Sabtu, 2 November 2019

Rollney, One of The best Ice Cream






Weekend lepas, saya dan isteri ke Sunway Pyramid. Tujuan ke sana nak cari makan malam. Dan selepas selesai makan makan , kami gerak mencari desert pula. Puas tengok list directory, still tak dapat buat keputusan. So last sekali kami pilih Rollney. Rollney ni aiskrim premium yang viral. Portion dia sangat besar. Kami order satu tapi makan berdua. For me personally, rasa dia okay, sedap. Harga pun sesuai dengan kualiti dan konsep premium dia.














Selasa, 22 Oktober 2019

Best Turtle Hatchery at Rimbun Dahan Turtle Hatchery, Kuantan Pahang


Rimbun Dahan Turtle Hatchery terletak di Jalan Pantai Chendor, Jalan Kuantan - Kemaman, Kg Chendor, 26080 Balok, Pahang. Kalau menggunakan aplikasi Google Map atau Wave, cuma masukkan nama Rimbun Dahan Turtle Hatchery pasti akan keluar peta lokasi. Pusat ini diusahakan oleh ahli keluarga PakSu dan selepas kematian PakSu pada tahun 2018, tempat ini diteruskan oleh anak beliau iaitu Along. Pendaftaran RM 20 dikenakan untuk setiap seorang. Nanti saya terangkan lebih lanjut kenapa dikenakan RM 20 untuk setiap seorang untuk masuk ke pusat penetasan ini.

Saya diingatkan kepada semua untuk membuat tempahan awal kerana takut slot pada hari itu penuh. Anda boleh call atau whatapps terus ke nombor +6017 223 3359. Pusat ini akan dibuka pada jam 5.30 pm dan aktiviti mengambil sama selama 1jam.

Perjalanan kami bermula dari Bandar Kuantan yang mengambil masa 3jam 2minit untuk sampai ke lokasi.


Aktiviti dimulakan dengan penerangan daripada Along tentang pusat penetasan ini. Menurut Along, wang pendaftaran RM 20 yang dikenakan, akan digunakan untuk membeli telur-telur penyu dari penduduk sekitar atau dari penjual-penjual tidak sah. Pada hari itu sebanyak 20,000 biji telur penyu telah berjaya diselamatkan. Setiap hari akan ada telur-telur penyu yang akan diselamatkan dan akan ditetaskan disini.

Staf Rimbun Dahan sedang menggali tempat penetasan telur penyu yang telah sedia untuk dilepaskan. Setelah itu para pengunjung akan diberikan seekor anak penyu untuk dilepaskakn ke laut.

 

Saat yang ditunggu-tunggu oleh semua. Anak-anak penyu akan dilepaskan ke laut secara serentak. Bagi saya, ia suatu pengalaman yang menarik untuk dinikmati oleh semua. Saya sangat mencadangkan kepada semua yang ingin mendapat pengalaman yang baru, boleh berkunjung ke sini.


Dibawah adalah gambar penyu di dalam peliharaan Pusat Penetasan Rimbun Dahan. Sebenarnya penyu ini telah cuba dilepaskan beberapa kali ke laut tetapi tidak berjaya. Setelah diteliti pihak Rimbun Dahan, penyu ini mengalami kecatatan iaitu buta disebelah mata. Jadi pihak Rimbun Dahan mengambil keputusan untuk menjaga penyu ini bawah peliharaan mereka.







Rabu, 3 Julai 2019

Best Time to Post on Facebook, Instagram and Twitter


 Bagi mereka yang menjalankan bisnes online atau mereka yang mengejar 'likes', kat sini saya share waktu terbaik untuk anda share posting anda tu.


Kalau guna Facebook, masa terbaik untuk share posting anda adalah dari jam 1pm - 4pm.



Bagi pengguna Instagram pulak, masa terbaik untuk melakukan posting adalah pada jam 11am-1pm dan 7pm-9pm.


Dan pagi pengguna twitter pulak, masa terbaik adalah dari jam 12pm-1pm.

Semua tips ni adalah hasil kajian yang telah dijalankan, jadi tak salah kan kalau kita mencuba.
Selamat mencuba guys!!

Isnin, 28 Januari 2019

Travel ke Seoul Korea: Makanan Halal Terbaik dan Mudah


Kepada yang selalu bertanya. Kalau pi Seoul Korea nak makan apa? Halal ka? Kalau saya, sudah tentu mencari yang halal. Kalau saya bawak group Korea Dream Trip pun akan bawak ke restaurant or cafe yangg saya selalu pi. Selalunya Tour2 Group yang besar tak akan bawak mai sini sebab saiz restaurant cuma muat dalam 20 org dalam satu2 masa. Di bawah adalah senarai restaurant yang selalu saya pergi:

1. Makan Restaurant Korean Halal Food. Lokasi sebelah dengan Masjid Besar Seoul di Itaewon. ( Ada 2. Satu lagi jual Ayam Goreng & Mee)


2. EID Restaurant. Lokasi atas sikit dari Masjid Besar Seoul di Itaewon. ( Branch dia ada bukak kat Bangi & Seremban)

3. BoA Halal Dosirak. Lokasi HongDae, exit 5-Hongik University Station. (Ayam goreng dia best)

4. Halal Kitchen, Jongno-gu 5mins walking from main entrance Gyeongbokgung Palace di tgh2 bandar. (Pemiliknya anak kepada mantan imam besar Masjid Besar Seoul)

5. Kampungku Myeondong. Lokasi Myeondong. mgkin lepas syok2 shopping bleh mai makan sini. (Waktu puncak mungkin ramai sgt org & kadangkala tutup sbb ada group booking)

6. Asean Crusine Halal Restaurant. Lokasi Naminaru Nami Island. (Kalau pi Nami Island bleh makan sini. Tapi harga dia up sket. Atas bangunan ada surau yang sudah diupgrade, selesa & luas)

Actually kawasan Itaewon banyak saja restaurant halal yg lain macam Kebab, Mamak, Indian, Pakistan n Arab Crusine. So ikut selesa tekak masing2.

Rollney, One of The best Ice Cream

Weekend lepas, saya dan isteri ke Sunway Pyramid. Tujuan ke sana nak cari makan malam. Dan selepas selesai makan makan , kami gerak m...