Khamis, 15 Mac 2012

Best Juga Layan Twitter!!

Bosan-bosan layan twitter. Dah jadi macam bacaan rasmi pula kejap-kejap bukak twitter, kejap-kejap buka twitter. Apa lah aku ni...haihhhhh.

Sebelum tidur..grab phone baca twitter dulu...bangun tidur pun baca twitter juga...mana la tau kot-kot ada info yang menarik kan. tapi kadang-kadang kalau follow orang-orang tertentu ramai la pulak #BBNU..kehkehkeh...Budak-budak Baru Nak Up la katakan...

Btw ini twitter aku @saifulbashrie ...okeh..yehaaaa!!.

Selasa, 17 Mei 2011

Kenapa aku harus takut di rumah aku sendiri??

Aku dah tinggal di sini. In this house, in this apartment almost 5 years. Lamakan? quite along time sampai penduduk yang tinggal selama aku pun kenal aku (konon nak kata popular la LOL!!)

Jiran sebelah rumah, depan rumah, bucu rumah pun dah bersilih ganti orang..hehe. Dan aku tetap disini.
So aku pun kena la menjadi ramah n mesra alam kepada penduduk apartment yang ada ini. Aku kan senior haha. lawak je bunyi.

Dan AJK Apartment pun kenal aku n nama aku..tapi kadang aku lupa n mmg tak tahu pun nama dorang..hahaha...

Dan ada satu hari ini (dah lama dah tak dapat recall tahun bila), aku naik satu lif dengan Timbalan Pengerusi Apartment aku. Then dia tanya aku "Tinggal dengan sapa?". Aku pun dengan ramah mesra menjawab "Sorang jer, hehe". Dan dia membalas..."Wah, tak takut ker tinggal sorang2?"
Aku blur n kabur sebentar..haha kenapa aku harus takut tinggal sorang? aku bukan budak kecik. aku bukan anak gadis. dan aku bukan penakut. Ada HANTU kacau ke kalo tinggal sorang? haha
Aku jawab "Tak, hehe". dan Timbalan tadi tinggal d floor yang sama dengan aku. Sampai d floor, kami berlalu pergi ikut arah masing-masing. -BLUR-

Selasa, 24 Ogos 2010

Share cerita orang.

Hallow...permintaan ramai supaya cerita horror dikembalikan..hehe
tapi rasanya semua cerita hantu aku dah habis kot..pengalaman aku, semua dah aku tulis.
so sekarang aku share lah pengalaman teman n kawan-kawan aku pula.

ini waktu kawan aku di kampung nya. di sabah.kampung dia di Sipitang, Sabah.
hehe nama pun dah ancient kan wkwkw... dia bagitau la, waktu dia kecil-kecil dahulu, selalu dia main dekat-dekat kawasan rumah dia tu..tapi kan kawasan rumah dia aku dah sampai...
huhu jarak antara rumah-rumah jiran jauh sangat. pastu pula, sawah padi keliling.
sawah padi pula bukan jenis macam kat semenanjung ne rendah-rendah.. kalo ko sembunyi dalam sawah padi tu...memang tak kan nampak batang hidung orang langsung.
hihi begitu tingginya pokok padi itu.
dan dia bagitau la.kadang-kadang waktu main dekat-dekat nak senja tu, dorang nampak pocong..aiyo choi sangat.boleh pulak ko nampak pocong kan..huhu..nampak kelibat dia macam tu..mujurla tidak diganggu.if not lari tak cukup tanah..wkwkwk..kalo tak cukup tanah ko lari, ko lari la lagi atas air pulak..=P.
aku ne paling pantang dengan pocong, seram. walopun cenah tak nampak muka. tetap seram bagi aku.
sebab itu rumah mereka ne tinggi-tinggi, bukan atas tanah..huhu eya meh?

di astro channel pun skrang dok sebuk menayangkan cerita pocong. segala macam pocong mereka tengah tayangkan sekarang....ish ish ish..

oklah..selamat berpuasa.

Ahad, 4 Julai 2010

Apa bentuk badan yang menghantui anda??


