Selasa, 24 Ogos 2010

Share cerita orang.

Hallow...permintaan ramai supaya cerita horror dikembalikan..hehe
tapi rasanya semua cerita hantu aku dah habis kot..pengalaman aku, semua dah aku tulis.
so sekarang aku share lah pengalaman teman n kawan-kawan aku pula.

ini waktu kawan aku di kampung nya. di sabah.kampung dia di Sipitang, Sabah.
hehe nama pun dah ancient kan wkwkw... dia bagitau la, waktu dia kecil-kecil dahulu, selalu dia main dekat-dekat kawasan rumah dia tu..tapi kan kawasan rumah dia aku dah sampai...
huhu jarak antara rumah-rumah jiran jauh sangat. pastu pula, sawah padi keliling.
sawah padi pula bukan jenis macam kat semenanjung ne rendah-rendah.. kalo ko sembunyi dalam sawah padi tu...memang tak kan nampak batang hidung orang langsung.
hihi begitu tingginya pokok padi itu.
dan dia bagitau la.kadang-kadang waktu main dekat-dekat nak senja tu, dorang nampak pocong..aiyo choi sangat.boleh pulak ko nampak pocong kan..huhu..nampak kelibat dia macam tu..mujurla tidak diganggu.if not lari tak cukup tanah..wkwkwk..kalo tak cukup tanah ko lari, ko lari la lagi atas air pulak..=P.
aku ne paling pantang dengan pocong, seram. walopun cenah tak nampak muka. tetap seram bagi aku.
sebab itu rumah mereka ne tinggi-tinggi, bukan atas tanah..huhu eya meh?

di astro channel pun skrang dok sebuk menayangkan cerita pocong. segala macam pocong mereka tengah tayangkan sekarang....ish ish ish..

oklah..selamat berpuasa.

Ahad, 4 Julai 2010

Apa bentuk badan yang menghantui anda??


Sebab aku dalam proses diet, makanya aku membawa pembacaan perkongsian secara serius.Wakaka. Marie Savard, M.D., mengkategorikan jenis bentuk badan kepada buah epal dan buah pear. (Bagi lelaki,  dia  memanggil mereka "heavy bags" dan "speed bags.") Bahagikan saiz pinggang anda (bermula dari pusat) dengan saiz paha. Lebih dari 0.85, anda adalah buah epal; jika kurang, anda adalah buah pear.

HEAVY BAG
Kebanyakan lelaki akan membawa lebihan lemak mereka ke perut, dada dan belakang adalah bersamaan  badan "android" atau buah epal. Walauweii..Lemak viskeral di dalam dan dikeliling  badan lelaki epal lebih  kepada metabolism aktif , yang mana lemak ini akan terbakar terlebih dahulu apabila mereka melakukan senaman dan mengurangkan kalori. Tetapi pengurangan di perut mungkin kurang sedikit sebab lapisan lemak di perut lambat membakar. CADANGAN KEPADA MASALAH: Makan whole grains (Korang cari la maksud whole grains ni yer). Penyelidikan yang dilakukan di Penn State telah menemui bahawa bagi mereka yang diet dengan makan wholegrain akan mengurangkan lemak di abdomen dua kali daripada mereka yang diet yang makan refined flour.

SPEED BAG
Sesetengah lelaki pula akan membawa lebihan lemak pada punggung dan paha mereka. Penyelidik memanggil bentuk badan mereka sebagai  "gynoid" atau buah pear. Perut lelaki buah pear akan lebih cepat mengecil kerana dia hanya mempunyai sedikit viskeral lemak dan lemak bawah kulit di sekeliling torso. Tetapi jika dibandingkan dia mempunyai punggung yang lebih besar..ayoyo hehe.CADANGAN KEPADA MASALAH: elakkan lemak saturated. "Sel lemak pada punggung dan paha anda akan cepat menyimpan lemak saturated sebaik sahaja anda digest" kata Dr. Savard. Sebaiknya, gunakan lemak monounsaturated seperti minyak zaitun dan minyak canola.


