Rabu, 17 September 2008

Main masak-masak!!!!

Wahaha title macam tak serius je heheh
tapi betul weii,
aku n kawan2 main masak2..lalu bila sudah selesai masak
kami makan ooo..
yeah itula aktiviti kami ketika berbuka puasa weekend lepas.
main masak-masak..heheh
apa kami masak untuk berbuka puasa,sila lihat foto2 yang telah disnap itu.
anak2 teruna yang masak untuk 6orang makan.

Ikan Kerapu Sweet Sour(aku masak neh)wahaha.
Yang menggorengnya ikan, insan lain(Poseng diberi nama)


Ayam Masak Lemak (ini Poseng yang masak)


Ini Kerabu Kangkung(aku masak wahahah)
dorang kata macam ulat..hampeh tul.tapi korang telan licin jugak.kan.kan.
Dish neh kalo kat Eden Restaurant@KLIA mau RM17.
ini masak sendiri kira just RM3 je.


Ini Udang Goreng Tepung..(Mus n Fat yang masak)
setelah aku mengajar dorg kupas udang kasi cantik.
cantik kan udang tu..wahahah.


Ini Telur Bistik (Mus n Poseng punya resipi)
telan jer...wahahha



Ini adalah hidangan lengkap kami. Tetap juga beralaskan paper lama.
hehe..anak2 bujang la katakan.Makan dengan puasnya..Syukur
Alhamdulillah.


bigfoot: Kepada Bai..nanti la aku wat tagged ko ya ..tak sempat aku nak selitkan.hehe.

Sabtu, 13 September 2008

Katakan TIDAK kepada mereka!!!!

Aku balik office terus ke bazaar ramadhan.
Sampai rumah buka TV. Sambil tukar-tukar channel.
terpaku sebentar di saluran AstroRia.
Apa kebendanya ni...
selebriti-selebriti astro tengah dok joget lambak atas pentas.
Ok fine..then aku tengok la sempena apa nak jogek2 neh
Marhaban di Astro.. okeyyy..
dengar pulak lagu apa nak dijogetnya
oooo tengah berzikir kepada Allah rupanya...
ish ish ish....heran aku...mazhab apa la orang2 astro ni ikut ya...
joget2 sambil memuji Allah.
jahil? entah la... bodoh? entah la.. tak tahu? entah la..
tepuk dada tanya iman.


ada lagi pula, satu program kuiz lawak baban.
aku pun tak tahu menda apa yang disoalnya.
sampai berkerut-kerut dahi peserta-peserta tengah pikir.
menguji minda betul.
almaklum jawapan mmg tidak ada dalam
Perpustakaan Negara.
kalau cari memang tidak jumpa..
dapat jawab, uihhh bersorak bagai nak rak..
rupanya
berjaya meneka album artis bla bla bla...
menguji minda betul



Haa ada lagi pulaaa, satu game show baru.
Dapat tembus lubang..dapat la duit.
kalau tidak, jatuh dalam air.
perlu ke aku ketawa, perlu ke aku kasihan, entah la...
sekarang banyak game show baru menguji IQ.
Memikir macam mana nak tembus lubang.
aku pun ada bangkitkan soal ini dengan kawan2..
diorg kata "Ala game show untuk hibur2".
okay aku setuju.. tetapi bila ada peserta wanita?
rasanya game show ini tidak sesuai untuk wanita.
kalau nak juga sesuaikan, tukar pakaian renang tu.
cari baju renang muslimah..=P


Haa ini lagi best,
game show terbaru dari yang baru,
memulas otak pikir lirik lagu.
Betterkan anda-anda semua hafal lirik lagu dari sekarang
tau tau untung dapat rm1juta.
almaklum ibubapa sekarang berbangga anak-anak
mereka dapat menghafal lirik lagu
daripada menghafal
doa-doa untuk kesejahteraan keluarga
mahupun surah-surah lazim.yerdak? hehe


Bagi aku katakan TIDAK bagi yang tidak sepatutnya.lalalala.
walauweii,,hikhik

Ahad, 7 September 2008

Rempah Cap O!!..hehehe



Kalo aku balik Kedah kan,
opismate aku mesti akan memesan aku belikan
dia rempah Cap O.
sebab rempah ni tidak ada dijual di daerah Selangor..
mahupun di Kuala Lumpur, hanya di Kedah sahaja dan daerah terdekat.
kawan aku ni asalnya johor. So kalo dia balik Johor dia akan
suruh ibunya masak pakai rempah ini.
wife dia pun sudah pandai masak pakai rempah neh.


aku ga tahu di mana hebatnya rempah nie..
sebab mmg di rumah aku di Kedah, mama pun
masak pakai rempah Cap O..
"pegi market belikan rempah cap O tau..tak mau rempah lain"
"kalo xda ja baru beli jenama lain"
apa kata kalo anda semua ke kedah cari la rempah ni..
rempah Cap O, cuba try,pelbagai rempah ada,
dari kari ayam sampai ayam masak merah..
mana tau jatuh cinta dengan rempah ni
mcm kawan aku.
sedap dimasak untuk berbuka
heheh

Next


ini pemberian dr zarith...terharu den..
anda suka baca blog den yor..hehe
nanti aku passing kat teman2 yang lain pulak ya..hehe

big foot: kalo anda nak aku kirim "sample" rempah cap O, bleh je..kasi alamat ya
aku postkan..b_bashed@hotmail.com


Isnin, 25 Ogos 2008

Sepanjang Piala Malaysia. Kedah vs Selangor.

