Jumaat, 20 Jun 2008

Lunaknya Suara Depa!!!

Yeah akhirnya malam tadi aku menonton
satu rancangan yang aku nantikan
Akademi Al-Quran
Peringkat Akhir

dan
Juaranya ialah
Mohd. Fakhrul Radhi Khamaruddin
daripada
Negeri Kedah, Pelajar Tahun 1
Kolej Universiti Insaniah

(dekat ja ngn umah aku KUIN neh)
Lunak n sedap betul suara finalis2 neh.
menusuk dalam hati rasanya..
Dan kemudian satu lagi akademi akan bermula.

Nak juga aku tengok dan dengar
kehebatan suara2 penasyid neh.
Sebut pasal nasyid neh kan..heheh
alkisahnya..
aku dahulu pun pernah jugak la berkecimpung dalam
bidang nasyid neh..hehe
masa sekolah menengah tingkatan 4 dan 5.
join nasyid peringkat dalam sekolah je..acara tahunan sekolah
saja suka2..
suara aku bukan sedap pun..
heheh..
tapi yang bestnya group aku menang 2 tahun berturut2.
wahahahhaha
Lepas tu masa study peringkat ijazah..
still lagi aktif bernasyid
saja suka-suka isi masa lapang..hikhik

Ini foto semasa pertandingan nasyid
Festival Kesenian Islam
Peringkat IPT Sabah.


Masa tu aku tidak layak join sebabnya
ketika tu aku pegang jawatan
Setiausaha Kehormat untuk Festival tu.


Antara Pimpinan Festival Kesenian Islam.

Bukan apa, takut pulak nanti IPT2 lain protes kan..
so aku jadi penasihat group aku jer la..hikhik


Ini foto masa aku pegang jawatan wakil pelajar kolej aku..
so ambil peluang mohon ampun dan maaf
kepada semua bekas2 penghuni kolej semasa tu,
mana la tahu sepanjang
3 sesi pemerintahan kami..
(2002/2003, 2003/2004 dan 2004/2005)
kalau2 ada pemerintahan kuku besi n diktator..
wahahaha
aku rasa itu la pemerintahan kolej yang paling lama bertapak
dalam sejarah Universiti aku..
Kisahnya, kami tidak dibenarkan meletakkan jawatan..
semua 7 kolej kediaman hadapi masalah yang sama.
sesudah pakatan JAKMAS kolej bersetuju..
(JAKMAS=Jawatankuasa Kebajikan Mahasiswa)
Kolej yang paling lantang bersuara,
iaitu Kolej A, kolej pertama meletakkan jawatan,
diikuti Kolej B,D,Kurnia,Kingfisher,IndahPermai.
dan kolej aku, Kolej C tetiba tersangkut,
sebabnya Pengetua kami, pengetua baru n
pengetua pertama keturunan Cina..
dan beliau amat2 memerlukan sokongan kami.
so kami "hold" dulu perletakan jawatan...
Lepas kami terang situasi kolej kat pengetua IN n OUT,
tetiba dia sayang tidak mahu lepaskan kami,
adoii..sebab tu la lama pegang jawatan tu...gila kuasa betul.
hikhik..

bigfoot: teringat kisah2 zaman Universiti dulu. Nanti-nanti la aku kongsi.
Hari ni aku lagi hadiri mesyuarat diluar.


Rabu, 18 Jun 2008

KEDAH PANTANG KALAH!!!

Kedah Pantang Kalah
aku terlalu excited hari ini
dengan kemenangan 2-0 dengan Pahang,
HijauKuning telah layak masuk
Final FA Cup
wahahaah



aku bukan la big fan untuk bola2 international
tapi aku
die hard untuk HijauKuning
.
dari kecik lagi, aku n adik aku selalu dok
ikut abah aku gi Stadium Darulaman untuk support team HijauKuning.
Kadang-kadang cousin2 semua ikut join.

Aku melihat jatuh bangkitnya HijauKuning.
Dari era Radhi Mat Din sampai la sekarang, Mohd Khyril Muhymeen.
Bertukar tangan tampuk organisasi.
walopun HijauKuning pernah hilang sengatnya suatu ketika dulu.
Tapi supporters Skuad Kenari tidak hilang sampai sekarang.


Gelombang HijauKuning!!!

