Jumaat, 13 Jun 2008

Bukan Niatku Berlaku Kejam

Bukan niat aku berlaku kejam.
sebab
aku bukan insan yang macam itu
tapi apa boleh buat
kejam pun kejam la..
macam-macam aku buat
nak halau luorang dari rumah aku

tapi luorang macam tidak paham lak
kenapa susah sangat luorang nak paham huh!!!

So sekarang aku dah tak kesah.
luorang tinggal la brapa lama luorang nak tinggal
tapi aku "still" tidak puas hati..
luorang kluar awal Subuh
Isyak baru ingat nak balik
itu pun sudah lewat
Luorang buat rumah aku macam Hotel 5star
Suka hati luorang jer bila mau "check-in and check out"


kalo lepas tu luorang kemas balik tak apa,
ini bersepah..
siapa yang tak sakit hati macam tu..

Sebab luorang balas aku macam tu..
aku balas balik..
aku snap gambar curi luorang
and sebar di internat..
biar satu dunia tengok


Ini la dia..nampak tak yang dibulatkan tu..


Haa itu lagi sekor..


Ini lagi satu...sembunyi lak dia

wahahhaha....jangan marah...wahahaha


Nampak tak betapa sepahnya lepas dorang ni Check Out..

tapi dorang neh kan tetap nak balas jasa baik aku neh..toinggg..
Subuh je, dorang nie, terbang gi "window" bilik aku..
ketuk2 tingkap pastu bleh plak, memekak kat situ..
Terima Kasih banyak2 sebab kejut aku Subuh..
Kadang2 Subuh Gajah dahh..
ada gak "time" hujung minggu dorang memekak..
WOI AKU NAK TIDOR LAA!!
nak je aku tembak sekor2..wahahah

Ini jenis Burung Tiong Gembala Kerbau(Common Myna)..
dorang nie macam ada pakei "mask" kat mata..
baru la aku tau Myna neh ada banyak spesis..
sambil2 google tu aku ada jumpa
blog bro Redzlan ni..
blognya penuh dengan
gambar burung..best sangat aku tengok..
hope korang pun enjoy la tgk gambar2 dalam blog dia
macam mana aku enjoy tengok..

Selasa, 10 Jun 2008

Jangan Hina Anak Kampung....



Beberapa ketika dulu aku terkedu oleh mereka yang bangga menjadi
ANAK BANDAR..
dengan bangganya dorang tempelak muka aku::

"Sedar la diri sikit, kalau kaki tu bau lumpur sawah,
tak payah la cakap banyak"


heheh..
aku hanya tersenyum je..nak lawan cakap pun tak boleh...
sebab memangnya
aku asalnya anak kampung..
ada lagi yer umat malaysia yang pemikiran macam nie..
kalau mereka itu baca blog aku kan..
meh aku crita sket dengan korang..
betapa bangganya aku menjadi ANAK KAMPUNG..

1.sebelum berhijrah ke bandar, aku n famili tinggal di kampung..
walaupun dah pindah ke bandar tapi cuti sekolah,hujung mggu mesti balik kampung,
stay rumah cousin..sebab apa...boleh terjun sawah..

2.kenapa aku bangga?
sebab asal kampungla aku
kenal apa itu ikan sepat n ikan puyu
.
sekarang bila gi mana2 Pet Wonderland kat KL or kawasan Klang Valley
neh ada je ikan sepat dalam akuarium buat pet katanya..mahal lak tu..
baik tangkap dlm sawah..free lagi..wat pekasam..makannn..

3.masa di kampung zaman sekolah dulu,
aku sempat teman cousin aku gi gembala kambing n lembu..
best dapat dukung anak kambing...
time musim menuai..sawah kering..time tula masa
nak main kejar anak lembu..pastu main wau..
korang tau beza ke anak lembu dengan anak kerbau?

4.Korang penah kait buah manggis dari atas pokok?..erkk kenal ke pokok manggis?
pokok rambutan? pokok durian? tau ke pokok petai tu tinggi melangit..??
ada plak kejadian masa bawa kawan2 dari bandar
gi dusun abah aku,tetiba dia cantik punya "pose" suruh aku tangkap gambar dia..
dia amik galah "pose" gaya nak kait buah, tp aku musykil,
sbb dia nak kait buah durian..

selama aku hidup tak penah aku tengok orang kait buah durian..


5.Korang sedap kutuk orang kata suara mcm itik nila...
kenal ke itik nila tu macam mana..itik sudu? itik ang?
tau ke beza telur itik dengan telur ayam kampung?
Teringat lak crita kawan aku,bawa boss dia masuk kampung ...terkasima sbb
dapat tgk anak itik "live"..boleh tanya lagi tu "Binatang apa tu?"..
You know duckling??

6.Pernah gak aku ikut abah gi menjala..dapat mcm2..udang,ketam nipah,ikan baung,
lampan,kerpan..
tapi skrg bot dah tak da..
tenggelam masa tsunami..tinggal enjin je..
heheh..

Bangga kan aku jadi anak kampung, macam benda aku pernah buat.
Lagi satu abah n mama aku buat sawah gak..aku dulu sempat gak tolong abah aku gi menabur.
Kat sawah...ada padi..dari padi jadinya beras..
dari beras jadinya nasi...korang makan nasi kan..manala tau..beras2 yang korang makan
tu hasil tanah abah n mama aku..moga hasilnya korang terus cemerlang aku doakan..
"no hurt feeling k"..hikhik
So apa yang korang bangga jadi ANAK BANDAR?
Meh crita sket..

Rollney, One of The best Ice Cream

Weekend lepas, saya dan isteri ke Sunway Pyramid. Tujuan ke sana nak cari makan malam. Dan selepas selesai makan makan , kami gerak m...