Oleh yang demikian pandai-pandai la korang jaga pemakanan dan diet ya...wkwkwkw..

Jumaat, 2 Julai 2010

Join Showdown 2010 Roadshow!!

                                                                            see ya!!!!

Selasa, 8 Jun 2010

Runtuhkan bangunan lama..bangunkan yg cantik-cantik di Alor Setar

Sedang dok selongkar-selongkar foto-foto yang lama.. dan terjumpa pula dengan foto-foto ini.
Foto-foto ni aku captured sewaktu aku di Pekan Cina Alor Setar.

Pada pendapat aku la..bangunan-bangunan lama ne, kalau nak di kekalkan bagus di cat dengan warna yang cantik-cantik. atau robohkan sahaja.Bangunkan pula bangunan yang cantik-cantik dan indah-indah.

Tidak la orang memandang pun sakit mata. Harap-harap semoga Dewan Bandaraya Alor Setar akan lebih cergas lagi jangan la mandom sangat. Alasan kata tidak ada duit tu harus di jauhkan. Maka anjurkanlah  program yang boleh mendatangkan hasil. Sewa-sewa tapak, saman-saman parking kuat kuasakan dengan betul. Hutang-hutang tertunggak kutip.
Pasti alasan tiada duit tidak timbul.

Isnin, 31 Mei 2010

Semuanya bicara soal itu...

kadang-kadang aku tidak ambil pusing soal yang dibincangkan.,
tapi waktu sekarang ini semua bicara soal itu,
perkara yang sama berulang-ulang..soal itu itu dan itu.,
aku ne takda power untuk berhentikan, sampai khutbah jumaat pun bicara soal itu,
rakan-rakan di office juga bicara soal yang sama,
rakan-rakan d YM juga, teman-teman d facebook juga soal yang sama..
kenapa topik ini menjadi perkara yang hangat waktu sekarang ini...
sangat menduga akal....

Bila waktunya anda akan berkahwin? ,,,,kan ku tunggu bidadari yang ku dambakan...wkwkwk..

Khamis, 27 Mei 2010

Alahai boss..

boss aku datang jumpa aku semalam...tapi aku buat tak heran kat dia...hahaha...
giler kan boss yg datang cari..sepatutnya kita yang pergi ke tempat dia.

tetiba dia bangkang apa aku ckp...hishh geram aku...so aku buat bodo je...
nahh amik ko..aku malas dgr apa ko ckp..
.. ko bebel sorang2...sikit pun tak pandang muka dia...hhahaha..
giler kerek aku...aku pandang je laptop aku ne...

eh jap boss aku dtg..lalalala..
ishh lama la pulak boss aku ne dok discuss ngn opismate meja seblah aku ne..
k dia dah blah...
sambung...

haha giler ahh...ngelat aku...
bukan apa, mode keja dah kurang esokkan cuti.


so pastu lepas habis cakap dengan aku, dia blah gi tempat dia balik...
yang aku igt, dia suruh aku call client..itu je..yang lain..ntah..
kan aku buat bodo je tadi.
padan muka aku..hahah