Ini kisah,
aku dah peram dekat 4hari..hehe
Sebelum nie tak sabar aku nak tnggu
final Piala Malaysia,
sudah ku agak team Kedah akan masuk final Piala Malaysia sekali lagi.
so hari yang ditunggu telah tiba,
match diadakan di Stadium Bukit Jalil,
nak masuk kena la pakai tiket,
tapi selamat aku ada kad jemputan itupun sbb aku ikut abah aku..
hehehe




bereh jer..kalo masuk pakai kad jemputan..hehe
bleh gak aku makan free skali..
Ini kerusi-kerusi VIP...aku dok cni a...so aku nak melompat-lompat
ketika goal pun kena sopan-sopan..wahahah. kadang-kadang tersasul gak.
aku duduk sebelah YB ADUN Yan n YB Parlimen Baling..nuu mai Kedah nuu..
hehehe..
Kedah kan Kerajaan Negeri dah lain..
hehe aku pun kena la sopan...gegege.
Ini aku mau tunjuk berbedaan antara 2 penyokong pasukan.
Sebelah kiri suppoter Red Giant(MerahKuning)
sebelah kanan supporter KENARI(HijauKuning)
so siapa lagi keren? hehehe
Tak puas hati lagi...lihat lagi skali supporter HijauKuning neh...
hehe bykkan kan...masa tu aku rasa mcm aku di Kedah je..wahaha.
ada jugak aku sempat bual ama kakak supporter RedGiant, dia kata masa dia
naik tren LRT Putra mau ke Stadium Bukit Jalil..macam kat Kedah..
penuh HijauKuning...heheheh..
Ini masa team Kedah udah selesai panaskan badan.
Ini masa Sultan Kedah n Raja Muda Selangor turun ke padang untuk
diperkenalkan dengan pemain-pemain.
Ini semasa selesai permainan Kedah menang 3-2 dan Piala Malaysia milik Kedah lagi.
sebab Sultan n Raja Muda bangun so kami hadirin pun kena la berdiri.
Alamak gambar Raja Muda Selangor agak kabur..
Maafya aku tak dapat snap gambar
semasa permainan berlangsung..iya kusyuk melihat permainan maaa..
Ini masing2 rebut mau snap gambar Sultan.
Dan akhirnya Sultan Kedah dan Raja Muda Selangor berangkat pulang.
Kiri Sultan Kedah n kanan Raja Muda Selangor.
Angkat sembah sambil snap pic..heheh
bigfoot: lappy aku tak sempat repair lagi...

Selasa, 19 Ogos 2008

Dugaan ku ini..

Aku terima lagi satu dugaan.
Dunia ku kelam..
Aku hilang punca tatkala ia berlaku.
seram sejuk semuanya ada.
Aduh...laptop ku padam, diam, statik tanpa processor bergerak..
waaaaa...tak ku tahu apa yg bikin kaw padam..
tiada hidup kembali..
aduh laptop ku.
jadi
terpaksa la aku kidnap laptop office..
hehehe..pinjam ya...
bikin hidup aku lagi susah.
aku tetap sabar..

bigfoot: dalam laptop tu byk foto-foto yang ingin diupload..skrg punah semuanya...apa yang aku boleh buat??

Rabu, 13 Ogos 2008

Aku kembali!!!

Salam buat semua, aku kembali berentap ke dunia blog setelah
hampir 3 minggu aku off..hehehe
aku outstation..jadi tak sempat mau online.
kemudahan internet ada tapi kekangan masa tidak mengizinkan.
skrg aku sudah ada di rumah..masalahnya lagi internet di rumah ada problem
kejap mau idup kejap mau mati..

