Selasa, 22 Oktober 2019

Best Turtle Hatchery at Rimbun Dahan Turtle Hatchery, Kuantan Pahang


Rimbun Dahan Turtle Hatchery terletak di Jalan Pantai Chendor, Jalan Kuantan - Kemaman, Kg Chendor, 26080 Balok, Pahang. Kalau menggunakan aplikasi Google Map atau Wave, cuma masukkan nama Rimbun Dahan Turtle Hatchery pasti akan keluar peta lokasi. Pusat ini diusahakan oleh ahli keluarga PakSu dan selepas kematian PakSu pada tahun 2018, tempat ini diteruskan oleh anak beliau iaitu Along. Pendaftaran RM 20 dikenakan untuk setiap seorang. Nanti saya terangkan lebih lanjut kenapa dikenakan RM 20 untuk setiap seorang untuk masuk ke pusat penetasan ini.

Saya diingatkan kepada semua untuk membuat tempahan awal kerana takut slot pada hari itu penuh. Anda boleh call atau whatapps terus ke nombor +6017 223 3359. Pusat ini akan dibuka pada jam 5.30 pm dan aktiviti mengambil sama selama 1jam.

Perjalanan kami bermula dari Bandar Kuantan yang mengambil masa 3jam 2minit untuk sampai ke lokasi.


Aktiviti dimulakan dengan penerangan daripada Along tentang pusat penetasan ini. Menurut Along, wang pendaftaran RM 20 yang dikenakan, akan digunakan untuk membeli telur-telur penyu dari penduduk sekitar atau dari penjual-penjual tidak sah. Pada hari itu sebanyak 20,000 biji telur penyu telah berjaya diselamatkan. Setiap hari akan ada telur-telur penyu yang akan diselamatkan dan akan ditetaskan disini.

Staf Rimbun Dahan sedang menggali tempat penetasan telur penyu yang telah sedia untuk dilepaskan. Setelah itu para pengunjung akan diberikan seekor anak penyu untuk dilepaskakn ke laut.

 

Saat yang ditunggu-tunggu oleh semua. Anak-anak penyu akan dilepaskan ke laut secara serentak. Bagi saya, ia suatu pengalaman yang menarik untuk dinikmati oleh semua. Saya sangat mencadangkan kepada semua yang ingin mendapat pengalaman yang baru, boleh berkunjung ke sini.


Dibawah adalah gambar penyu di dalam peliharaan Pusat Penetasan Rimbun Dahan. Sebenarnya penyu ini telah cuba dilepaskan beberapa kali ke laut tetapi tidak berjaya. Setelah diteliti pihak Rimbun Dahan, penyu ini mengalami kecatatan iaitu buta disebelah mata. Jadi pihak Rimbun Dahan mengambil keputusan untuk menjaga penyu ini bawah peliharaan mereka.







Rollney, One of The best Ice Cream

Weekend lepas, saya dan isteri ke Sunway Pyramid. Tujuan ke sana nak cari makan malam. Dan selepas selesai makan makan , kami gerak m...