Sebab aku dalam proses diet, makanya aku membawa pembacaan perkongsian secara serius.Wakaka. Marie Savard, M.D., mengkategorikan jenis bentuk badan kepada buah epal dan buah pear. (Bagi lelaki, dia memanggil mereka "heavy bags" dan "speed bags.") Bahagikan saiz pinggang anda (bermula dari pusat) dengan saiz paha. Lebih dari 0.85, anda adalah buah epal; jika kurang, anda adalah buah pear.
HEAVY BAG
Kebanyakan lelaki akan membawa lebihan lemak mereka ke perut, dada dan belakang adalah bersamaan badan "android" atau buah epal. Walauweii..Lemak viskeral di dalam dan dikeliling badan lelaki epal lebih kepada metabolism aktif , yang mana lemak ini akan terbakar terlebih dahulu apabila mereka melakukan senaman dan mengurangkan kalori. Tetapi pengurangan di perut mungkin kurang sedikit sebab lapisan lemak di perut lambat membakar. CADANGAN KEPADA MASALAH: Makan whole grains (Korang cari la maksud whole grains ni yer). Penyelidikan yang dilakukan di Penn State telah menemui bahawa bagi mereka yang diet dengan makan wholegrain akan mengurangkan lemak di abdomen dua kali daripada mereka yang diet yang makan refined flour.
SPEED BAG
Sesetengah lelaki pula akan membawa lebihan lemak pada punggung dan paha mereka. Penyelidik memanggil bentuk badan mereka sebagai "gynoid" atau buah pear. Perut lelaki buah pear akan lebih cepat mengecil kerana dia hanya mempunyai sedikit viskeral lemak dan lemak bawah kulit di sekeliling torso. Tetapi jika dibandingkan dia mempunyai punggung yang lebih besar..ayoyo hehe.CADANGAN KEPADA MASALAH: elakkan lemak saturated. "Sel lemak pada punggung dan paha anda akan cepat menyimpan lemak saturated sebaik sahaja anda digest" kata Dr. Savard. Sebaiknya, gunakan lemak monounsaturated seperti minyak zaitun dan minyak canola.
Oleh yang demikian pandai-pandai la korang jaga pemakanan dan diet ya...wkwkwkw..
2 ulasan:
Badan bentuk durian tak ada ker hehehehhe...
wah.. aku adalah jenis epal..
Catat Ulasan