lepas aku layan email-email client yang lain...baru mode rajin aku timbul balik..
aku angkat phone..n call client yang boss aku suruh call tu...aku buat ayat sendiri..
hahah apatah yang aku cakap..yang penting betul lak tu..
pastu tetiba boss aku dgn riang dtg ke tempat aku..
"You called him already?"
dan aku ntah mengapa bertukar menjadi happy menyambut sapaan boss aku itu..
"yes i did.." 
semoga dia tak kaco aku lagi utk hari itu...
~~~~~~~~~
kami suka sakat boss kami

-the end-

Selasa, 25 Mei 2010

Kerja aku

di office mmg aku 'kadang-kadang' sibuk...layan projek aku yang dah masuk tahun ke-2..
projek aku dengan MediaPrima..hebat kan?!..wakaka.

1 projek dengan Creative Design Department(CSD), 1 lagi dengan Engineering Department..
orang tengah dorang sudah tentu la dari MIS(Department IT).

penat aku layan permintaan dorang..nak tukar itu nak tukar ini...
kasi canggih sket itu canggih ini.. aku stress...hahahaha..

sebab sistem dah jadi terlalu canggih, sampai aku pun lupa mcm mana sistem tu berfungsi.
kena pikir kejap.

Semua celah Sri Pentas dah aku masuk...tudiaa ..bukan nak kata la..tapi itula hakikat...hahahha...

pak2 n kakak2 guard smua dah malas kasi keta aku parking kawasan dalam...discriminasi betul..

tgk la nanti aku tukar keta pakai mercedes ke, bmw ke, mini cooper ke, aku angkat tgn je masuk..
wkwkwk.

ada skali tu aku parking keta aku,sebelah keta ferrari..then masa mau balik tu aku tunggu kejap dalam keta
nak tgk keta sapa tu...skali Norman KRU daa..pergh byk duit ko ya.

kadang sakit hati gak layan kerenah dorg ne..tp nak buat mcm mana...org kata customer always right..
sapa la yg buat quote tu..kepala hotak dia..lalalala..

penah la jugak kasi training utk orang MediaPrima mcm mana nak pakai sistem yang canggih ne..
dari personaliti tv sampai la makeup artis sampai yang tukang angkat lampu...
kalo yang lembab tu mmg agak la..kalo yg pandai IT tu mmg laju a.skali main facebook bukan dgr aku kasi training.
yang best waktu training geng-geng makeup artis..
nak pecah perut aku kasi training dorg..hahaha..takda la aku stress...

yang penting satu MediaPrima aku dah jalan..aku buat road tour aku sndiri...kahkahkah..

-the end-

Isnin, 24 Mei 2010

Fakta yang aku tak suka.

1. aku-busy-sibuk-bye [via Celcom SMS] --nak mampus baiii--..

2. aku terasa sangat pelik dan aneh bila ada orang cuba menjadi superhero.. --SAVE THE WORLD--.

3. i have big happy famili ...[via Echofon] -- shit mcm orang lain tidak happy--

4. kawan aku artis.. --aku juga--

5. aku pandai mengurut --jangan ko pegang aku--

6. tak pandai menipu tapi cuba menipu ---kantoi,org jadi shit dgn engkau--

ehh aku tak sedar pula aku sedang mengumpat orang...wkwkwkwk....ish ish ish...apa nak jadi dengan aku neh..

Ahad, 23 Mei 2010

aku pilihan terakhir minta pertolongan..? anehnya dunia ini..

Aku baru perasan mcm dah lain sikit dashboard n new post di blogspot ne...lamanya aku tak buat posting.
sampai ada sahabat aku dari seberang kata dia kecewa dgn aku sebab aku dah stop blogging..hahaha.
