Jumaat, 11 Julai 2008

Itu Rombongan Diraja la!!!!



Hurm aku sangat terkejut n sakit hati
kepada satu televisyen swasta ini,
sebabkan berita yang dipaparkan boleh
berbaur hasutan dan untuk menaikkan marah rakyat.
Bodoh punya TV3,
Direct ja aku sebut.
lain kali siasat la laporan tu dulu. Jangan dok buat ayat tergantung bagai.
Jangan nak tangkap muat masuk ja..
Bukan aku nak berpolitik..
sebab bukan motif aku berblog untuk berpolitik.

Petikan berita TV3 masa tu merakamkan
rombongan Menteri Besar Kedah menaiki pesawat dan
menyebut seolah-olah ia adalah rombongan
Menteri Besar Kedah semata-mata nak gi makan angin.
Nampak terang-terang payung kuning di hadapan.
Aku dengar pun kesal dengan laporan berita yang mengelirukan itu.
Pastu nanti kata pula pembaziran.Tambah2 kerajaan Pas pula yang memerintah.
Lagi la buat kacau.
Hello, itu rombongan Diraja Kedah...
Ini buat laporan berdasarkan andaian semata-mata tanpa meminta penjelasan
rasmi terlebih dulu. Itu la TV3. Konon berita untuk rakyat.
Kadang hampeh jugak.
Sebab bukan apa, ini membabitkan kepentingan istana.
Sultan negeri aku.

Pesawat sewa khas yang dinaiki Menteri Besar Kedah,
Ustaz Azizan Abdul Razak itu adalah bagi menyertai rombongan
Diraja Kedah ke Brunei
untuk menyembah titah mengundang
Sultan Brunei
ke majlis Sambutan Jubli Emas 50tahun Pemerintahan Sultan Kedah
pada Selasa ini.
15 Julai 2008 yang mana negeri Kedah cuti.


Rombongan Diraja ni diketuai Tunku Bendahara Kedah
yang disertai isterinya selain Ketua Istiadat Istana, Datuk Saad Endut
dan isteri selain Ustaz Azizan dan isteri dan beberapa lagi Ahli Mahkota Kedah.

Walaupun aku dok luar negeri Kedah, tapi aku tau juga perkembangan negeri aku.

Better kan TV3 rujuk balik dengan istana..
nanti takut kena haram terus tak leh masuk Kedah.
masa Sure Heboh dulu dah kena sekali...
wahahahah..opsss terlebih sudah..

Kat sini aku nak amik peluang mengucapkan tahniah kepada
Tuanku Sultan Kedah.

TUANKU ALHAJ ABDUL HALIM MU'ADZAM SHAH IBNI ALMARHUM SULTAN BADLISHAH

Ampun Tuanku beribu ribu ampun
sembah patik harap diampun, patik sebagai
rakyat negeri Kedah
berbangga berada dibawah pemerintahan tuanku.
Patik sentiasa
mendoakan kesejahteraan Tuanku
untuk terus memerintah di Negeri Kedah.


Daulat Tuanku!!

Khamis, 10 Julai 2008

Tanjung Puteri@Sri Hartamas

Hurmm hari rasa mcm pelik sket,
ntah la...apapun aku rasa mengantuk..mau tidur..hehe.
boss aku hari ini dia MC...food poisoning..
sbb smlm dia dah macam pucat semacam masa kami meeting.
boss balik awal..
dan juga
aku punya senior executive pun tak masuk office hari ni..
so apa lagi enjoy!!!
wahaaha..tapi still banyak juga kerja..
boss aku tak datang tapi boss Department Project Manager still
cari aku...
Then, untuk Project yang aku terlibat ni,
selamat la aku dapat Senior2 Programmer
tak da la banyak error dalam sistem,smooth jer..
macam kawan2 aku yang lain ada juga
yang dapat Junior Programmer
so serabut sket la kepala otak dorang.

