Isnin, 29 Februari 2016

Travelling ke Busan, South Korea 4 hari 3 malam (4h3m)

Travel ke Busan, South Korea. Waktu ni 1st time jejak kaki ke South Korea. Tiket dapat murah RM550 return dengan AirAsia. Kalau sekarang ke Seoul pun lebih kurang harganya. Harga pun nak sama murah. Dari airport kami naik train untuk ke hotel. Perlu melakukan beberapa pertukaran train so agak penat sebab nak kena angkat beg turun naik. Kasihan tengok my Mum turun naik train. Memenatkan.


Hotel yang kami pilih melalui Agoda.com adalah Hansung Motel. Kenapa aku pilih motel ni sebab harga dia agak berpatutan dan lokasi yang berdekatan dengan train station utama, Busan Station. Busan Station adalah station utama untuk semua public transport; train untuk ke Seoul, Bus, Taxi dan etc. Motel ni jugak berdekatan dengan halal restoran dan seafood restoran. Kalau anda peminat coffee, kiri kanan banyak coffee shop.

 Kami sempat singgah ke Gwangalli beach, waktu ini musim luruh, suasana agak sejuk dengan hujan renyai-renyai. Gambar diatas adalah di Gwangalli Beach.


Kami jugak sempat berkunjung ke Haeundae Beach. Pantai yang padat dengan aktiviti manusia. Kami juga sempat ke Busan Aquarium yang berada di Haeundae Beach.

Ini adalah gambar makan malam kami di salah sebuah restoran yang berada bersebelahan motel.
Order set Asam Pedas Ikan. Kos untuk makan malam adalah rm25-rm30/pax. Agak mahal kan? hehe.

Bergambar bersama famili di Gamcheon Culture Village. Untuk kesini perlu menaiki bas dari Busan Station. Jika anda tidak pasti bas yang mana, ringankan mulut untuk bertanya Information Centre di dalam Busan Station. Jangan risau mereka boleh berbahasa English. :)

Tiada ulasan:

Rollney, One of The best Ice Cream

Weekend lepas, saya dan isteri ke Sunway Pyramid. Tujuan ke sana nak cari makan malam. Dan selepas selesai makan makan , kami gerak m...