wahai fauzan, mana ada aku stop blogging, aku cuma malas ja.wkwkwkw.

btw, kalo dikorek2 balik entry aku yg dahulu kala..ada 2,3 entry soal aku melepaskan amarah aku. tapi itu kisah lama..dah aku maafkan dia n melupakan apa yang berlaku.. hehehe.

tapi ia menjadi suatu kisah lucu kini, bila roda tu berputar balik... aku orang yang dicari-cari oleh dia untuk minta pertolongan..aku pun terkejut...kenapa aku...dulukan aku paling terkutuk...kenapa sekarang kutip balik tahi najis yg kamu baling tu..hehehehe..
so aku share la balik dgn kawan-kawan n sahabat yang bersama aku waktu aku berduka dulu...dorang pun terkejut juga kenapa cari aku balik....?


maaflah..aku tumpang simpati apa yang berlaku...tapi aku tak mahu terlibat dan tolonglah jangan libatkan nama aku dalam politik kamu itu...please cross my name...positive energy...yeahh!!!

Jumaat, 2 April 2010

Pabila boss tiada...

Pabila boss xda..apa pula aktiviti korang...heheh
ini aku blogging sebab boss aku xda...lalalala..dia lagi onleave..

apa lagi kami2 smua...kaduk naik junjung la..hehe
kawan yang sebelah aku ne siap main game kat facebook..

pastu dia kata nak balik awal..hadoii xsabar dia kata dia...

aku pun dah settle kerja aku awal pagi tadi..hehe so lepas je solat jumaat, dah xda keja dah.

so pasni balik xtau nak buat apa..humm kemas rumah la kot. lipat2 baju yg dah menggunung tu.

mop lantai sket...tukar cadar katil...hummm..

Tapi yang penting, cinta yang aku kejar terlepas n tak dapat...uhuk uhuk uhuk...

Sabtu, 20 Februari 2010

Percy Jackson and The Lighting Thief 2010


1 week on leave make me feels great.
hahahaa,
went to the cinema to check out the latest movie.

Yups.. Percy Jackson and The Lighting Thief.
ticket for 1 person please..here my rich loyalty card..

here you go sir, your ticket, enjoy ur movie.

this movie was an awesome fantasy movie..but a bit ridicules...LOL...yeah..where u can travel to "hell", see all the "Dewa"...hahaha crazy..

Percy Jackson is a son one of the powerful dewa...dewa water...LOL.......dat has been accused to steal the lighting bolt from one big dewa..he has a great power and of cause he need to sit near water to gain his power. -,-" .. so want to prove to all dewa dat he didnt take it. and the journey begun with his new loyalty frens.. kaki kambing and daughter of dewa wisdom and war strategic..cool...watching the fight and all the CGI scene just great.

go and watch it.
btw the movie is easy to understand, dont hv any bumpy scene dat need u to dig out ur brain.
LOL..
And please moms and dads out there, dont bring ur babies inside the cinema, we r trying to watch and enjoy the movie and it a bit irritating when ur babies started to cry.
hushh!!!..


Jumaat, 19 Februari 2010

Mari kita bertwitter. Let's Twitter!!



Twitter merupakan satu fenomena baru di Malaysia.
Namun ia masih lagi jauh ketinggalan dengan negara-negara luar yang lain.
Perkembangan twitter di Malaysia boleh dibanggakan. Semakin hari semakin ramai pengguna twitter berdaftar.