so aku sekarang mau kongsi experience aku semasa outstation.
takda la menarik pun. tapi unik jugak la..wahaha..
aku berpusat di Muadzam Shah..MRSM Muadzam Shah...
trima kasih kepada Guru-guru MRSM Muadzam Shah
kerna kerjasama yang diberikan dan
MRSM Alor Gajah, tunggu kedatangan ku..hehehe

semasa di sana, aku stay di Rompin Beach Resort.. tepi pantai...
sayang sayang, aku ngak sempat nak jenguk pantai dr dekat..
yalor..abis keja sampai aja resort..hari dah malam...pantai pun x nampak
tiada lampu...sampai la tamat tempoh outstation aku.
tapi makanan laut sana tiptop,murah amat.
puas aku melahap..tambah2 kena sponsor oleh bos besar..hehehe
aku makan dan makan...aduh berat badan dah naik agaknya..hikhik..
sebab
lokasi Rompin dan Muadzam Shah 56Kilometer iaitu 45minit
...
kami dipelawa Pengetua MRSM
tinggal di rumah tetamu..ok la tu...
walopun rumah tetamu, kelengkapannya cukup..
ada 3bilik tidur, 2kamar mandi, dapur dan juga tv berastro..wahahahah..
tapi malam di Muadzam Shah tidak hidup...
mati kutu juga la kami..hikhik..
skrg aku sudah kembali ke Office..
rasa macam aku dah tinggalkan office dekat setahun..wahahaha
nanti kita outstation ke MRSM Alor Gajah dan MRSM Kuala Kubu pula ya..

bigfoot: gambar2 yang aku snap, kemudian aku masukkan ya..

Jumaat, 25 Julai 2008

12 bintang zodiak.

Mungkin ramai yang tidak tahu pasal ini.
aku pun sebelum ini kabur-kabur.
tapi sekarang aku sudah jelas dari kekaburan itu
setelah menonton Halaqah di TV9.
(sesuatu rancangan berbincangan agama)
so skrg aku mahu berkongsi dengan smua
pasal hukum 12 Bintang zodiak ini.


Ramalan Bintang Adalah Sihir
Rasulullah s.a.w bersabda:

“Siapa yang mempelajari ilmu nujum bererti
ia telah mempelajari cabang dari ilmu sihir,
apabila bertambah ilmu nujumnya maka
bertambah pulalah ilmu sihirnya.”

(HR Ahmad dengan sanad hasan).

Hadith ini dengan jelas dan tegas mengatakan bahwa ilmu nujum
(dalam hal ini adalah ramalan bintang)
merupakan sebahagian dari sihir.

Bahkan Rasulullah menyatakan bahwa apabila ilmu nujumnya itu bertambah,
maka bertambah juga ilmu sihir yang dipelajari orang tersebut.
Sedangkan hukum sihir itu sendiri adalah haram dan termasuk kekafiran,
sebagaimana Allah berfirman yang ertinya:
“Dan mereka mengikuti apa yang dibaca oleh syaitan-syaitan
pada masa kerajaan Sulaiman
(dan mereka mengatakan bahwa Sulaiman itu mengerjakan sihir),
Padahal Sulaiman tidak kafir
(tidak mengerjakan sihir), hanya syaitan-syaitan lah yang kafir
(mengerjakan sihir).”
(Qs. Al Baqarah: 102)

Hukum Membaca Ramalan Bintang
Orang yang membaca ramalan bintang/zodiak
di majalah, suratkhabar, website,
melihat di TV ataupun mendengarnya di radio
adalah seperti hukum orang yang pergi berjumpa bomoh@dukun
yang mana

Jika ia membaca zodiak,
meskipun ia tidak membenarkan ramalan tersebut.
maka hukumnya adalah haram,
ibadahnya tidak diterima selama 40 hari.
Dalilnya adalah
“Barangsiapa yang mendatangi peramal,
lalu menanyakan kepadanya tentang sesuatu,
maka tidak diterima solatnya selama 40 hari.”
(HR. Muslim)

Jika ia membaca zodiak kemudian membenarkan ramalan zodiak tersebut,
maka ia telah kufur terhadap ajaran Nabi Muhammad s.a.w.
Rasulullah bersabda
“Barang siapa yang mendatangi tukang ramal atau bomoh,
lalu mempercayai apa yang diucapkannya,
maka ia telah kufur daripada wahyu yang diturunkan
kepada Muhammad s.a.w.”

(Hadith sahih Riwayat Imam Ahmad dan Hakim).

Jika ia membaca zodiak dengan tujuan untuk dibantah@ditentang,
dijelaskan dan diingkari tentang kesyirikannya,
maka hukumnya dituntut bahkan wajib.
(dipetik dari kitab Tamhid karya Syeikh Shalih bin Abdul Aziz Alu syaikh
dan Qaulul Mufid karya Syeikh Utsaimin dengan sedikit perubahan).

So sbb agama aku dah mengatakan dan
menegaskan larangan tersebut.
Aku sarankan majalah yang banyak gila kat Malaysia ni yang
dok mengulas pasal cinta la kehidupan la
berdasarkan bintang2 zodiak ini.
hentikan penerbitan pasal itu.
Kepada pembaca-pembaca budiman,
terserah kepada anda untuk mengiakan atau tidak.
Sekian.


Rollney, One of The best Ice Cream

Weekend lepas, saya dan isteri ke Sunway Pyramid. Tujuan ke sana nak cari makan malam. Dan selepas selesai makan makan , kami gerak m...