Ahad, 4 Julai 2010

Apa bentuk badan yang menghantui anda??


Sebab aku dalam proses diet, makanya aku membawa pembacaan perkongsian secara serius.Wakaka. Marie Savard, M.D., mengkategorikan jenis bentuk badan kepada buah epal dan buah pear. (Bagi lelaki,  dia  memanggil mereka "heavy bags" dan "speed bags.") Bahagikan saiz pinggang anda (bermula dari pusat) dengan saiz paha. Lebih dari 0.85, anda adalah buah epal; jika kurang, anda adalah buah pear.

HEAVY BAG
Kebanyakan lelaki akan membawa lebihan lemak mereka ke perut, dada dan belakang adalah bersamaan  badan "android" atau buah epal. Walauweii..Lemak viskeral di dalam dan dikeliling  badan lelaki epal lebih  kepada metabolism aktif , yang mana lemak ini akan terbakar terlebih dahulu apabila mereka melakukan senaman dan mengurangkan kalori. Tetapi pengurangan di perut mungkin kurang sedikit sebab lapisan lemak di perut lambat membakar. CADANGAN KEPADA MASALAH: Makan whole grains (Korang cari la maksud whole grains ni yer). Penyelidikan yang dilakukan di Penn State telah menemui bahawa bagi mereka yang diet dengan makan wholegrain akan mengurangkan lemak di abdomen dua kali daripada mereka yang diet yang makan refined flour.

SPEED BAG
Sesetengah lelaki pula akan membawa lebihan lemak pada punggung dan paha mereka. Penyelidik memanggil bentuk badan mereka sebagai  "gynoid" atau buah pear. Perut lelaki buah pear akan lebih cepat mengecil kerana dia hanya mempunyai sedikit viskeral lemak dan lemak bawah kulit di sekeliling torso. Tetapi jika dibandingkan dia mempunyai punggung yang lebih besar..ayoyo hehe.CADANGAN KEPADA MASALAH: elakkan lemak saturated. "Sel lemak pada punggung dan paha anda akan cepat menyimpan lemak saturated sebaik sahaja anda digest" kata Dr. Savard. Sebaiknya, gunakan lemak monounsaturated seperti minyak zaitun dan minyak canola.


Oleh yang demikian pandai-pandai la korang jaga pemakanan dan diet ya...wkwkwkw..

Jumaat, 2 Julai 2010

Join Showdown 2010 Roadshow!!

                                                                            see ya!!!!

Selasa, 8 Jun 2010

Runtuhkan bangunan lama..bangunkan yg cantik-cantik di Alor Setar

Sedang dok selongkar-selongkar foto-foto yang lama.. dan terjumpa pula dengan foto-foto ini.
Foto-foto ni aku captured sewaktu aku di Pekan Cina Alor Setar.

Pada pendapat aku la..bangunan-bangunan lama ne, kalau nak di kekalkan bagus di cat dengan warna yang cantik-cantik. atau robohkan sahaja.Bangunkan pula bangunan yang cantik-cantik dan indah-indah.

Tidak la orang memandang pun sakit mata. Harap-harap semoga Dewan Bandaraya Alor Setar akan lebih cergas lagi jangan la mandom sangat. Alasan kata tidak ada duit tu harus di jauhkan. Maka anjurkanlah  program yang boleh mendatangkan hasil. Sewa-sewa tapak, saman-saman parking kuat kuasakan dengan betul. Hutang-hutang tertunggak kutip.
Pasti alasan tiada duit tidak timbul.

Isnin, 31 Mei 2010

Semuanya bicara soal itu...

kadang-kadang aku tidak ambil pusing soal yang dibincangkan.,
tapi waktu sekarang ini semua bicara soal itu,
perkara yang sama berulang-ulang..soal itu itu dan itu.,
aku ne takda power untuk berhentikan, sampai khutbah jumaat pun bicara soal itu,
rakan-rakan di office juga bicara soal yang sama,
rakan-rakan d YM juga, teman-teman d facebook juga soal yang sama..
kenapa topik ini menjadi perkara yang hangat waktu sekarang ini...
sangat menduga akal....

Bila waktunya anda akan berkahwin? ,,,,kan ku tunggu bidadari yang ku dambakan...wkwkwk..