Sebab aku dalam proses diet, makanya aku membawa pembacaan perkongsian secara serius.Wakaka. Marie Savard, M.D., mengkategorikan jenis bentuk badan kepada buah epal dan buah pear. (Bagi lelaki,  dia  memanggil mereka "heavy bags" dan "speed bags.") Bahagikan saiz pinggang anda (bermula dari pusat) dengan saiz paha. Lebih dari 0.85, anda adalah buah epal; jika kurang, anda adalah buah pear.

HEAVY BAG
Kebanyakan lelaki akan membawa lebihan lemak mereka ke perut, dada dan belakang adalah bersamaan  badan "android" atau buah epal. Walauweii..Lemak viskeral di dalam dan dikeliling  badan lelaki epal lebih  kepada metabolism aktif , yang mana lemak ini akan terbakar terlebih dahulu apabila mereka melakukan senaman dan mengurangkan kalori. Tetapi pengurangan di perut mungkin kurang sedikit sebab lapisan lemak di perut lambat membakar. CADANGAN KEPADA MASALAH: Makan whole grains (Korang cari la maksud whole grains ni yer). Penyelidikan yang dilakukan di Penn State telah menemui bahawa bagi mereka yang diet dengan makan wholegrain akan mengurangkan lemak di abdomen dua kali daripada mereka yang diet yang makan refined flour.

SPEED BAG
Sesetengah lelaki pula akan membawa lebihan lemak pada punggung dan paha mereka. Penyelidik memanggil bentuk badan mereka sebagai  "gynoid" atau buah pear. Perut lelaki buah pear akan lebih cepat mengecil kerana dia hanya mempunyai sedikit viskeral lemak dan lemak bawah kulit di sekeliling torso. Tetapi jika dibandingkan dia mempunyai punggung yang lebih besar..ayoyo hehe.CADANGAN KEPADA MASALAH: elakkan lemak saturated. "Sel lemak pada punggung dan paha anda akan cepat menyimpan lemak saturated sebaik sahaja anda digest" kata Dr. Savard. Sebaiknya, gunakan lemak monounsaturated seperti minyak zaitun dan minyak canola.


Oleh yang demikian pandai-pandai la korang jaga pemakanan dan diet ya...wkwkwkw..

Jumaat, 2 Julai 2010

Join Showdown 2010 Roadshow!!

                                                                            see ya!!!!

Selasa, 8 Jun 2010

Runtuhkan bangunan lama..bangunkan yg cantik-cantik di Alor Setar

Sedang dok selongkar-selongkar foto-foto yang lama.. dan terjumpa pula dengan foto-foto ini.
Foto-foto ni aku captured sewaktu aku di Pekan Cina Alor Setar.

Pada pendapat aku la..bangunan-bangunan lama ne, kalau nak di kekalkan bagus di cat dengan warna yang cantik-cantik. atau robohkan sahaja.Bangunkan pula bangunan yang cantik-cantik dan indah-indah.

Tidak la orang memandang pun sakit mata. Harap-harap semoga Dewan Bandaraya Alor Setar akan lebih cergas lagi jangan la mandom sangat. Alasan kata tidak ada duit tu harus di jauhkan. Maka anjurkanlah  program yang boleh mendatangkan hasil. Sewa-sewa tapak, saman-saman parking kuat kuasakan dengan betul. Hutang-hutang tertunggak kutip.
Pasti alasan tiada duit tidak timbul.

Isnin, 31 Mei 2010

Semuanya bicara soal itu...

kadang-kadang aku tidak ambil pusing soal yang dibincangkan.,
tapi waktu sekarang ini semua bicara soal itu,
perkara yang sama berulang-ulang..soal itu itu dan itu.,
aku ne takda power untuk berhentikan, sampai khutbah jumaat pun bicara soal itu,
rakan-rakan di office juga bicara soal yang sama,
rakan-rakan d YM juga, teman-teman d facebook juga soal yang sama..
kenapa topik ini menjadi perkara yang hangat waktu sekarang ini...
sangat menduga akal....

Bila waktunya anda akan berkahwin? ,,,,kan ku tunggu bidadari yang ku dambakan...wkwkwk..

Rollney, One of The best Ice Cream

Weekend lepas, saya dan isteri ke Sunway Pyramid. Tujuan ke sana nak cari makan malam. Dan selepas selesai makan makan , kami gerak m...