Apakah Twitter? Ada pengguna menggunakan twitter untuk menyampaikan maklumat terkini mengenai info peribadinya, ada yang menggunakan untuk memberi komen dan jawapan dan pertanyaan kepada teman-teman di twitter, ada yang akan berkongsi maklumat yang menarik mengenai apa sahaja disekelilingnya. dan ada yang menjadi twitter sebagai medium untuk ber'chating'. Ada yang mengatakan twitter bukan untuk ber'chating'


Apapun tanggapan orang teknologi ini harus dimanfaatkan.
kepada mereka yang belum berdaftar, berdaftarlah sekarang..=) Twitter sangat mudah digunakan.

Disini juga saya sertakan himpunan
Twitter untuk Selebriti di Malaysia:

A
@azwanlaser Azwan Ali, pengacara TV/pelakon
@Adamcarruthers Adam C, penyampai radio Hitz.fm
@AhmadIzhamOmar Ahmad Izham Omar, CEO 8TV
@AishahSinclair Aishah Sinclair, xhost 8tv Quickie
@alexyoong Alex Yoong, bekas pemandu F1
@altimet Altimet, rapper kumpulan Teh Tarik Crew
@afdlinshauki Pelakon/Pengarah/Penyanyi.
@ariannateoh Arianna Teoh, bekas Miss Malaysia
@Abdullah_Habshi Syed Abdullah, penyanyi kumpulan Siarra Blast Off Hitz.tv
@ashrafsinclair Ashraf Sinclair, pelakon
@AshNair Ash Nair, penyanyi
@AtiliaHaron Atilia, penyanyi
@azwinandy Andy, drummer kumpulan Estranged
@audimok Audi Mok, komposer
@Adifashla AdiFashla, penyampai ERA FM/penyanyi
@AwalAshaari Awal Ashaari, pelakon/pengacara
@aidid_marcello Aidid Marcello, pengacara/selebriti TV
@ashrafmuslim Ashraf Muslim, pelakon
@azizo_62 Aziz M.Osman, pengarah filem/pelakon

B
@bclsinclair Bunga Citra Lestari, penyanyi dari Indonesia

C
@CapriceTV, Caprice(Ariz Ramli), penyanyi/rapper
@chelsiang Chelsia Ng, pelakon
@Crikey_Squicker Farish Aziz, pelakon/pengacara
@catfarish Cat Farish, penyanyi/pelakon/pengacara

D
@DinaNadzir Dina Nadzir, penyanyi/penyampai Era FM
@DJFuzzBSDJ DJ Fuzz, dj kumpulan Teh Tarik Crew
@DianaDanielle Diana Danielle, pelakon/penyanyi
@DanishNora Nora Danish pelakon
@dynasCLPT Dynas Mokhtar, pelakon

E
@Eanhitz Ean, penyampai radio Hitz.fm
@erma_fatima Erma Fatima, pelakon/pengarah filem

F
@faizal_tahir Faizal Tahir, penyanyi
@fatibee Fatimah Abu Bakar, selebriti TV
@flizzow Joe Flizzow, penyanyi
@faizalfbi Faizal Ismail, penyampai Hot FM/pengacara/pelakon
@fafau_hotfm Fara Fauzana, penyampai Hot FM/pelakon/pengacara

G
@gengmovie Upin & Ipin Production

H
@hujanband Dimas, kumpulan Hujan
@hunnymadu Hunny Madu, penyanyi & penyampai radio Fly FM
@henrygolding Henry Golding, xhost 8tv Quickie/model
@hafizhamidun Hafiz Hamidun, pengacara/penyanyi
@haziq_ganyut Haziq Rosebi AF4, penyanyi

I
@ImranAjmain Imran Ajmain, penyanyi dari Singapura
@iamalyph Alif, penyanyi kumpulan Sleeq
@iqramdinzly Iqram Dinzly, pelakon
@ismayusoof Isma Yusoof, pelakon
@Intan_Suraya pengacara TV

J
@jasonlo1 Jason Lo, penyanyi/komposer
@JinnyBoy Jin, penyampai radio Hitz.fm
@JJhitz JJ, penyampai radio Hitz.fm
@joshlim Josh Lim, pengasas Advertlets
@jehanmiskin Jehan Miskin, pelakon
@juliana_evans Juliana Sophie Evans, pelakon

K
@KartunisUbi Ubi, dahulunya kartunis majalah Ujang
@khairyKj Khairy Jamaludin, Ketua Pemuda UMNO.
@kevinzahri Kevin Zahri, model/personaliti fitness

L
@LiyanaJasmay Liyana Jasmay, pelakon/penyanyi