Khamis, 27 Mei 2010

Alahai boss..

boss aku datang jumpa aku semalam...tapi aku buat tak heran kat dia...hahaha...
giler kan boss yg datang cari..sepatutnya kita yang pergi ke tempat dia.

tetiba dia bangkang apa aku ckp...hishh geram aku...so aku buat bodo je...
nahh amik ko..aku malas dgr apa ko ckp..
.. ko bebel sorang2...sikit pun tak pandang muka dia...hhahaha..
giler kerek aku...aku pandang je laptop aku ne...

eh jap boss aku dtg..lalalala..
ishh lama la pulak boss aku ne dok discuss ngn opismate meja seblah aku ne..
k dia dah blah...
sambung...

haha giler ahh...ngelat aku...
bukan apa, mode keja dah kurang esokkan cuti.


so pastu lepas habis cakap dengan aku, dia blah gi tempat dia balik...
yang aku igt, dia suruh aku call client..itu je..yang lain..ntah..
kan aku buat bodo je tadi.
padan muka aku..hahah

lepas aku layan email-email client yang lain...baru mode rajin aku timbul balik..
aku angkat phone..n call client yang boss aku suruh call tu...aku buat ayat sendiri..
hahah apatah yang aku cakap..yang penting betul lak tu..
pastu tetiba boss aku dgn riang dtg ke tempat aku..
"You called him already?"
dan aku ntah mengapa bertukar menjadi happy menyambut sapaan boss aku itu..
"yes i did.." 
semoga dia tak kaco aku lagi utk hari itu...
~~~~~~~~~
kami suka sakat boss kami

-the end-

Selasa, 25 Mei 2010

Kerja aku

di office mmg aku 'kadang-kadang' sibuk...layan projek aku yang dah masuk tahun ke-2..
projek aku dengan MediaPrima..hebat kan?!..wakaka.

1 projek dengan Creative Design Department(CSD), 1 lagi dengan Engineering Department..
orang tengah dorang sudah tentu la dari MIS(Department IT).

penat aku layan permintaan dorang..nak tukar itu nak tukar ini...
kasi canggih sket itu canggih ini.. aku stress...hahahaha..

sebab sistem dah jadi terlalu canggih, sampai aku pun lupa mcm mana sistem tu berfungsi.
kena pikir kejap.

Semua celah Sri Pentas dah aku masuk...tudiaa ..bukan nak kata la..tapi itula hakikat...hahahha...

pak2 n kakak2 guard smua dah malas kasi keta aku parking kawasan dalam...discriminasi betul..

tgk la nanti aku tukar keta pakai mercedes ke, bmw ke, mini cooper ke, aku angkat tgn je masuk..
wkwkwk.

ada skali tu aku parking keta aku,sebelah keta ferrari..then masa mau balik tu aku tunggu kejap dalam keta
nak tgk keta sapa tu...skali Norman KRU daa..pergh byk duit ko ya.

kadang sakit hati gak layan kerenah dorg ne..tp nak buat mcm mana...org kata customer always right..
sapa la yg buat quote tu..kepala hotak dia..lalalala..

penah la jugak kasi training utk orang MediaPrima mcm mana nak pakai sistem yang canggih ne..
dari personaliti tv sampai la makeup artis sampai yang tukang angkat lampu...
kalo yang lembab tu mmg agak la..kalo yg pandai IT tu mmg laju a.skali main facebook bukan dgr aku kasi training.
yang best waktu training geng-geng makeup artis..
nak pecah perut aku kasi training dorg..hahaha..takda la aku stress...

yang penting satu MediaPrima aku dah jalan..aku buat road tour aku sndiri...kahkahkah..

-the end-

Isnin, 24 Mei 2010

Fakta yang aku tak suka.

1. aku-busy-sibuk-bye [via Celcom SMS] --nak mampus baiii--..

2. aku terasa sangat pelik dan aneh bila ada orang cuba menjadi superhero.. --SAVE THE WORLD--.

3. i have big happy famili ...[via Echofon] -- shit mcm orang lain tidak happy--

4. kawan aku artis.. --aku juga--

5. aku pandai mengurut --jangan ko pegang aku--

6. tak pandai menipu tapi cuba menipu ---kantoi,org jadi shit dgn engkau--

ehh aku tak sedar pula aku sedang mengumpat orang...wkwkwkwk....ish ish ish...apa nak jadi dengan aku neh..

Rollney, One of The best Ice Cream

Weekend lepas, saya dan isteri ke Sunway Pyramid. Tujuan ke sana nak cari makan malam. Dan selepas selesai makan makan , kami gerak m...