Jumaat, 25 Julai 2008

12 bintang zodiak.

Mungkin ramai yang tidak tahu pasal ini.
aku pun sebelum ini kabur-kabur.
tapi sekarang aku sudah jelas dari kekaburan itu
setelah menonton Halaqah di TV9.
(sesuatu rancangan berbincangan agama)
so skrg aku mahu berkongsi dengan smua
pasal hukum 12 Bintang zodiak ini.


Ramalan Bintang Adalah Sihir
Rasulullah s.a.w bersabda:

“Siapa yang mempelajari ilmu nujum bererti
ia telah mempelajari cabang dari ilmu sihir,
apabila bertambah ilmu nujumnya maka
bertambah pulalah ilmu sihirnya.”

(HR Ahmad dengan sanad hasan).

Hadith ini dengan jelas dan tegas mengatakan bahwa ilmu nujum
(dalam hal ini adalah ramalan bintang)
merupakan sebahagian dari sihir.

Bahkan Rasulullah menyatakan bahwa apabila ilmu nujumnya itu bertambah,
maka bertambah juga ilmu sihir yang dipelajari orang tersebut.
Sedangkan hukum sihir itu sendiri adalah haram dan termasuk kekafiran,
sebagaimana Allah berfirman yang ertinya:
“Dan mereka mengikuti apa yang dibaca oleh syaitan-syaitan
pada masa kerajaan Sulaiman
(dan mereka mengatakan bahwa Sulaiman itu mengerjakan sihir),
Padahal Sulaiman tidak kafir
(tidak mengerjakan sihir), hanya syaitan-syaitan lah yang kafir
(mengerjakan sihir).”
(Qs. Al Baqarah: 102)

Hukum Membaca Ramalan Bintang
Orang yang membaca ramalan bintang/zodiak
di majalah, suratkhabar, website,
melihat di TV ataupun mendengarnya di radio
adalah seperti hukum orang yang pergi berjumpa bomoh@dukun
yang mana

Jika ia membaca zodiak,
meskipun ia tidak membenarkan ramalan tersebut.
maka hukumnya adalah haram,
ibadahnya tidak diterima selama 40 hari.
Dalilnya adalah
“Barangsiapa yang mendatangi peramal,
lalu menanyakan kepadanya tentang sesuatu,
maka tidak diterima solatnya selama 40 hari.”
(HR. Muslim)

Jika ia membaca zodiak kemudian membenarkan ramalan zodiak tersebut,
maka ia telah kufur terhadap ajaran Nabi Muhammad s.a.w.
Rasulullah bersabda
“Barang siapa yang mendatangi tukang ramal atau bomoh,
lalu mempercayai apa yang diucapkannya,
maka ia telah kufur daripada wahyu yang diturunkan
kepada Muhammad s.a.w.”

(Hadith sahih Riwayat Imam Ahmad dan Hakim).

Jika ia membaca zodiak dengan tujuan untuk dibantah@ditentang,
dijelaskan dan diingkari tentang kesyirikannya,
maka hukumnya dituntut bahkan wajib.
(dipetik dari kitab Tamhid karya Syeikh Shalih bin Abdul Aziz Alu syaikh
dan Qaulul Mufid karya Syeikh Utsaimin dengan sedikit perubahan).

So sbb agama aku dah mengatakan dan
menegaskan larangan tersebut.
Aku sarankan majalah yang banyak gila kat Malaysia ni yang
dok mengulas pasal cinta la kehidupan la
berdasarkan bintang2 zodiak ini.
hentikan penerbitan pasal itu.
Kepada pembaca-pembaca budiman,
terserah kepada anda untuk mengiakan atau tidak.
Sekian.


13 ulasan:

*SiRibenMerah berkata...

info yang menareks utk dikongsi..
saya pon x bape sure psl zodiak neh.. apepon, yg saya faham kalo da baca zodiak nye ramalan then kebetulan sama, kita lak percaya...so, kat situ da syirik kann??
so, skang da confirm la mende neh haram sbb sihir.. huishhhh.. takutnya~ 40 hari amalan terbang camtuh je.. aiyakk.. geget jari je lah kannn.. adeshhh..=P

*good job =)

bendul berkata...

hhmm.. pernah pulak dengar dulu org kata kalau belajar (tahu) saja tak amalkan tak mengapa..
belajar untuk pengetahuan, bukan untuk amalan..
(ala.. macam ustaz dalam cerita expose mistik tu la.. dia tau pasal black magic, tapi dia tak guna, dia usaha guna ilmu islam kan..)
wallahualam..

chekgu Bani Hassim berkata...

errm...betulla ape yg en bendul kat atas ni ckp...

aku pun idak le berminat nak ikut bende tu..
Lgpun bende tu tak selalunye tpt..
Kadang2 lgsg xtepat...

abaikan je...
Rasenye dak pompuan kot yg slalu amalkan bende nih..
Amalkan ke???
Entah!

Tokyo BLUE berkata...

wow.. antara info yang benar benar membuka mata,. waaa thanks tao..

zino berkata...

masa kecik2 dulu je tengok ramalan bintang ni.. skrg dah tak ambik tau dah..

@xiM berkata...

aku tak pernah percaya zodiak nih...setakat amik tahu macam tu ajer lah...tapi tak la percaya...

Ida Naziri berkata...

x pyh baca lg bagus kan

SaifulBashrie berkata...

MisRiben,
Trima kasih kerna responnya.heheh..yeah better kita berkongsi dengan semua kan apa yang kita tahu. kan kan.


JFM,
Ok mas, nanti gw liatnya..tq deh sudi mampir.


Bendul,
Yups betul tu bro, kalo tak amalkan xda masalah. tp bagi mereka yang amalkan mmg berat hukumannya tu.

SaifulBashrie berkata...

GBH,
a'a betul tu cikgu...kadang yg dok rujuk2 benda nie ramai pompuan a.kena betul hati2.


Tobeq,
No worries bro, just nak berkongsi info kan..


Zino,
bro, better xyah amik tau langsung kan...

SaifulBashrie berkata...

Axim,
bagus la macam tu, takut kadang2 neh kan orang leh terpengaruh dengan benda2 macam neh.


Idashah,
yups betul tu sis,baik xyah baca langsung utk keselamatan maslahat bersama.hehe

Kaktiny berkata...

kalau tgk bintang kecil rtm 1 boleh tak? (lagi best.. leh tgk budak2 kecik nyanyi.. aduhai.. mak bapak..)

~ mizzAmy ~ berkata...

~ alamakk!! suka sangat melayan zodiak nie. suka baca jer, tapi tak dek la percaya sangat. adeh... ~

SaifulBashrie berkata...

Kaktiny,
hahhaha kalo bintang RTM boleh je tu.


Mizzamy,
heheh skrg dah tahukan.so lebih hati2 ye.

Rollney, One of The best Ice Cream

Weekend lepas, saya dan isteri ke Sunway Pyramid. Tujuan ke sana nak cari makan malam. Dan selepas selesai makan makan , kami gerak m...