Tahun 1999,
Petang tu aku n kawan2 ada latihan kat padang.. sedap2 aku nak lontar peluru.. kawan-kawan lain tgh heboh pasal "sumthin". aku pun trus xda mood nak lontar peluru tu.hehehe.
Aku pun tanya la dorg apa hal. Dorg ckp kat aku apa yg berlaku "Mat Dud accident bash,kepala dia terhantuk divider jalan" peluru besi yg aku pegang terlepas dr genggaman tangan. Masa tu aku xtau perasaan aku masa tu. Aku n smua best frens aku smua mcm xcaya..trus kwn aku fon umah dia..kakak dia angkat...dgn nada yang sayu kakak dia cakap betul apa yg kami dgr...
Petang yang penuh riang tawa kami bertukar jadi sayu..aku dah xtau nak ckp apa..
Malam tu abah aku ajak gi tgk jenazah...kiri kanan jalan umah arwah penuh dgn kereta....kaki aku berat terketar2 nak melangkah masuk umah arwah. Sebaik je masuk, aku tgk kawan2 aku yang lain ada kat sisi arwah..n salah sorg kawan aku yang paling rapat ngn arwah tak dpt menahan airmata...dia menangis n trus menangis...kami nasihatkan dia..tak baik meratap org yang dah pergi.
Esok di sekolah suasana suram...mcm smua org berkabung..hari ini org nak sembahyang kan jenazah..so ada kwn aku minta cikgu sediakan bas utk gi umah arwah...sampai jer sana..Masyaallah ramainya org... aku terkejut tgk ada 3buah bas sekolah dr skolah lain, Kolej Sultan Abdul Hamid, Skul Men Sultanah Bahiyah, Skul Men Dato' Syed Omar... Sure korunk dapat bygkan betapa ramainya kawan2 arwah..betapa baiknya arwah sehingga kehilangannya dirasai...Arwah ketika hidupnya suka berkawan ngn smua org, xkisah apa latar blkg org tu.
Tahun 2007,27 Disember...
Masuk je opis nak wat keja, tau tau dapat panggilan dr nset aku, "Bash, hazri dah xda, dia accident motor mlm td"...aku pun wat..apa yg ko cakap ni aku xpaham la..."ko igt hazri abd hamid, budak yang duduk seblah ko dalam kelas dulu"....aku terdiam seribu satu bahasa... "Ko jgn memain ngn aku wei"..."dah 9tahun aku tak jumpa dia"...balas kawan aku "takkan la aku nak memain menda yang mcm nie".
Allah saja yang tau perasaan aku masa tu.. aku memang berniat nak jumpa dia sbb dah lama sgt tak jumpa..yerla kawan melawak bercerita dalam kelas..duduk sebelah menyebelah...wat homework sama2..dia Ketua Kelas, so kadang2 aku teman dia gi bilik guru, tulun dia wat repot bagai.... rindu sgt nak jumpa dia. Tp siapa sangka...Allah lebih rindukan dia...
ketika pemergian arwah, majoriti kawan2 tak tahu...hampir smua terkilan sbb tau lambat.
Moga Allah tempatkan kalian berdua di kalangan orang-orang yang soleh yang mulia disisi-Nya.. Amen...
Langgan:
Catatan (Atom)
Rollney, One of The best Ice Cream
Weekend lepas, saya dan isteri ke Sunway Pyramid. Tujuan ke sana nak cari makan malam. Dan selepas selesai makan makan , kami gerak m...
-
Weekend lepas, saya dan isteri ke Sunway Pyramid. Tujuan ke sana nak cari makan malam. Dan selepas selesai makan makan , kami gerak m...
-
Rimbun Dahan Turtle Hatchery terletak di Jalan Pantai Chendor, Jalan Kuantan - Kemaman, Kg Chendor, 26080 Balok, Pahang. Kalau menggunakan...
-
Beberapa ketika dulu aku terkedu oleh mereka yang bangga menjadi ANAK BANDAR .. dengan bangganya dorang tempelak muka aku:: "Sedar la d...