"Bujur lalu melintang patah"
"Walau jatuh Sakit dan Rebah"
ini adalah bait2 lagu keramat HijauKuning.
Kedah terus bangkit dan bangkit tanpa menjengah ke belakang.


Adakah Kedah akan menjulang piala ini sekali lagi?

Dan kini pertemuan Kedah dengan Selangor sabtu ini
akan menentukan
Adakah Kenari akan terus terbang tinggi
dan
Red Giant pendek rebah ke tanah
Atau
Kenari dibaham oleh Red Giant..

JOM SUPPORTERS HIJAU KUNING, KITA RAMAI-RAMAI PAKAT PI
STADIUM SHAH ALAM

PULUN KEDAH PULUN!!!

erk anda memilih siapa?


bigfoot: tak sabar nak gi outstation neh..sambil boleh melancong juga..

Isnin, 16 Jun 2008

Hantu Jalan: Jempol, Negeri Sembilan

Hujung minggu yang sangat best
Aku n friends berkunjung ke kampung kawan
dekat Jempol N9.
untuk mengantar
Udang Galah, Udang Harimau n Daging Rusa.
yang diterbangkan khas dari KotaKinabalu Sabah.
Saat bertolak ke Jempol jam 7.30pagi..
berbekal petrol rm105.00 dan tol yang dikongsi
seisi kereta..
kereta memang "pack" 6orang naik..
wahahah
mereka ini antara kawan2 baik aku satu Universiti


5orang kawan2 aku yang join tu ada dalam neh
randomly aku letak

kawan dikala senang n susah..
kawan bergaduh,
kawan sakit hati,
kawan makan hati.
wahahaha..
apa pun
LOVE ALL OF U
..
bila masing2 bertemu...saat merapu tu tahap gaban..
gaban tengok pun lari..apatah lagi suria baja hitam
malahan Ultraman pun kecut..
mmg bising satu kereta..
aku rasa macam kereta tu nak terbalik pun ada
ketawa sampai nak keluar2 isi2 perut..

Perhentian pertama kami berhenti makan lemang.
laper amat..so masing2 melantak tapi satu batang jer..
hirup kuah rendang sampai kering..
tp bukan aku...(anda tahu siapa anda)
wahahah..
kakak yang menjual tu mesti terkejut tengok kami,
macam pelarian yang tak makan seminggu.
lepas makan, syarat kami 30minit diam sebentar dalam kereta..
lepas tu, merapu balik sorang2...then akhirnya sampai ke destinasi
kat Felda Jempol tu..makan lunch kat rumah dia..
nasi putih,lauk sayur,ikan goreng n ikan masak asam..
alhamdulillah..
then selesai angkat udang semua..kami balik..
singgah kejap kat Pekan Bahau,
makan lagi..rojak mee,sup ayam n cendul pulut...nikmatnya
selesai..bertolak balik..singgah kejap dekat Istana Menanti.."tour" kawasan
istana then balik..on the way, kempunan la pulak...
berhenti makan durian n buah naga..wahaha
buah durian tak tau la brapa biji yang dibaham..
pastu buah naga...sedap sedap..
lepas tu merapu balik dalam kereta..aiyak...
memang best bila berkumpul..
walaupun korum tak cukup tapi tetap meriah..
sampai rumah dah lewat petang..
then sempat lagi kawan aku sorg neh ajak tgk wayang.
Yang lain penat..berehat..yang balik hotel ke hotel
yang balik rumah stay kat rumah.. aku n sorang gi layan wayang..

Cerita Pensil..

Kawan aku neh cakap best...so aku pun ikut la menonton..
Aduh jalan cerita dia, buat mata aku masuk habuk je...
then tetiba selsema..heheh..
memang jalan cerita dia amat bagus sekali,
cerita pasal pengorbanan anak OKU mencari rezeki untuk mak dia..
itupun mak tiri.
sepanjang cerita ada jer part buat aku selsema..
alahai..kenapa la cerita neh menangkap sangat..aiyakk..
aku bagi 5bintang gak la..
walaupun bukan cerita seram tapi cerita
yang menggambarkan gegelapan hidup insan OKU..
bagaimana dia atasi semua dugaan..
sadis sadis..
Jom la ke wayang..Selamat Menonton.



Rollney, One of The best Ice Cream

Weekend lepas, saya dan isteri ke Sunway Pyramid. Tujuan ke sana nak cari makan malam. Dan selepas selesai makan makan , kami gerak m...