@lisasurihani Lisa Surihani, pelakon
@LeyaYahya Leya Hot FM, penyampai Hot FM/pelakon
@LindaOnn Linda Onn, penyampai Suria FM/pelakon/pengacara
@lunmay Luna Maya selebriti Indonesia

M
@mpkotabelud Abdul Rahman Dahlan, ahli parlimen Kota Belud
@Mootsshuvit Moots, penyanyi daripada kumpulan Pop Shuvit
@missfazura Nur Fazura, pelakon/MTV VJ
@mamatkhalid Mamat Khalid, pengarah filem/pelakon
@MelissaSaila pelakon/penyanyi

N
@NajibRazak Dato’ Seri Najib Razak, Perdana Menteri Malaysia.
@NanaEra Nana, penyampai radio Era
@nazrilidrus Nazril Idrus, selebriti iklan/usahawan/sehati berdansa
@nohsalleh Noh, penyanyi kumpulan Hujan
@Noribadawi Nori Badawi, isteri Khairy Jamaludin
@NadiaFly, Nadia, penyampai radio Fly FM
@norziepwc Norzie Pak Wan Chek, pengacara/personaliti TV
@NingDalton Ning Baizura Dalton, penyanyi/pelakon

P
@paullmf Paul Moss, juri Malaysian Idol/OIAM
@patrickteoh Patrick Teoh, pelakon/pengarah
@paulamalaiali Paula Malai Ali, pengarah/personaliti TV

R
@RaqeemBrian Brian, pengurus Hitz.fm aka suami Nana Era
@RezaMohamed Reza Mohamed, penyampai ERA FM/pengacara

S
@syarifsleeq Syarif, penyanyi kumpulan Sleeq
@SazzyFalak Sazzy Falak, pelakon
@serenachoong Serena C, penyampai radio Hitz.fm
@schaalyahya Scha Alyahya, pelakon
@salimabb Salima AF4, penyanyi/bintang realiti
@sheikh_eamir Sheikh Eamir, penyanyi
@SheilaMajid Sheila Majid, penyanyi
@sashasaidin Sasha Saidin, pelakon/penyanyi

T
@tonyfernandes Dato’ Tony Fernandes, CEO Airasia
@tomokianz Tomok, Penyanyi(OIAM)/Newboyz
@TaufikBasitah Taufik Basitah, penyanyi/penulis lirik
@tashaluvspurple Tasha Hudson, pelakon
@thumb_suhaimi, pelakon
@tiarajacquelina Tiara Jacquelina, pelakon/penyanyi/pengarah
@tini_hotfm Kartini Ariffin, penyampai Hot FM/pengacara

U
@Umieaida Umie Aida, pelakon/penyanyi

Y
@yunazarai Yuna, penyanyi
@yyusuff Datuk Yasmin Yusuff
@YasminHaniCLPT Yamin Hani, pengacara/pelakon

Z
@ZeeAvi Zee Avi, penyanyi

Ahad, 31 Januari 2010

Movie Review: Haunted Universities


Malam Khamis yang lalu, sebab kawan aku lagi tekanan dengan coding untuk sistem LGMnyadia mengajak aku nonton wayang.
heheh so aku pun okay saja..
Yonathan, Sandy n Saiful...wahahah OneUtama here we come...

Kami choose untuk tgk Haunted Universities. Thai film.
Hahah aku macam biasa..horror movie sudah tentu dalam top list aku..

Haunted Universities dikatakan horror movie yang terhorror selepas Shutter n Phobia 2...
Ya kedua-dua movie ni sudah aku nonton dlu.. juga d pawagam.kehkehkeh..

Kepada teman-teman n sahabat-sahabat yang biasa keluar menonton film horror bersama aku...wahahah anda tahu gelagat aku macam mana...



maaf la aku mmg macam tu kalo tengok film horror..wahahahaha..

Isnin, 25 Januari 2010

Why I like it longer!!!!

Sambil mengira hari, melihat tarikh di atas kalender, 14 Februari semakin hampir.
Hari yang ditunggu oleh majoriti rakyat Malaysia, malah di seluruh dunia.
Iaitu hari kekasih...dalam kata lain Valentine Day.
Apa yang menarik sangat hari itu?
Ya hari yang orang kata pasangan kekasih meluahkan cinta,