Then, culture dalam office aku neh
masing2 suka sangat gi melancong..
merata dunia masing2 berjalan..
balik office je, mesti ada ole2 utk semua staff..bagus kan..heheh.
Untuk rekod tahun nie::
Awal tahun hari tu, boss aku gi New Zealand tempat kakak dia,
dia beli Fridge Magnet setiap sorang, n coklat..
lepas tu staff dari Design Department dia gi Hanoi,
share gambar je..hehe..ok la tu kan..
Lepas tu kawan aku sebelah meja ni, dia gi diving kat Pulau Tioman,
dia bg keychain setiap sorg.
Then Boss dr Department Designer, dia baru balik dari Austria gi tgk final Euro
bagi coklat..
semalam sorang Programmer ni baru balik dari Bandung..dia bawa balik
kuih apatah namanya, ada pisang dalam dia.
melancong melancong melancong..

NEXT!!!

Ini kalo korang takda tempat yang best nak makan2
aku suggest korang makan kat
Tanjung Puteri@Sri Hartamas.
lokasi: Kalo dari kawasan kedai-kedai Hartamas,
dari triffic light simpang empat tu just lurus je..

aku suka gak makan kat sini, suasana dia berbeza sangat
feel zaman2 Tri Sri P.Ramlee.
kalo time dekat2 raya, dorang akan
main lagu2 raya yang original, zaman P.Ramlee dulu...feel gila
Menu:
Choices of ala carte fried dishes,
or feast yourself to a wide selection of authentic Malay cuisine/ dishes,
with Nasi Lemak or Steamed Rice as your rice choice.
Traditional Malay desserts are also served,
along with variety of drink selections, cold and hot.
Favourite menu aku: Nasi Goreng Saloma.
Harga memang reasonable.

Foto-foto dibawah aku combine with
mine n from Flickr foto's owner, miss lea(yang ada watermark tu).


Di snap during day time..(Flickr: ms lea)


Buffet ada...diserikan dengan foto pelakon2 lagenda.(Flickr: ms lea)


Ini aku snap waktu malam..malam pun buffet still ada,
ala carte pun ada.


Aku snap secara keseluruhan tempat..
kalo korang datang timing yang betul,
dapat la nampak artis2 senior kita, mcm Jaafar Onn, Heida, Ramlah Ram..
ramai lagi...suka benar dorang lepak sini.


Haa ini foto Son of the cafe's owner..hehehe..Fariz..
anak tuan cafe..
pendek kata aku makan free la jawabnya kan..
wahahaha..

Isnin, 7 Julai 2008

Alahai my boss..

Tak sabar aku nak bercerita pasal
boss aku neh, hehe
department aku seramai 9 orang,
Organisation and Method Department.
and department aku la yang paling havoc n merapu.hehe..
ada kawan aku neh kata, boss aku neh macam Mr Bean.
ada ke plak macam tu..
sian boss aku..wahahha..
tapi serius,
boss aku neh kadang macam lawak badut pun ada..

dalam office, mother tongue kami english..
sebab ahli officemate ada malaysian, indian,
pakistanian, omanian and indonesian..
so not fair nak cakap malay jer..
pelbagai bangsa n budaya..multinasioanal sgt kan..hehe


antara ahli officemate, ramai yang xda neh

satu hari, boss aku dalam meeting
cakap melayu dengan kami, btw boss aku chinese..
gemar benar boss aku nak cakap malay kan..

dalam englishnya berbunyi begini,
"People, if you guys dont understand please dont just keep quiet"

dan
boss aku berbahasa melayu seperti ini,

"Orang-orang, kalau tidak faham jangan diam sahaja"

OMG, masa tu aku tak tahu mau ketawa ke diam. jer..
aku n kawan aku, Dennis, berpandangan
" What? orang-orang?"
boss tau ke orang-orang tu patung yang berdiri
tengah bendang..aaiya hehhe

satu lagi kejadian, boss berkata:
"Orang ramai, keep your eyes open"

Aiyooo boss, asal translate bulat2..
ini la boss aku, dia banyak menggunakan terms yang direct dari
Kamus Dewan..
kami panggil kamus bergerak..
hikhik


Rollney, One of The best Ice Cream

Weekend lepas, saya dan isteri ke Sunway Pyramid. Tujuan ke sana nak cari makan malam. Dan selepas selesai makan makan , kami gerak m...