Isnin, 28 Januari 2019

Travel ke Seoul Korea: Makanan Halal Terbaik dan Mudah


Kepada yang selalu bertanya. Kalau pi Seoul Korea nak makan apa? Halal ka? Kalau saya, sudah tentu mencari yang halal. Kalau saya bawak group Korea Dream Trip pun akan bawak ke restaurant or cafe yangg saya selalu pi. Selalunya Tour2 Group yang besar tak akan bawak mai sini sebab saiz restaurant cuma muat dalam 20 org dalam satu2 masa. Di bawah adalah senarai restaurant yang selalu saya pergi:

1. Makan Restaurant Korean Halal Food. Lokasi sebelah dengan Masjid Besar Seoul di Itaewon. ( Ada 2. Satu lagi jual Ayam Goreng & Mee)


2. EID Restaurant. Lokasi atas sikit dari Masjid Besar Seoul di Itaewon. ( Branch dia ada bukak kat Bangi & Seremban)

3. BoA Halal Dosirak. Lokasi HongDae, exit 5-Hongik University Station. (Ayam goreng dia best)

4. Halal Kitchen, Jongno-gu 5mins walking from main entrance Gyeongbokgung Palace di tgh2 bandar. (Pemiliknya anak kepada mantan imam besar Masjid Besar Seoul)

5. Kampungku Myeondong. Lokasi Myeondong. mgkin lepas syok2 shopping bleh mai makan sini. (Waktu puncak mungkin ramai sgt org & kadangkala tutup sbb ada group booking)

6. Asean Crusine Halal Restaurant. Lokasi Naminaru Nami Island. (Kalau pi Nami Island bleh makan sini. Tapi harga dia up sket. Atas bangunan ada surau yang sudah diupgrade, selesa & luas)

Actually kawasan Itaewon banyak saja restaurant halal yg lain macam Kebab, Mamak, Indian, Pakistan n Arab Crusine. So ikut selesa tekak masing2.

Rollney, One of The best Ice Cream

Weekend lepas, saya dan isteri ke Sunway Pyramid. Tujuan ke sana nak cari makan malam. Dan selepas selesai makan makan , kami gerak m...