pasangan suami isteri melahirkan sayang,
kaum famili merapatkan kasih.

Dan aku merenung ke luar jendela sambil berbaring di atas katilku..mula la berangan jauh, hehehe!!

Seronoknya kalau dapat 'Candle light dinner' dengan awek tersayang..lepas tu
bawa pula hadiah 'surprise' untuknya..

"Sayang, I ada bawa hadiah yang istimewa untuk Sayang".
Masa tu awek aku mula la tersengih.

"I bawa 'box of Chocolate' untuk You".
aku ingat awek aku gembira rupanya dia kata hadiah aku 'common' sangat. Dia kata lagi ingatkan hadiah rantai emas.Pergh!!

"Eh Sayang, ini bukan sebarang 'Chocolate' tau. Chocolate ni boleh
keluarkan bunyi lagu-lagu cinta.."
Sudah!! awek aku ingat aku sudah gila.

"Ya betul, kalau Sayang letakkan Chocolate ini dekat telinga, You boleh dengar suara I walaupun I berada jauh di Australia sana".
"Lagi kan Sayang, kalau You rindu dekat I, You snap sahaja gambar I dan simpan".
Awek aku mula pening. Dia mula tidak keruan memikirkan Chocolate apa dalam kotak yang aku pegang tu.

"Haa, Sayang mesti suka Chocolate ni lah, sebab dia ada 'free gift' AVATAR hehe. Your favourite movie.
Lepas tu kalau Sayang bosan, you boleh tengok movie, skrin dia besarrr-4 inchi...


Dan lagi, Sayang boleh layari Facebook pakai Chocolate ni juga tau..istimewa kan.."

Awek aku cuba memperkatakan sesuatu. Tapi aku dengan pantas meletakkan jari telunjuk aku ke bibir mulutnya..

"Shhhhsss, Sayang tak perlu kata apa-apa." Chewaahh..

"Hmmm..mana tau masa I dekat Australia kan, I email mesej dekat You, haaa Sayang pakai je Chocolate ni check email I tu...walaupun pegang lama-lama tidak akan cairlah..."

Muka awek aku mula bertukar jadi merah kerana memendam rasa geramnya.
Chocolate apa yang aku cuba beri kepada dia ni. Dengan rakus, dia rampas kotak Chocolate tu dan buka...terkasima dia...

LG Chocolate BL40!!!!! jeritnya...

"Iya. Hanya untuk Sayang hehe" kata aku...

Dia tanya kenapa seperti lain je LG Chocolate ni..
aku menjawab "Ya, LG Chocolate BL40 ni lebih panjang....hehe.."

"Ia lebih elegan dan pembuatannya lebih halus...hehe macam Sayang juga...sangat sesuai lah dengan You"

"Cara You pegang LG Chocolate ne dah sebijik seperti Runaway Model"

Awek aku dah terkinja-kinja melompat keseronokkan dari tempat duduknya..
Dia kata ini hadiah Hari Kekasih yang terbaik dia pernah dapat.

Aku menjawab
"Sudah pasti la Sayang...
Kenapa I suka LG Chocolate BL40 lebih panjang sebab I nak cinta You kepada I sepanjang LG Chocolate BL4o ni"


GEDEBUK!!!!!!
"Aduh!!!" jerit aku akibat terjatuh dari katil...
adoii..berangan sampai tertidur aku rupanya...
hehehe..
Awek pun tidak ada, apatah lagi LG Chocolate BL40 lagi la tidak tercapai akalku ..LOL
kedua-duanya aku tidak ada..heheh..
bermimpi la aku.

Apapun andaikata aku punya keduanya, sudah pasti..LIFE's GOOD
dan
"Kenapa I suka LG Chocolate BL40 lebih panjang sebab I nak cinta You kepada I sepanjang LG Chocolate BL4o ni...."


Rollney, One of The best Ice Cream

Weekend lepas, saya dan isteri ke Sunway Pyramid. Tujuan ke sana nak cari makan malam. Dan selepas selesai makan makan , kami gerak m...