:::Syabu;Dadah Yang Aku Kenal:::

Isnin, 29 Oktober 2007


Dadah dalam dunia nie ada byk,salah satu SYABU..selama nie aku tak penah kenal pun syabu tu mcm mana dan apa kesan dia. Disebabkan satu mlm,kena pulak kt org2 yg aku kenal,yg aku amik berat..aku benci sgt pada benda yg org panggil "DADAH" nie. Syabu nie susah skit nak kesan, tak perasan kesan dia pada individu..mmg tak nampak kata org tu amik syabu. Tapi bila dah abis dia punya 'power' tue baru kita tau.."Ooo ko amik syabu!!". Selalunya bila dah amik syabu nie.., kita akan jd aktif 24jam..rajin terlebih lak..tak tidur pun tak pe..tak ngantuk wa ckp lu.. tp bila dah abis dia punya kesan nahh.. masa nie la seksanya..tido tu rasanya mcm tak cukup katil..tak cukup 24jam tue..suara mula la serak..kdg2 tak kuar lgsung..kita pon jd confius "demam ker mamat nie... "punya la baik ati pg klinik ambilkan ubat..yg erannya ramai lak deman same time lak tu.. masa nie la dah takde duit..mula la nak mencuri..satu peket syabu yg plastik paling kecil harga rm50 ke atas..mana nak cari duit.Curi la jawabnya..pecah bilik kwn..pastu buat2 bodo..berlakon la dia yg plg concern kata duit kwn ilang..dasar penipu... selalunya syabu nie terkenal dikalangan remaja;student SEKOLAH MENENGAH,KOLEJ or UNIVERSITI. Selalu syabu nie org panggil BATU or ICE. Rupa syabu lak cam kaca yg pecah kecil2.. so kgkwn semua jika simpton nie ada pada rakan,sahabat handai atau ahli keluarga korg..bijak2 la berpikir..bantu la mereka sebyk yg perlu..Hapuskan dadah nie....
mereka inilah yg aku maksudkan..........

=====================================================
Tujuh pelatih PLKN ditahan polis disyaki terlibat dadah
Utusan Malaysia18 Mei 2004/ms 04/Dalam Negeri

KOTA KINABALU 17 Mei - Tujuh pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) di kampus Universiti Malaysia Sabah (UMS) di sini ditahan polis kerana disyaki terlibat dalam penagihan dadah jenis syabu.
Mereka ditahan berikutan didapati positif dalam ujian air kencing yang dijalankan oleh Bahagian Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Kinabalu selepas diserahkan oleh pihak pengurusan UMS pada kira-kira pukul 1 pagi ini.
Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Azizan Abu Taat berkata, pihak UMS menyerahkan 12 pelatih PLKN kepada pihaknya bagaimanapun selepas ujian dijalankan lima lagi dibebaskan kerana tidak terlibat dengan syabu.
``Kita telah mendapat perintah menahan reman ketujuh-tujuh pelatih terbabit selama lima hari untuk siasatan lanjut,'' katanya ketika dihubungi di sini, petang ini.
Difahamkan, tiga daripada pelatih terbabit bertindak keluar tanpa kebenaran dengan memanjat pagar UMS pada kira-kira pukul 2 petang semalam

Hakcipta © 2004 Utusan Melayu (Malaysia) Berhad. Perpustakaan KUTKM is not responsible for any inappropriate use of information contained in this site.

2 jeritan:

Tanpa Nama berkata...

slama ni aku tak penah amik tau ape itu syabu..or what else yg berkait ngn dadah atau mende2 haram nih..sbb aku tak terfikir akan terkait atau terbabait..tp..menegnali seorg lelaki yg pernah aku rindu..aku syg..aku baru tau ape itu syabu.lebih menakutkan..aku sndri dah hisap mende nih..tp tu tnapa aku tau..ape sebenarnye yg aku hisap tu..smpi hati die tipu aku..die suh aku try..sebab mse tu aku batuk teruk..katenye bende tu leh tlg redakan batuk..tgk die konfiden nk kmpemkan aku..aku pun try..mmg..tekak rase lega skit...tp dlm mse yg sama dlm beberapa jam pas tu..aku pun jd lain..aku agresif..bukan mcm diri aku yg sebenar..lain...lain sgt..lpas tu baru die bgtau mende tu sebenarnye syabu..ya rabbi..ini ke lelaki yg aku hrpkan untuk jd peneman n pembimbing aku???
demi Allah..lepas hal tu..sikit demi sikit perasaan syg aku pudar..tp berganti dgn perasaan benci...

free download berkata...

nice