saman
kecuali jatuh gaung..
Mungkin pak polisi neh nak aku terjun gaung kot,
tapi nak buat macammana kereta gi kat divider
bukan gaung..hehhe

Sekarang aku dah recover sepenuhnya
dari trauma memandu di highway ketika hujan..

Jumaat, 11 Julai 2008

Itu Rombongan Diraja la!!!!



Hurm aku sangat terkejut n sakit hati
kepada satu televisyen swasta ini,
sebabkan berita yang dipaparkan boleh
berbaur hasutan dan untuk menaikkan marah rakyat.
Bodoh punya TV3,
Direct ja aku sebut.
lain kali siasat la laporan tu dulu. Jangan dok buat ayat tergantung bagai.
Jangan nak tangkap muat masuk ja..
Bukan aku nak berpolitik..
sebab bukan motif aku berblog untuk berpolitik.

Petikan berita TV3 masa tu merakamkan
rombongan Menteri Besar Kedah menaiki pesawat dan
menyebut seolah-olah ia adalah rombongan
Menteri Besar Kedah semata-mata nak gi makan angin.
Nampak terang-terang payung kuning di hadapan.
Aku dengar pun kesal dengan laporan berita yang mengelirukan itu.
Pastu nanti kata pula pembaziran.Tambah2 kerajaan Pas pula yang memerintah.
Lagi la buat kacau.
Hello, itu rombongan Diraja Kedah...
Ini buat laporan berdasarkan andaian semata-mata tanpa meminta penjelasan
rasmi terlebih dulu. Itu la TV3. Konon berita untuk rakyat.
Kadang hampeh jugak.
Sebab bukan apa, ini membabitkan kepentingan istana.
Sultan negeri aku.

Pesawat sewa khas yang dinaiki Menteri Besar Kedah,
Ustaz Azizan Abdul Razak itu adalah bagi menyertai rombongan
Diraja Kedah ke Brunei
untuk menyembah titah mengundang
Sultan Brunei
ke majlis Sambutan Jubli Emas 50tahun Pemerintahan Sultan Kedah
pada Selasa ini.
15 Julai 2008 yang mana negeri Kedah cuti.


Rombongan Diraja ni diketuai Tunku Bendahara Kedah
yang disertai isterinya selain Ketua Istiadat Istana, Datuk Saad Endut
dan isteri selain Ustaz Azizan dan isteri dan beberapa lagi Ahli Mahkota Kedah.

Walaupun aku dok luar negeri Kedah, tapi aku tau juga perkembangan negeri aku.

Better kan TV3 rujuk balik dengan istana..
nanti takut kena haram terus tak leh masuk Kedah.
masa Sure Heboh dulu dah kena sekali...
wahahahah..opsss terlebih sudah..

Kat sini aku nak amik peluang mengucapkan tahniah kepada
Tuanku Sultan Kedah.

TUANKU ALHAJ ABDUL HALIM MU'ADZAM SHAH IBNI ALMARHUM SULTAN BADLISHAH

Ampun Tuanku beribu ribu ampun
sembah patik harap diampun, patik sebagai
rakyat negeri Kedah
berbangga berada dibawah pemerintahan tuanku.
Patik sentiasa
mendoakan kesejahteraan Tuanku
untuk terus memerintah di Negeri Kedah.


Daulat Tuanku!!

Khamis, 10 Julai 2008

Tanjung Puteri@Sri Hartamas

Hurmm hari rasa mcm pelik sket,
ntah la...apapun aku rasa mengantuk..mau tidur..hehe.
boss aku hari ini dia MC...food poisoning..
sbb smlm dia dah macam pucat semacam masa kami meeting.
boss balik awal..
dan juga
aku punya senior executive pun tak masuk office hari ni..
so apa lagi enjoy!!!
wahaaha..tapi still banyak juga kerja..
boss aku tak datang tapi boss Department Project Manager still
cari aku...
Then, untuk Project yang aku terlibat ni,
selamat la aku dapat Senior2 Programmer
tak da la banyak error dalam sistem,smooth jer..
macam kawan2 aku yang lain ada juga
yang dapat Junior Programmer
so serabut sket la kepala otak dorang.

Then, culture dalam office aku neh
masing2 suka sangat gi melancong..
merata dunia masing2 berjalan..
balik office je, mesti ada ole2 utk semua staff..bagus kan..heheh.
Untuk rekod tahun nie::
Awal tahun hari tu, boss aku gi New Zealand tempat kakak dia,
dia beli Fridge Magnet setiap sorang, n coklat..
lepas tu staff dari Design Department dia gi Hanoi,
share gambar je..hehe..ok la tu kan..
Lepas tu kawan aku sebelah meja ni, dia gi diving kat Pulau Tioman,
dia bg keychain setiap sorg.
Then Boss dr Department Designer, dia baru balik dari Austria gi tgk final Euro
bagi coklat..
semalam sorang Programmer ni baru balik dari Bandung..dia bawa balik
kuih apatah namanya, ada pisang dalam dia.
melancong melancong melancong..

NEXT!!!

Ini kalo korang takda tempat yang best nak makan2
aku suggest korang makan kat
Tanjung Puteri@Sri Hartamas.
lokasi: Kalo dari kawasan kedai-kedai Hartamas,
dari triffic light simpang empat tu just lurus je..

aku suka gak makan kat sini, suasana dia berbeza sangat
feel zaman2 Tri Sri P.Ramlee.
kalo time dekat2 raya, dorang akan
main lagu2 raya yang original, zaman P.Ramlee dulu...feel gila
Menu:
Choices of ala carte fried dishes,
or feast yourself to a wide selection of authentic Malay cuisine/ dishes,
with Nasi Lemak or Steamed Rice as your rice choice.
Traditional Malay desserts are also served,
along with variety of drink selections, cold and hot.
Favourite menu aku: Nasi Goreng Saloma.
Harga memang reasonable.

Foto-foto dibawah aku combine with
mine n from Flickr foto's owner, miss lea(yang ada watermark tu).


Di snap during day time..(Flickr: ms lea)


Buffet ada...diserikan dengan foto pelakon2 lagenda.(Flickr: ms lea)


Ini aku snap waktu malam..malam pun buffet still ada,
ala carte pun ada.


Aku snap secara keseluruhan tempat..
kalo korang datang timing yang betul,
dapat la nampak artis2 senior kita, mcm Jaafar Onn, Heida, Ramlah Ram..
ramai lagi...suka benar dorang lepak sini.


Haa ini foto Son of the cafe's owner..hehehe..Fariz..
anak tuan cafe..
pendek kata aku makan free la jawabnya kan..
wahahaha..

Rollney, One of The best Ice Cream

Weekend lepas, saya dan isteri ke Sunway Pyramid. Tujuan ke sana nak cari makan malam. Dan selepas selesai makan makan , kami gerak m...